Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog

Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog| Masih ramai lagi yang masih tidak pandai pasang iklan adsense diblog. Walaupun sudah diterima atau diapprove oleh google adsense dan dibolehkan meletakkan kod adsense (ads adsense) di blog.




Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog
Credit: Gogle Adsense


Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog


Jangan risau,  jika anda tidak pandai pasang iklan Google Adsense di blog. Saya akan tunjukkan dengan cara betul supaya ia akan muncul di blog selepas anda letakkan kod adsense.

Setiap masalah ada penyelesaiannya.  Apa yang penting ikuti langkah demi langkah tutorial saya tunjukkan ini. 

Semoga ia menjadi panduan yang paling mudah untuk newbiz. Saya buat pun daripada pengalaman saya sendiri hasil daripada try and error. Walaupun saya buat tutorial, namun banyak lagi saya perlu belajar.


Pilih Kod Adsense Dengan Betul


Boleh baca entri saya ini "Adsense Dah Lulus Akaun Penuh Tetapi" iklan tak muncul-muncul di blog. 

Kenapa perkara ini berlaku,  iklan adsense tidak muncul di blog?  Pasti berlaku sesuatu yang mana ketika anda letakkan kod iklan adsense tersebut, kemungkinan dengan cara tidak betul.

Salah satunya, pasti ada tertinggal atau terpadam salah satu huruf kod atau tersalah letak di tempat yang tidak betul. Pastikan anda copy dan paste kod itu dengan betul.

Ada juga kod iklan adsense kena parse dahulu sebelum di pasang. Jangan bimbang, walaupun kod tersebut diparse,  ia tidak melanggar peraturan adsense. 

Nak parse kod iklan,  saya sediakan tool di bawah.  Senang korang nanti nak parse kod iklan,  tidak payah pergi ke website lain untuk melakukannya.

PERINGATAN PENTING!! Jika memasang iklan di header dan sidebar kiri atau kanan, kod iklan adsense yang korang ambil tidak perlu di parse (dihurai). Cukup sekadar pasang di dashboard yakni dengan memilih Reka Letak kemudian pilih Tambah Alat (widget) dan klik HTML/JavaScript lalu di pastekan (letakkan) kod iklan yang telah kita copy di akaun adsense.


Script Parse HTML Tool









P/S: Apabila kod adsense telah diparse, maka perubahan kod tadi akan berubah seperti gambar rajah di bawah.



Cara betul pasang iklan adsense di blog
Kod Adsense Sebelum Diparse



cara betul pasang iklan adsense di blog
Kod Adsense Selepas Diparse


Tip Letak Iklan Di Halaman


Letakkan iklan di dalam mana-mana halaman anda yang mempunyai teks. Saya cadangkan dua perenggan di bawah permulaan artikel. Walau bagaimanapun, jangan letakkan iklan di bar sisi kerana ini boleh menjejaskan prestasi secara negatif.

Perkara yang paling penting, Jika anda ingin meletakkan lebih dari satu iklan, pastikan ada kandungan yang mencukupi di antara iklan untuk meminimumkan gangguan kepada pembaca yang melawat blog anda.


Jenis Iklan Adsense dan Fungsinya


Ada 3 jenis iklan yang boleh ditempatkan di artikel atau halaman blog. Setiap satu mempunyai fungsinya yang tersendiri. Bolehlah pilih mana-mana yang berkenan di hati sesuai dengan theme blog.


Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog
Jenis Iklan Adsense

  • Text & display ads - Iklan ini merupakan jenis iklan umun yang biasa kita lihat di mana-mana blog. Ramai yang menggunakan iklan seperti ini. Ia sejenis iklan teksdan banner. Sudah semestinya kita mahu kelainan. Oleh itu kita boleh pilih yang jenis lain seperti In-feed ads atau In-article ads.
  • In-feeds ads - Iklan ini adalah iklan native ads dari Google Adsense. Penampilan iklan ini seakan-akan sebuah artikel yang ada pada sebuah blog. Jadi pembaca akan mengira bahawa iklan ini adalah halaman blog kita. Ini akan menarik pembaca untuk klik iklan tersebut.
  • In-article ads - Iklan ini adalah iklan kedua native ads dari Adsense. Untuk seakan-akan sama dengan yang pertama. Perbezaannya iklan ini hanya ada satu sahaja, jadi sangat sesuai di pasang pada tengah artikel. Maka sebab itulah ia dinamakan in-article ads. Contoh iklan boleh lihat di blog saya ini.


Cara Pasang Iklan Adsense Di Tengah Artikel


Pemasangan iklan di tengah artikel sangat menarik dan sesuai dengan citarasa saya untuk memasangnya. Saya sebagai penulis blog, sudah pasti iklan begini menarik untuk diletakkan.

Di bahagian tengah artikel adalah iklan sesuai diletakkan iklan adsense. Ini disebabkan pelawat dapat melihat dan kemungkinan mereka akan klik sangat tinggi.

Pendapatan iklan melalui iklan adsense bergantung kepada jumlah pelawat (trafik)  dan klik terhadap iklan tersebut.

Besar atau kecil pendapatan dipengaruhi oleh posisi mana kita hendak letakkan iklan tersebut.

Oleh itu,  kita disarankan meletakkan iklan adsense di lokasi-lokasi yang strategik.


Langkah-Langkah Pemasangan Kod Adsense


Jom ikuti langkah demi langkah tutorial pemasangan kod adsense di bawah ini supaya senang nak buat di blog anda nanti. 

  • Perkara yang perlu dilakukan adalah pergi dulu ke dashboard blog di bahagian TEMA, kemudian klik edit HTML. lepas itu cari kod <data:post.body/> yang ke-3 atau pilih yang benar-benar bertepatan dengan posting artikel anda dengan menggunakan CTRL + F di keyboard kerana dalam template ada banyak kod seperti ini. Biarkan dulu bahagian ini sebentar...
  • Buka New Tab browser baru. Kemudian pergi ke website adsense.com.
  • Klik Sign in
  • Klik My ads
  • Klik Ads units
  • Klik New ads unit

Ada 3 pilihan boleh diambil......

  • 1. Text & display ads
  • 2. In-feed-ads
  • 3. In-article ads 

Pilihlah yang no. 2 (In-feed-ads) atau 3 (In-article ads) kerana ia akan muncul di tengah posting blog. Ini kerana kita mahu letakkan di tengah artikel. Contohnya saya pilih :

In-article ads

- Lihat.... Ads Unit Name.

- Isikan apa saja nama supaya senang boleh ingat seperti "Ads Posting Tengah".

- SAVE AND GET CODE.

Ia akan muncul gambar di bawah ini berserta keterangan daripada google adsense. 




Cara Betul Pasang Iklan Adsense Di Blog
Code Implementation Guide


- Klik I'M DONE
- Kemudian COPY CODE SNIPPET
- pergi ke parse HTML tool  yang telah saya sediakan di atas. 
- Paste kod adsense yang kita copy tadi di parse HTML tool.
- Tekan Parse Script

- Copy pula kod tersebut dan kembali ke template bahagian edit HTML tadi lalu kembali ke edit template yang kita biarkan tadi, kemudian pergi ke kod ini  <data:post.body/>.

- Gantikan <data:post.body/> dengan kod di bawah.


<div expr:id='&quot;post1&quot; + data:post.id'/>
<div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'>
<center>
--Letakkan kod unit adsense hasil parse disini--
</center>
</div>
<div expr:id='&quot;post2&quot; + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>
var obj0=document.getElementById(&quot;post1<data:post.id/>&quot;);
var obj1=document.getElementById(&quot;post2<data:post.id/>&quot;);
var s=obj1.innerHTML;
var t=s.substr(0,s.length/2);
var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;);
if(r&gt;0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);}
</script>


- Selepas itu gantikan ayat --Letakkan kod unit adsense hasil parse disini--  dengan  kod parse yang telah kita copy di dalam kotak parse HTML tool sebentar tadi.

Dah selesai,  jangan lupa preview dahulu.  Bila dah rasa betul-betul berpuas hati,  bolehlah SAVE atau simpan. 

Tunggu sehingga adsense tayangkan, lebih kurang dalam masa antara 20-30 minit. (boleh lihat foto di bawah).


Cara Pasang Iklan Adsense Di Blog
Pendapatan Melalui Adsense


Dah selesai, semoga berjaya.....  dan semoga dapat income tinggi melalui adsense. Insya Allah.... Boleh lihat pendapatan yang saya perolehi melalui adsense di atas atau boleh cuba baca bagaimana saya memperolehi pendapatan adsense tersebut "Mulakan Pendapatan Dengan Adsense".

Apa-apa persoalan,  boleh komen di ruangan komen. 

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
22 Komentar untuk "Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog"

bestnya dapat sumber pendapatan dari Google Adsense.. semoga terus sukses tuan!

banyak info mengenai google adsense. Good info. semoga sukses juga ya Mr Kamil. :)

Tempat kita pasang iklan tu akan mempengaruhi pendapatan adsense kita kan :)

Memang best bro boleh jana income melalui adsense.

Rasanya bro pun lama dah dapat.

Terima kasih bro, moga bro pun sama juga boleh jana income kaw-kaw.

Memang betul Tuan Sabree Hussin

good tips. boleh buat rujukan bila nak pasanga iklan adsense nanti insyaaAllah. terima kasih ya.

terima kasih tuan.

kalau saya dah ada iklan adsense nanti..

boleh la saya belajar dari artikel ini..

terima kasih tuan.

Ainniah... Sama-sama. Bagaimana dengan permohonan adsense, adakah diluluskan atau bagaimana?

Tak sabar nak tengok iklan adsense muncul di blog mrhanafi.

Apapun cuba apply dengan google adsense, jika ada emel balasan, cubacperbaiki apa yang adsense mahukannya.

Insya Allah.... Boleh dapat akhirnya.

setakat ini dah dua kali apply...

kalau belum ada ...tak pe keep on trying

terbaik bos... ada belajar benda baru nih

Bila dah adsense diluluskan, bolehlah guna tutorial ni.

iklan di tengah2 blog mmg berkesan dan nampak sebahagian dari entri

boleh cuba sekali ni , terima kasih bro sudi share

Memang benar Nik... Iklan di tengah artikel sangat menarik.

Bolehlah guna artikel ini bila nak pasang iklan adsense nanti.

kemah keming abe dio

Terima kasih atas artikelnya yang sangat bagus..

boleh saya jadikan panduan nanti.. terima kasih tuan.

tak pernah guna lag, tapi tahniah tuan sebab berjaya

Saya masih gagal nak buat iklan adsense yang guna teks tu

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top