Tayangan Perdana Filem Malay Regiment Di MMCineplex | Filem aksi ini akan diadakan tayangan perdana pada 24 Ogos 2017 di MMCineplex, eCurve Damansara. 


Tayangan Perdana Filem Mslay Regiment Di MMCineplex
Tayangan Perdana Filem Malay Regiment

Tayangan Perdana Filem Malay Regiment Di MMCineplex


Filem aksi perang yang banyak melakarkan catatan sejarah negara dilakonkan semula watak dari kisah sebenar sekitar tarikh 16 April 1976 dan 15 Julai 1976 semasa Ops Kota Gubir I & II yang mana pasukan keselamatan dari unit 17 RAMD telah mengempur beberapa kem penganas komunis di sempadan Malaysia - Thailand berhampiran Gubir,  Kedah. 

Dalam operasi kedua menyaksikan Kapten Zainal Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang penganas komunis.

Operasi tersebut telah membunuh 6 daripada 15 orang penganas selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom.


Jemputan Ke Tayangan Perdana Filem Malay Regiment


Jemputan ini saya dapat panggilan daripada Kak Adza Irdawati Adenan melalui PM mesej Facebook. 

Ketika bermesej dengan beliau,  dia mahu 50 orang blogger. Setakat artikel ini ditulis, hanya perlu 20 orang lagi.  Cepat-cepat daftar ye....

Lokasi: MMCineplex,  eCURVE, Damansara,  Lever 2, eCurve,  No. 2A, Jalan PJU 7/3, 47800, Petaling Jaya,  Selangor.
Bahasa: Melayu
Tarikh: 24 Ogos 2017
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi/Sejarah
Durasi: 90 minit
Pengedar: MM2 Screen Manegement Sdn Bhd
Para Pelakon: Yus Waisar,  Nad Zainal,  Z.Zamri,  Dato' Ahmad Tarmimi Saregar.
Pengarah: Jurey Latif Rosli
Format: 2D
Tayangan Umum: 31 Ogos 2017 seluruh negara.

Untuk ke tayangan perdana dikehendaki berpakaian Smart Kasual.

Boleh hubungi di talian:
Rozie - 0176562217
Nad - 0166592857
Husna - 0341443170

Jom jumpa di sana.  Kita tengok Tayangan Perdana Filem Malay Regiment Di MMCineplex, Mutiara Damansara.


  • Selamat menonton,  semoga terhibur dengan tayangan itu nanti pada 31 Ogos 2017 sempena Sambutan Kemerdekaan ke-60.