Bubar Parlimen Pada 7 April 2018

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah Bubar Parlimen Pada 7 April 2018. Beliau mengumumkan semalam tentang pembubaran Parlimen tersebut bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan.


Bubar Parlimen Pada 7 April 2018
PM Bubar Parlimen 7 April 2018

Bubar Parlimen Pada 7 April 2018


Najib telah membuat pengumuman bertempat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang telah disiarkan secara langsung menerusi televisyen RTM dan laman rasmi Facebook beliau bermula 12 tengahari selama 25 minit selepas mengadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan mendapat watikah daripada baginda memohon perkenan supaya pembubaran Parlimen ke-13 diadakan berkuat kuasa pada 7 April 2018, yakni hari Sabtu bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-14.

Susulan pengumuman tersebut, Perdana Menteri menasihati semua menteri besar, ketua menteri kecuali Sarawak untuk mengadap Sultan negeri masing-masing atau ketua menteri bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) agar pilihan raya umum negeri dapat diadakan serentak di seluruh negara. Setakat hari ini 7 negeri telah membubarkan DUN masing-masing iaitu Perlis, Sabah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebaik menerima notis rasmi berhubung Bubar Parlimen Pada 7 April 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri diterima nanti daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Bubar Parlimen Pada 7 April 2018"

Akhirnya sampai masa untuk bubarkan parlimen dengan mengadakan PRU ke-14. Harap semua rakyat boleh undi dengan bersungguh-sungguh utk pilih wakil yang betul-betul boleh memanfaatkan masyarakat ini.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top