Kecewa Dengan Telekom Malaysia

Kecewa Dengan Telekom Malaysia kerana keinginan untuk melanggan unifi pakej data lite RM129 sebulan yang diwar-warkan di media sosial, website, premis-premis TM Point, risalah-risalah, banner-banner cuma indah khabar dari rupa.

Kecewa Dengan Telekom Malaysia
TM Sasar 1.5 Juta Pelanggan Tahun 2018


Kecewa Dengan Telekom Malaysia


Kecewa Dengan Telekom Malaysia
Promosi Pakej Data Unifi



Tahukah anda TM (Telekom Malaysia) mensasarkan jumlah pelanggan 1.5 juta sehingga penghujung tahun 2018. Boleh cari maklumat di internet tentang perancangan TM dalam mempromosikan dan sasaran mereka untuk menambah pelanggan. 

TM (Telekom Malaysia) adalah penggerak utama dalam merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara dan memacu gaya hidup digital dan "Internet of Things".

Ini memberi pelanggan lebih banyak maklumat diperolehi bagi memajukan diri, kerjaya, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya.

Maka, ini sudah tentu ada perancangan daripada pihak TM untuk meningkatkan kualiti dan perkhidmatan bagi membolehkan pengguna menikmati penggunaan jalur lebar berkelajuan tinggi terutamanya unifi home fibre plan basic lite 100Mbps berharga RM129 sebulan.

Melihat kepada promosi besar-besaran yang dilakukan oleh TM amat menarik tetapi sayang, saya yang sudah acap kali berhubung di talian 100 amat mengecewakan. Bukannya tidak layan panggilan tetapi langganan saya tidak dapat dipenuhi kerana port penuh.

Port penuh tu maknanya tiada port kosong untuk dipasang. Walhal saya dah pun pindah rumah dari rumah pangsa ke rumah teres di taman perumahan baru, namun masih juga disebabkan port penuh.


Kecewa Dengan Telekom Malaysia
Di sinilah kabel Port TM Dipasang


Bagi mendapat kepastian saya buat pendaftaran melalui online pun sama juga. Berhubung melalui chat online daripada crew/staf mereka pun sama juga. Mereka ambil nama saya dalam pelanggan yang menunggu.

Bagi saya..... nak tunggu sampai bila? 1 hari, 1 minggu, 1 tahun atau 10 tahun?

Sebelum ini pun saya ada juga daftar untuk langgan streamy di kawasan tempat tinggal lama tidak juga berjaya akibat port penuh.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Saya Kecewa Dengan Telekom Malaysia.

Kita sedia maklum, Telekom Malaysia  mencatatkan keuntungan bersih terkumpul RM929.749 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, meningkat 19.8 peratus berbanding RM776.031 juta tahun sebelumnya. Oleh itu tiada masalah untuk menambah kuota port yang penuh di setiap kawasan terutama di perumahan, kawasan penduduk padat supaya rakyat dapat menikmati jalur lebar berkelajuan tinggi.

Diharap pihak Telekom Malaysia ambil langkah yang bijak dengan meningkatkan lagi perkhidmatan untuk pelanggan agar tidak tertipu dengan promosi dan perancangan mereka bagi mencapai keuntungan yang tinggi tetapi tidak bertindak untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Realisasikan harapan dan inspirasi Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menjadikan negara maju menjelang tahun 2020.

Harapan saya agar TM ambil tindakan segera dalam isu ini agar nama baik dan perkhidmatan mereka tidak terjejas disebabkan kerana port penuh.

Wassalam.....!


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kecewa Dengan Telekom Malaysia"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top