Jangan Mudah Terpedaya Dengan Pelaburan Palsu

Jangan Mudah Terpedaya Dengan Pelaburan Palsu kerana statistik menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang mengalami kerugian akibat skim pelaburan (Skim Cepat Kaya) yang ditawarkan oleh pihak tertentu.

Mengikut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, cuma 1,369 daripada 974,301 individu yang tampil membuat aduan selepas mereka terpedaya membabitkan nilai kerugian berjumlah RM239 juta.



Pelaburan Palsu Skim Cepat Kaya
Pelaburan Palsu Skim Cepat Kaya


Jangan Mudah Terpedaya Dengan Pelaburan Palsu


Semua orang ingin cepat kaya tetapi "AWAS", jangan mudah tertipu dengan pelaburan palsu atau dikategori sebagai "Skim Cepat Kaya".

Baru-baru ini impian dua orang pesara untuk mendapatkan pulangan lumayan bagi menjamin kehidupan yang baik pada hari tua musnah apabila ditipu oleh dua sendikit pelaburan palsu.

Bank Negara Malaysia (BNM) sering menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang berkaitan.

Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa berkaitan sekiranya terdapat keraguan terhadap skim yang ditawarkan.


Berhati-Hati Dengan Skim Pelaburan Lumayan


Orang ramai dinasihati agar menyemak kepada Investor Alert dan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Difahamkan, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata kerajaan perlu perketatkan piawaian pendaftaran nombor telefon agar pihak yang tidak bertanggungjawab tidak sewenang-wenangnya menggunakan talian komunikasi untuk kerja-kerja penipuan.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan lumayan yang meragukan.

Berikut merupakan antara aktiviti kewangan tidak sah yang boleh dilaporkan kepada BNM ialah:  
  • Pengambilan deposit secara tidak sah
  • Skim perniagaan mata wang asing tidak sah
  • Aktiviti perniagaan perkhidmatan kewangan tidak sah
  • Amalan pasaran yang tidak wajar oleh pemegang lesen yang dikeluarkan oleh BNM.
  • Penyalahgunaan nama BNM, dan nama serta jawatan pegawai kanan BNM.
  • Aktiviti kewangan haram lain yang disebut dengan nyata di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Jangan mudah tertipu dengan pelaburan yang meragukan, menjanjikan pulangan yang lumayan. Kita perlu semak atau selidik dahulu dengan mana-mana syarikat atau individi yang sungguh licik berkaitan pelaburan palsu ini.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
4 Komentar untuk "Jangan Mudah Terpedaya Dengan Pelaburan Palsu"

Betul, zaman sekarang ni terlalu banyak yang sanggup mengambil jalan pintas untuk mendapatkan duit. Termasuklah dengan pelaburan palsu.

ramai yang terpedaya kerana nak cepat dan mudah..

tetapi tidak perkara yang ada gerenti dalam pelaburan adalah penipuan..

gerenti kena tipu adalah

Apapun kena ada ilmu supaya tak mudah kena tipu.

The Star Sydney Hotel and Casino: The Star Gold Coast
The 정읍 출장마사지 Star 영주 출장샵 Gold Coast: 남원 출장샵 Broadbeach. 1 안산 출장샵 The Star Gold Coast Hotel & Casino. 2 Jambodia Airport. 3 Gold 광주 출장마사지 Coast Broadbeach Island. 5 Gold Coast

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top