Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik

Kita mesti mengenal pasti untuk membeli alat navigasi seperti GPS. Saya akan memberi "Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik" untuk anda agar tidak tersalah membeli sesuatu yang bukan menjadi pilihan kita.

Oleh itu, anda harus mengenal pasti ciri-ciri sebelum membelinya. Banyak jenama yang terbaik dipasaran sepert Lokatoo, Garmin, Papago, Pioneer dan sebagainya.



Alat Navigasi GPS Terbaik
Alat Navigasi GPS Terbaik



Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik


Alat navigasi GPS menjadi semakin popular sekarang ini. Ke mana saja ingin ke destinasi yang dituju, pasti alat navigasi GPS menjadi keutamaan sebagai alat penunjuk arah terutama tempat-tempat yang belum kita kenali atau belum pernah ke sana.

Jangan pula kita terleka dengan alat navigasi GPS sebagai penunjuk arah tetapi sebalik pula yang berlaku sehingga kita melalui arah bertentangan.

Kelekaan inilah selalu terjadi apabila asyik menggunakan aplikasi GPS menggunakan telefon pintar atau alat navigasi GPS.

Peristiwa ini terjadi kepada seorang wanita yang tiba-tiba berada dilaluan melawan arus di susur keluar Sungai Dua, Pulau Pinang, baru-baru ini.


Ikuti Panduan Ini Jika Tidak Mahu Tertipu


Ikuti Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik yang akan saya huraikan demi kemudahan anda semua supaya tidak tertipu dan berhati-hati dalam memilih dan membeli alatan tersebut.

Berhati-hati membeli alat navigasi GPS di pasaran terutama secara dalam talian seperti Lazada, Shopee, Ali Baba, Amazon dan sebagainya.


Ikuti panduan ini sebagai langkah berjaga-jaga....


Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan bagi sebuah GPS terbaik perlu diketahui sebelum membuat pilihan. Ada beberapa faktor yang patut diambil perhatian..

1. Ciri-Ciri Utama

Kita perlu mengetahui ciri-ciri yang diperlukan sebelum membuat pilihan untuk membeli navigasi GPS. Diantaranya adalah seperti berikut....


  • Saiz dan Resolusi Skrin Paparan
Saiz skrin memainkan peranan yang penting dan berhubung kait dengan bajet kita. Semakin besar saiz skrin, semakin lebih bajet yang perlu dibelanjakan. 

Resolusi juga amat perlu dititikberatkan agar paparan yang dilihat tidak menyakitkan mata. Boleh cuba daya penglihatan dengan pelbagai saiz dan resolusi agar dapat membaca input pada skrin dengan lebih selesa.

  • Penerimaan Isyarat (Signal Receiver)
Cuba dapatkan unit penerimaan isyarat (signal receiver) yang sensitiviti tinggi. Ia memudahkan GPS menerima isyarat dari setelite yang dapat memberi bacaan lokasi yang lebih tepat.

GPS yang murah biasanya mempunyai isyarat penerimaan yang rendah tetapi bukan semua ianya dianggap begitu. Buat pembandingan dengan mengujinya sebelum membeli.

  • Arahan Suara Audio 
 Boleh dikatakan semua GPS mempunyai arahan audio yang berbeza-beza . Ada yang jelas suaranya jelas, ada yang tidak jelas, ada yang bersuara lunak dan ada pula yang suara lemau.

Pilihan mana yang sesuai dengan pilihan anda. Apa yang menariknya, sebahagian besar GPS menggunakan suara wanita untuk memberi arahan audio?

  • Pelarasan Perjalanan Automatik
Terdapat juga fungsi-fungsi lain pada setiap alat GPS seperti pemain video, album foto, skrin kamera undur (reverse screen) dan lebih menarik boleh buka internet seperti sebuah tablet.

  • Penyelarasan Fungsi (Function Setting)
Penyelarasan atau setting amat penting juga untuk menyelaras sesuatu alat navigasi GPS. Ia boleh memperlahankan atau menbesarkan suara, menyelaras tahap kelajuan sesebuah kenderaan, menetapkan lokasi yang ingin dituju dan sebagainya.


2. Bajet

Bajet merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian. Bajet yang besar memang akan memudahkan proses bagi mendapatkan alatan GPS terbaik.

Jika bajet sekitar RM200 - RM300, hanya dapat unit yang bersaiz kecil dan fungsi yang terhad. Jika perlukan penjimatan, boleh saja lihat model-model keluaran terdahulu tetapi harus berwaspada, jangan sampai terbeli unit dengan peta jalan yang sudah ketinggalan zaman atau pun sudah tidak mempunyai peluang untuk dinaik taraf terutama daripada syarikat yang sudah tutup operasi mereka.

Bajet juga memerlukan sama ada anda mahu memilih unit binaan dalaman sekali dengan sistem audio atau pun unit berasingan yang boleh dibawa ke mana-mana.

Unit binaan dalaman biasanya lebih mahal dan unit berasingan pula mudah dibawa keluar jika pengguna menggunakan kenderaan yang berbeza.


3. Pemprosesan (Processor)

Sebagai sebuah komputer kecil, GPS juga memerlukan sebuah pemprosesan yang laju untuk membuat perkiraan dan memilih laluan yang sesuai untuk ditujui.

Pemprosesan yang kurang baik akan membuatkan ianya lambat untuk diproses dan kadang-kadang boleh membuat tersekat (hanged), sekaligus mengganggu kelancaran perjalanan kita.


4. Peta Elektronik

Sebelum membeli kita harus pastikan juga kemudahan peta dan kemudahan naik taraf (update) terkini supaya jalan atau peta kawasan adalah yang terkini.

Jangan sampai terbeli unit peta yang sudah ketinggalan zaman dengan potongan harga yang luar biasa.. Ingat... jalan raya sentiasa berubah.

Jangan sampai sudah masuk parit, baru terhegeh-hegeh mahu kemas kini peta tersebut.

Jika mahu melakukan update terlalu mahal ataupun syarikat terbabit telah tidak beroperasi lagi (tutup). Lupakan saja unit tersebut dan cari unit lain.


5. Alternatif Lain

Kemunculan telefon pintar yang canggih dengan pelbagai kemudahan terkini mungkin menyebabkan era penggunaan alatan navigasi GPS makin berkurangan.

Namun sebagai pemandu, kita merasakan adalah wajar alat navigasi GPS tidak terlalu mahal dijual dipasaran.

Bateri juga memainkan peranan yang penting. Penggunaan kuasa bateri yang agak tinggi akan mempercepatkan casnya habis.

GPS lebih mudah dengan hanya ,menyambung soket kuasa untuk tenaga berterusan. Namun kuasa bateri juga penting jika bekalan kuasa terputus atau tergendala tanpa mengetahui punca sebenar.

Pesanan untuk semua, jika mahu dapatkan alatan navigasi sila ikuti "Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik" ini... agar kita tidak menyesal dengan apa yang kita mahukan terhadap alatan ini

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Panduan Membeli Alat Navigasi GPS Terbaik"

Doesn’t it make you feel good when you get to see a gorgeous woman who has a face to die for?Low budget Call Girls in Pune Just a glance at one of these lovely sexy women could elevate your moods.Low Rate Call Girls in Pune Our agency provides here atCall Girls near Agra Bus Stand, Agra is all about that and much more.High Class Escorts in Dehradun We have some of the most gorgeous-looking women right here with us at our agency for High Class Escorts in Dehradun, Delhi who apart from their looks know exactly how to make a Low budget Call Girls in Gurgaon client feel good about himself.

Terima kasih atas panduannya.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top