Apa Itu Covid 19 (Novel Coronavirus)?

Wabak Covid 19 (Novel Coronavirus) atau diistilah sebagai pandemik telah menyerang penduduk seluruh dunia. Ia menjadi ancaman yang hebat buat manusia dewasa ini. Setiap hari ada saja yang positif dijakiti oleh virus merbahaya ini. Sebelum itu kita wajib tahu "Apa Itu Covid 19 (Novel Coronavirus)" yang tiada vaksin untuk mencegah dan mengubatinya.



Apa Itu Covid 19 (Novel Coronavirus)
Covid 19 (Novel Coronavirus)

Apa Itu Covid 19 (Novel Coronavirus)?

Coronavirus (Cov) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SAR-CoV. Ia sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran penafasan.

Novel Coronavirus pula merujuk kepada spesis baru yang belum pernah ditemui oleh manusia. Novel Coronavirus yang ditemui di China adalah tidak sama dengan influenza di Malaysia.

Namun pencegahan kedua-dua penyakit adalah hampir sama. Sehingga ke hari ini (14 April 2020) hampir 2 juta kes telah dijangkiti terhadap manusia, 119,655 telah meninggal di seluruh dunia, manakala yang pulih adalah sekitar 444,836 orang.

Penyakit Covid 19 bermula di Wuhan, kemudian ke daerah Hubei, China. Penularan virus ini menjadi serius apabila ramai penduduk daerah Wuhan, Hubei pergi ke luar negara beramai-ramai dan kemudian menyebar virus ini kepada rakyat lain yang mereka kunjungi.



Tanda-Tanda Gejala Dijangkiti Covid 19

Tanda-tanda gejala dijangkiti Covid 19 adalah seperti sakit tekak, batuk, selesema, deman, sesak nafas dan sakit badan. 

Komplikasi yang boleh berlaku adalah seperti kegagalan buah pinggang, jangkiti paru-paru, kegagalan sistem penafasan dan juga mengakibabkan kematian. 

Kebanyakan wabak ini bermula daripada gejala batuk dan hidung berair atau selesema. Gejala inilah yang paling senang untuk dijangkati terutama yang telah positif dan pernah ke luar negara terutama negara China.

Kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendapati individu yang dijangkiti Covid 10 boleh menjangkati individu lain dalam tempoh 1 hingga 3 hari sebelum gejala itu muncul.

Kajian itu memberi penekanan terhadap kepentingan penjarakan sosial dalam membendung penularan Covid 19.

Sehingga kini tiada vaksi atau ubat khas untuk rawatan atau pencegahan. Cuma yang ada adalah untuk penyakit virus sebelum ini seperti  Sar-CoV dan Mar-CoV sebagai langkah awal mengelak daripada ianya bertambah teruk.



Apa Itu Covid 10 (Novel Coronavirus)
Langkah-Langkah Pencegahan Covid 19


Langkah-Langkah Pencegahan Covid 19

Kita perlu mengikuti langkah-langkah pencegahan untuk mengelak daripada dijangkiti virus Covid 19 terutama terhadap diri sendiri, keluarga, orang lain yang kita bersama mereka.

Diantara langkah-langkah yang wajib kita ijuti adalah seperti berikut....

  • Mengunakan penutup muka dan hidung (mask) ketika deman, batuk, selesema. Hidung dan mulut perlu ditutup ketika bersin dan perlu segera mencuci tangan.
  • Ikuti perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan.
  • Segera mendapatkan rawatan kesihatan apabila deman, batuk dan selesema.
  • Makan makanan yang seimbang dengan memperbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Kerap mencucu tangan menggunakan sabun atau sanitizer.
  • Elak sebarang sentuhan dengan orang lain, binatan peliharaan dan perlu segera mencuci tangan jika terdapat sentuhan fizikal bersama haiwan.
  • Kekal aktif dan mendapat rehat yang mencukupi. Selalu bersenam untuk kekal sihat.
  • Elak daripada memakan sebarang daging yang mentah dan tidak masak atau separuh masak.


Jangan ambil mudah terhadap wabak virus Covid 19 (Novel Coronavirus) ini. Perlu tahu dengan mendalam "Apa Itu Covid 19 (Coronavirus)? Ia sangat merbahaya. Lakukan pencegahan awal, kekal di rumah, tidak keluar rumah kecuali jika perlu untuk beli makanan. Ikuti perintah PKP daripada kerajaan. Amalkan gaya hidup sihat. semoga anda semua tidak dijangkati Covid 19. Sama-sama kita doakan agar Covid 19 ini tamat secepat mungkin. Insya Allah.....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Apa Itu Covid 19 (Novel Coronavirus)?"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top