Krisis Air Selangor 5 Juta Sensara Ketiadaan Air

Krisis Air Selangor 5 Juta Sensara Ketiadaan Air

Dianggar lebih  5 juta penduduk di Lembah Kelang melibatkan 1.2 juta pemegang akaun berdepan dengan masalah gangguan bekalan air bersih selama empat hari apabila operasi di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang dihentikan operasi akibat pencemaran air dan bau daripada kilang selenggara mesin dan jentera di Rawang.



Krisis Air Sekangor 5 Juta Sensara Ketiadaan air



Krisis Air Selangor 5 Juta Sensara Ketiadaan Air

Gangguan bekalan air yang dihadapi kira-kira 5 juta penduduk di sekitar Lembah Kelang meibatkan 1.2 juta pemegang akaun akan berterusan selama empat hari lagi untuk dipulihkan sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Suhaimi Kamarulzaman berkata, "Gangguan bekalan air itu berlaku apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang masih tercemar akibat daripada kilang selenggara mesin dan jentera".

Katanya lagi, "Usaha untuk memulihkan pencemaran itu mengambil masa yang lama dan pihaknya perlu memastikan benar-benar bersih dan selamat sebelum disalurkan kepada pengguna".

"Setakat pukul 2.30 petang semalam, pencemaran air di Sungai Selangor masih lagi dikesam di muka sauk loji tersebut dan berada pada tahap 1 TON. Ia hanya akan mula beroperasi sekiranya bacaan menjadi 0 TON".

"Kami memandang serius isu ini kerana telah menyebabkan LRA tersebut diberhentikan operasi sehingga 30 jam" katanya,

Tambahnya lagi. "Gangguan ini menyebabkan pihaknya tidak dapat menyalurkan 2,767 juta liter air ke 1,292 kawasan yang terjejas di sekitar Lembah Kelang".

Menurut Suhaimi Kamarulzaman lagi, "Air Selangor menyediakan perkhidmatan tangki air dan lori tangki untuk diletakkan di kawasan yang terjejas".

"Pengguna juga disarankan mendapatkan bekalan air melaluipili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat yang beroperasi 24 jam sehingga bekalan air pulih sepenuhnya" katanya sambil memberitahu sampel air telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam sekitar, Teknologi Hijau, sains Teknologi Dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, "Pencemaran bau yang melanda Sungai Selangor itu disyaki berpunca daripada sebuah kilang bengkel mesin dan jentera berat di Rawang, Selangor".


Kilang Diarah Tutup Serta-Merta

"Kita telah mengarahkan kilang itu ditutup serta-merta semalam. Siasatan mendaoati tempat itu tidak mempunyai sistem pembuangan sisa yang efisen" katanya.

Tambahnya lagi, "Minyak hitam daripada jentera berat telah mengalir ke longkang dan bersambung terus ke sungai berhampiran premis tersebut".

Menuru Hee Loy Sian, "Ini kejadian yang kedua mel;ibatkan bengkel tersebut. Kali pertama berlaku pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pemilik premis telah dikompaun sebanyak RM60,000.

Dalam pada itu, Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, "Beliau akan membawa usul untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air dan Kualiti Alam Sekitar kepada kabinet".

"Ia perlu kerana sudah sampai masanya mereka yang terlibat mencemarkan ait dikenakan hukuman yang lebih berat. Sumber air perlu dilihat sebagai kategori keselamatan negara", katanya melalui ciapan Twitternya semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Aziah Jaafar mengakui tindakan yang dikenakan sebelum ini gagal memberi pengajaran kepadab pemilik kilang tersebut.

Kami sebagai pengguna menalu-alukan agar dikenakan tindakan atau hukuman yang paling berat dan semoga kilang itu dirobohkan dan ditarik lesen jika ianya memang meyalahi undang-undang dan akta.

Jadikan semua ini sebagai pengajaran kepada kilang-kilang lain agar mematuhi apa-apa akta ditetapkan oleh kerajaan supaya sungai kita sentiasa bersih, selamat untuk digunakan.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
5 Komentar untuk "Krisis Air Selangor 5 Juta Sensara Ketiadaan Air"

nice post what are backlinks https://www.newsonhy.online/2020/08/what-are-backlinks.html

semoga cepat selasai krisisnya, salam

mmg sengsara tiada air..

Being the Punjabi Call Girls in Jaipur most skilled escort girl they are very good at handling any sort of Russian Call Girls in Faridabad clients whether he is taking the escort service for the Real Call Girls Photo in Jaipur first time or he is very much experienced in hiring escort girls a number of times.Nepali Escorts in Ajmer These escort girls know the city very well and this is why they can easily take you into some of the most exotic places in the city which will make your trip much more enjoyable. Nepali Escorts in Ajmer thus can provide you a wonderful experience by providing a completely professional service within a Call Girls in Faridabad comfortable budget.

Hey friend, it is very well written article, thank you for the valuable and useful information you provide in this post. Keep up the good work! FYI, How to know if your dog is having a heat stroke , IDFC FIRST Classic Credit Card review
, The Charismatic Charlie Wade by Lord Leaf Download,10 lines on my ambition in life

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top