Bilakah Pilihan Raya Umum ke 13 Akan Diadakan?

Salam sejahtera.....semua.....!!!

Bilakah Pilihanraya 
Umum Ke 13 Akan Diadakan?


        pelagai andaian telah diramalkan oleh orang ramai terutama sekali ahli-ahli politik pembangkang kerana kuasa mutlak adalah daripada YAB Dato Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri.  Itupun  setelah menghadap KDYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

                 Ada  yang  mengatakan  bulan November,  Disember,  Januari,  Februari,  Mac, April dan  seterusnya.   Cuba  kita  lihat  bilakah  tarikh   berakhirnya   setelah   5  tahun   (sepenggal) diperintah oleh BN. Tarikh sebenar berakhirnya adalah pada bulan June tahun 2013.


                 Pada 2008, BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga. Ia adalah yang pertama dalam  sejarah  negara.   Kekalahan  BN  bukan  disebabkan  pembangkang  kuat  cuma  kerana berlaku masalah dalaman BN sendiri. Ketika itu pula mereka(BN) menganggap mereka berada dalam keadaan selesa walhal pada masa itu faktor ekonomi tidak berpihak pada mereka. Kenaikan harga minyak dan gas menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan atau terhimpit. Maka mereka (rakyat) memberontak pada pihak kerajaan  lalu undi protes banyak  membantu pembangkang pada pilihanraya itu.

                 Mereka kini  mula  mengorak  langkah  dengan  memperkenalkan  dasar  Program Tranformasi Kerajaan seperti (GTP) dan Program Tranformasi Ekonomi (ETP). Memperkenalkan  dasar  1  Malaysia  "Rakyat  Di  Dahulukan  Pencapaian  Di  Utamakan,"    Kedai Rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, pemansuhan ISA, Rang Undang-Undang Kediaman Terhad dan memperkukuhkan ekonomi negara mengadakan pilihanraya percubaan di setiap negeri dan lain-lain lagi.


                Sementara  itu  juga  Parti  pembangkang  (Pakatan Rakyat)  membuat  persiapan dengan memperkenalkan  Buku Jingga, Bajet taktikal (bayangan) , menimbulkan kembali "Hukum Hudud" untuk dijalankan di negeri Kelantan oleh YAB Dato Nik Abdul Aziz dan menganjurkan himpunan kesyukuran tentang hudud dan lain-lain lagi.


               Adakah semua ini tanda-tanda pilihanraya semakin dekat?. Banyak pihak telah mentafsirkan tarikh keramat ini. Anda pula bagaimana?, tapi yang boleh memberi kata putus adalah PM sendiri.

Wassalam.......
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Bilakah Pilihan Raya Umum ke 13 Akan Diadakan?"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top