12/09/16

Wira Emas Paralimpik Dapat RM1 Juta

Wira Emas Paralimpik Dapat RM1 Juta | Tiga atlet Paralimpik yang melakarkan kejayaan dan menjadi sejarah untuk negara pada temasya Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Jeneiro, Brazil bakal dapat RM1 Juta dan pencen RM5,000sebulan seumur hidup yang dibayar serta-merta.



Wira Emas Paralimpik Dapat RM1 Juta
Wira Emas Paralimpik Dapat RM1 Juta

Wira Emas Paralimpik Dapat RM1 Juta

Sebelum ini dua wira emas paralimpik telah mencatat sejarah untuk Malaysia apabila menyumbang pingat emas masing-masing dalam acara sukan yang mereka sertai. Dua atlet tersebut adalah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, 29 yang mengidap penyakit saraf otak cerebral palsy dan Muhammad Ziyad Zolkefli, 26, mengidap penyakit masalah pembelajaran. Sementara itu Romly mengidap penyakit kurang upaya interlektual.


Wira Emas Paralimpik Dapat RM1 Juta
Abdul Latif Romly Sumbang Pingat Emas Ketiga Malaysia

Berita terkini yang kita dapat melalui atlet paralimpik lompat jauh kategori T290 lelaki negara, Abdul Latif Romly, 19, menyumbang emas ketiga untuk negara di temasya Sukan Paralimpik 2016 dengan mencatatkan tiga rekod dunia sekaligus sebagai rekod baharu dunia dalam acara tersebut.

Ridzuan memenangi pingat emas pertama paralimpik negara melalui acara lari 100 meter T36 dengan catatan 12.07 saat diikuti pingat emas kedua melalui Ziyad dengan catatan rekod baru dunia dalam acara lontar peluru F20 dengan mencatat 16.84 meter dan Romly pula menyumbang pingat emas ketiga dengan mencatatkan tiga kali rekod dunia sekaligus dengan catatan 7.47, 7.54 dan 7.60 meter dalam acara kegemarannya.

Ketiga-tiga wira emas paralimpik negara itu akan mendapat RM1 Juta di bawah Hadiah Kemenangan Majlis Sukan Negara, yakni sama nilainya seperti dinikmati atlet yang memenangi pingat pada Olimpik Rio 2016 baru-baru ini.

Mengikut sejarah Paralimpik yang disertai sejak tahun 1972 di Jerman, Malaysia hanya pernah memenangi pingat perak dan gangsa saja.

Kejayaan raih tiga pingat emas tersebut, membolehkan lagu Negaraku berkumandang sebanyak tiga kali di bumi Brazil.

Pencapai hebat itu turut menceriakan seluruh rakyat Malaysia dan dimeriahkan lagi dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari ini.

Selain daripada itu, ada lago imbuhan diumumkan kerajaan, Naza Corporation Holding (Naza) turut mengumumkan akan menerima ganjaran berrupa kenderaan Kia Sportage kepada pemenang pingat emas paralimpik Malaysia itu.

Ketiga-tiga mereka juga akan menerima tiket penerbangan percuma sepanjang hayat daripada syarikat AirAsia.

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya merasa banga dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka. Tahniah buat atlet paralimpik yang memenangi pingat emas dan semoga ramai lagi atlet paralimpik lain menyumbang pingat untuk negara Malaysia juga. MALAYSIA BOLEH....!

30/08/16

Sambutan Ambang Merdeka 2016

Assalamualaikum.... Sambutan Ambang Merdeka 2016 | MALAYSIA #sehatisejiwa. Kali ini saya nak maklumkan untuk semua pembaca. Ia diadakan di Dataran Pasar Juadah Bandar Baru Ampang, Selangor. Di sini saya ingin mengucapkan "Salam Kemerdekaan" ke-59 untuk semua rakyat Malaysia.


Sambutan Ambang Merdeka 2016
Sambutan Ambang Merdeka 2016 Di Bandar Baru Ampang

Sambutan Ambang Merdeka 2016


Sambutan Ambang Merdeka 2016
Lebih 100 Cabutan Bertuah Untuk Pengunjung

Beginilah bila tibanya bulan Ogos, banyak persatuan, pertubuhan, NGO, yayasan dan kelab-kelab yang akan mengadakan sambutan di ambang merdeka. tidak kira tempat yang dirasakan sesuai diadakan sambutan tersebut. 

Ada yang dibuat di dataran, di stadium, di mini stadium, di padang bola, di balai raya, di bandaran atau di mana-mana saja yang dirasakan sesuai untuk penduduk setempat atau orang ramai.

Kali ini saya nak bercerita tentang Sambutan Ambang Merdeka 2016 di Bandar Baru Ampang, yakni diadakan di Dataran Pasar Juadah, Bandar Baru Ampang, Selangor. Ia dianjurkan oleh Yayasan MAYS (Yayasan Masih Ada Yang Sayang)

Aturcara Majlis Sambutan Ambang Merdeka 2016

Tarikh: 30 Ogos 2016
Masa: 9 malam - 12.30 tengah malam
Tempat: Dataran Pasar Juadah, Bandar Baru Ampang, Selangor
Acara: 
> Persembahan Artis Tempatan
> Kayuhan Merdeka 2016
> Merdeka Bikers 2016
> Cabutan Bertuah (Lebih 100 cabutan bertuah disediakan)
> Persembahan bunga api detik 12 tengah malam.
            
# Semua masyarakat berbagai bangsa, kaum dijemput hadir.
# Sila daftar di kaunter pendaftaran untuk mengambil nombor untuk cabutan bertuah.

Inilah masanya untuk kita meraikan suasana Sambutan Ambang Merdeka 2016 pada tahun ini. Sebagai rakyat kita seharusnya meraikannya sabagai tanda kesetiaan kita kepada negara Malaysia yang kita cintai selain daripada "Sambuatn Perarakan Hari Kemerdekaan" yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2016.

Semoga masyarakat dan pengunjung bergembira meraikannya pada malam ini. Bawalah sanak-saudara, kaum keluarga untuk ramai-ramai menyaksikan pelbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur. 

Mana tahu anda bertuah untuk dapatkan cabutan bertuah yang telah disediakan oleh penganjur. Dikatakan lebih daripada 100 cabutan bertuah untuk dimenangi, diantaranya adalah motosikal, basikal, barangan elektrik dan hamper.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda tiada siapa yang tahu. Berdoalah agar anda bertuah malam ini. Insha Allah....

17/08/16

Nasi Lemak Pandan Mieeza & Rendang Ayam

Nasi Lemak Pandan Mieeza & Rendang Ayam | Biasanya kita jumpa nasi lemak bersama sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal kerang, sambal ikan bilis, tetapi kali ini saya nak ceritakan pasal rendang ayam pula.



Nasi Lemak Pandan Mieeza & Rendang Ayam
Rendang Ayam

Nasi Lemak Pandan Mieeza & Rendang Ayam

Biasanya kita jumpa nasi yang ada sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal udang dan sambal kerang, kini di gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza ada juga menjual nasi lemak bersama rendang ayam. Bukannya apa, ia sekadar ingin pelanggan merasai kelainan yang ada di gerai ini.

Yalah.... kadang-kadang kita juga ingin memastikan pelanggan tetap dan pelanggan setia tidak jemu untuk ke gerai mereka. Asyik yang sama saja sambalnya, sekali-sekala tukar juga dengan rendang ayam yang istimewa ini sedap juga "Sedap Bohh...".

Sebelum ini dah ada segala jenis sambal, ayam goreng berempah, ayam goreng ala KFC dan kini boleh mencuba pula rendang ayam dari resepi special dari Kelantan.

Mereka juga ada menjual kuih-muih seperti donat, laksam dan akan ada kuih lain legi pada waktu yang terdekat. Ini bagi menarik minat pelanggan untuk terus mengunjung setiap kali gerai ini beroperasi.

Resepi Rendang Ayam

Bahan-Bahan
  • Ayam - 1 ekor ( 1.8 kg) potong 12 ketul
  • Santan pekat - 2 cawan
  • Santan cair - 1 cawan @ 1/2 cawan pekat campur 1/2 cawan air.
  • Kerisik - 3 sudu besar
  • Asam keping - 2 keping
  • Sos Tiram - 2 sudu besar
  • Minyak masak - 2 senduk
Bahan-Bahan Dikisar
  • Bawang Merah - 5 ulas
  • Bawang Putih - 5 ulas
  • Bawang Besar (Holand) - 2 biji
  • Kunyit hidup - 2 cm
  • Lengkuas - 2 inci
  • Halia - 2 inci
  • Serai - 2 batang dipotong nipis
  • Lada Kering (kerinting) - buang biji dan direbus dengan air
Nota: Cara penyediaan bolehlah ikut cara biasa yang kaum hawa atau ibu buat. Jika sudah biasa di dapur, penyediaannya amat mudah untuk dilakukan. Kalau tidak tahu juga, bolehlah bertanya dengan nenek atau emak di rumah.



Nasi lemak Pandan Mieeza & Rendang Ayam
Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza

Semoga anda semua boleh berkunjung ke gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza dan menikmati nasi lemak pandan bersama rendang ayam yang saya ceritakan ini. Past anda berpuas hati nanti. 

Biasanya gerai ini di buka di:
- Hadapan MID POINT SHOPPING COMPLEX, Pandan Indah, Kuala Lumpur.
- Beroperasi sekitar jam 7 petang hingga 12 tengah malam.
- Menyediakan nasi lemak pandan, sambal kerang, sambal sotong, sambal udang, sambal ikan bilis,     donut, laksam dan sebagainya.
- Kini ada rendang ayam pula.

Jangan lupa dengan selera sukaramai dengan Nasi Lemak Pandan Mieeza & Rendang Ayam, setiap kali anda berkunjung di sekitar Ampang, Gombak, Cheras dan berdekatan dengan gerai tersebut.

7/08/16

Deman Pokemon Go Melanda Malaysia

Deman Pokemon Go Melanda Malaysia | Aplikasi Pokemon Go ini mula dimuat turun ke dalam telefon pintar masing-masing semalam setelah ia dilancarkan semalam di Malaysia. Beribu-ribu peminat pemainan games secara maya telah memasang aplikasi tersebut.


Deman Pokemon Go Melanda Malaysia
Pokemon Go

Deman Pokemon Go Melanda Malaysia

Ramai dikalangan muda-mudi yang sanggup menunggu berbulan-bulan untuk memasang aplikasi Pokemon Go ini. Mereka tersangat teruja bermain Pokemon Go ini. Ia membolehkan pemain "Menangkap" watak raksasa Pokemon maya di dunia sebenar di telefon mereka dengan bantuan Teknologi Sistem Kedudukan Global (GPS). Dianggarkan 62,500 orang telah mengikuti laman ini. 


Deman Pokemon Go Melanda Malaysia
Aplikasi Pokemon Go

Pemain boleh bermain ke mana-mana saja lokasi hanya melalui telefon pintar mereka. Tidak kiralah di Masjid Negara, Muzium Negara, Balas Bolis Bukit Aman, Pandan Indah, Bukit Indah, Shopping Complex dan di mana saja anda berada.

Pokemon Go ini dibangunkan oleh syarikat Niantric Labs dari Amerika Syarikat. Ia boleh didapati juga di laman facebook "Pokemon Go Malaysia"

Di Malaysia, permainan ini menjadikan tempat awam sebagai "Poke Stop", diantaranya masjid, pasr, pasar raya, stesen transit aliran ringan (LRT), stesen keretapi dan sebagainya.

Pokemon Go yang menghidupkan watak-watak kartun sensasi Pokemon ke alam nyata dan membolehkan pemain "menangkap' watak-watak tersebut dengan menggunakan telefon pintar di beberapa kawasan strategik dengan bantuan GPS.

Pemain akan mendapatkan mata dengan melontar bola ke arah kartun Pokemon dan seterusnya akan naik ke tahap lever permainan yang lebih tinggi.


Info Berkaitan Pokemon Go

  • Kategori: Percuma
  • Size: 104 MB
  • Pengeluar Aplikasi Pokemon Go: Niantic Labs, Amereka Syarikat. Berpengkalan di San Francisco dan California.
  • Genre: Augmented Reality (AR).
  • Tarikh Dilancarkan: 13 Julai 2016 (Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia), 6 Ogos 2016 (Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Kemboja, Thailand dan lain-lain negara.
  • Mod Permainan: Boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan.
  • Platform: Boleh dimuat turun melalui telefon pintar iOS dan Android.
  • Taktik Permainan: Pembelaan dan pertarungan.
  • Negara Haramkan Pokemon: Arab Saudi, Turki dan Mesir.
  • Ulama Fatwakan Pokemon Go Haram: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Syeikh Prof. Dr.Yusuf Al-Qaradawi.

Pokemon Go Serang Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza


Aku yang baru saja pasang aplikasi Pokemon Go terkejut apabila ianya mula menyerang di tempat jualan Nasi Lemak Pandan Mieeza. Masa itu aku hanya sekadar memasang saja , tidak terfikir untuk bermain.


Deman Pokemon Go Melanda Malaysia
Watak Kartun Pokemon Go

Waktu terluang ketika tiada pelanggan, aku mulalah bermain permainan game ini. terkejut juga tiba-tiba datang watak kartun pokemon di atas meja nasi lemak pandan aku. Apa lagi, aku terus menangkapnya. Mula-mula tu memang tidak tahu langsung cara nak main. Aku hentam saja.... Terasa seronok pulak...

Selamat bermain dan semoga berjaya dapat banyak mata dan seterusnya boleh naik ke lever lebih tinggi.

29/07/16

Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza

Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza mula beroperasi pada hari Ahad, 17 Julai 2016 yang lalu bertempat di tapak letak kereta berhadapan pintu keluar-masuk Mid Point Shopping Complex, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Gerai ini mulai menjalankan perniagaannya pada jam 7 malam dan ditutup jam 12 tengah malam.


Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza

Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza

Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza ini diusahakan oleh blogger Kamil Salleh, berasal daripada Tumpat, Kelantan. Beliau sekeluarga berhijrah ke Selangor pada tahun 2014 lagi dan bekerja kilang membuat kek yang terkenal di Kelana Jaya, Sehingga kini Abe Kamil (nama panggilan) masih lagi bekerja di sana dan membuat perniagaan sampingan di sebelah malam dengan menjual nasi lemak pandan.


Gerai Nasi Lemak Pandan Mieeza
Banner Nasi lemak Pandan Mieeza

Pada sebelah malam gerai ini boleh dilihat dengan jelas kerana ia berdekatan dengan jalan utama menuju ke Pandan Indah. Jarak dari Bandar Baru Ampang ke Pandan Indah adalah 4.5 km dan masa perjalanan mengambil masa selama 10 minit sahaja. 

Penduduk sekitar Pandan Indah, Ampang, Gombak bolehlah pergi ke sana menikmati keenakan dan kelazatan Nasi Lemak Pandan Mieeza ini. Tuan punya gerai ini mengalu-alukan orang ramai untuk merasainya sendiri bagaimana rasanya nasi lemak pandan tersebut.

Peluang Nasi Lemak Pandan Mieeza Top

Setiap perniagaan dalam apa jua sekali pun tetap ada cabarannya dan dugaannya. Persaingan dalam bisnes memang hebat tetapi jika kena gayanya boleh jadi top dan dikenali ramai. Mahu jadikan Nasi Lemak Pandan Mieeza Dikenali Ramai ada peluang terbuka luas. Ia perlu mengambil masa untuk melangkah jauh dalam urusan bisnes.

Semua orang ada rezeki masing-masing, cuma bagaimana mahu lakukan dan apakah usaha yang perlu dilakukan agar bertambah ramai pelanggan? Ia tidak lain adalah berusaha atau berikhtiar, berdoa dan bertawakal.

Peluang inilah membuat Abe Kamil membuka gerai beliau di Pandan Indah. Kalau diikutkan lokasi terdekat dengan rumahnya, Taman Bukit Indah adalah lokasi yang terdekat boleh beliau buka gerainya namun untuk lebih pergi jauh dan maju ke hadapan, beliau memilih Pandan Indah lokasi terbaik.


Sambal Sedap Jadi Pilihan Ramai

Bagi mendapatkan makanan yang sedap dan menyelerakan perlukan resepi dan ramuan yang teristimewa dalam masakannya terutamanya sambal ikan bilis, sambal sotong, sambal udang dan sambal kerang. Ramuan kampung tradisional dari Kelantan adalah pilihan yang bijak dan tepat.

Bukan nak kata sambal di Kuala Lumpur tidak sedap tetapi untuk mencari kelainan, kita perlu mencari kaedah yang yang terbaik dengan membawa resepi tradisional dari kampung untuk dijadikan sambal menjadi sedap dan mendapat tempat di hati pelanggan. Apa yang Abe Kamil lakukan tepat pada masa.

Perjalanan Perniagaan Nasi Lemak Pandan Mieeza

Sepanjang 11 hari perniagaannya, sambutan amat mengalakkan daripada orang ramai. Setiap hari rezeki semakin bertambah, pelanggan semakin ramai dan ini memberi rezeki atau pendapatan yang lebih. 

Beliau adalah seorang blogger dan sudah pasti menjadikan blog beliau sebagai tempat review bisnes yang beliau jalankan dan ditambahkan lagi dengan menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatApp, WeChat, WowApp akan lebih mudah, senang dan cepat untuk mempromosikan dan memperkenalkan jenama perniagaan nasi lemak pandan terbabit.

Sama-sama kita doakan agar bisnes Nasi Lemak Pandan Mieeza bertambah maju dari hari ke sehari. Ia memerlukan sedikit masa untuk terus mengecapinya kejayaan dan menjadikan Nasi Lemak Pandan Mieeza Dikenali Ramai.

17/07/16

Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah

Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah dalam waktu terdekat.  Ini kerana sebuah gerai jualan di bawah nama MIEEZA CREATIVE CATERING bakal membuka gerainya di Pandan Indah (MID POINT SHOPPING COMPLEX), tapak letak kereta bersebelahan The Store Mid Point Shopping Centre, Jalan Pandan Indah 1/25, 55100, Pandan Indah, Kuala Lumpur.



Nasi lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Nasi Lemak Pandan MIEEZA

Nasi Lemak Pandan MIEEZA

Biasanya kita bersarapan pada waktu pagi dengan nasi lemak satu bungkus yang biasanya di jual di tepi-tepi jalan di kebanyakan tempat terutamanya di Semenanjung Malaysia. Tahukah anda? Ada juga nasi lemak yang berwarna hijau seperti warna daun pandan iaitu "Nasi Lemak Pandan".  Ianya tiada beza dengan nasi lemak biasa tetapi ia lebih wangi dengan aromanya seperti daun pandan. 



Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Tapak Letak Kereta Di Mid Point Shopping Complex

Kini anda boleh mencuba "Nasi Lemak Pandan MIEEZA". Ia akan dijual pada setiap malam bermula jam 7 malam dan berakhir pada 12 tengah malam di gerai tempat letak kereta berdekatan The Store Mid Point Complex, Jalan Pandan Indah 1/25, Kuala Lumpur.


Nasi Lemak Pandan Indah MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Bersama Blogger Cik Pinz Di Gerai Jualan

Kepada penduduk sekitar Ampang, Pandan Indah, Cheras, anda dialu-alukan untuk singgah untuk merasai keenakan nasi lemak pandan daripada MIEEZA CREATIVE CATERING yang sedia menerima tempahan daripada pelanggan. Boleh cuba dulu bagaimana rasanya. "Jika sedap beritahu kawan, jika tidak sedap, sila bagi tahu kami".

Bakal Top Di Pandan Indah

Untuk rakan-rakan saya sekalian, bolehlah berkunjung ke gerai kami. Semoga dengan kehadiran rakan-rakan sekalian akan lebih top lagi nasi lemak pandan selera dan citarasa ramai khas datangnya resepi dari kampung, yakni dari Kelantan yang terkenal dengan keenakan masakannya terutama sambal ikan bilis, sambal kerang, sambal udang, sambal kerang dan sebagainya. "Cuba sekali, pasti nak lagi".

Nasi Lemak Pandan MIEEZA Bakal Top Di Pandan Indah
Bersama Blogger Khir Khalid Di Gerai

Sebelum menjual di Pandan Indah, kami telah menjual di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor. Selam sebulan kami berniaga di situ, menjual nasi kerabu, nasi berlauk seperti ayam pedas, ikan pedas, gulai ayam, gulai ikan tongkol, ikan cencaru panggang, ikan percik, ayam percik, ayam goreng kunyit, ikan singgang, sup ayam, ketupat sotong dan kuih muih seperti onde-onde (kuih gula melaka) dan banyak lagi.

Semasa di sana, ramai pelanggan bertanya "Di mana nak jual pula selepas hari raya ini?" Alhamdulillah.... rezeki Allah Maha Luas..... berkat doa dan usaha, maka terlaksanalah hasrat ingin menjual nasi lemak pandan di Pandan Indah dan Insha Allah akan menjual nasi kerabu, nasi dagang, nasi tomato, nasi minyak dan sebagainya.

Saya menyeru agar kalian semua berdoa agar segala urusan berjalan dengan lanjar dan akan bertambah pelanggan, menjadi top bukan saja di Pandan Indah tetapi di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Insha Allah. Bila sudah top, kami akan menjual secara online dan boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran (delivery). Itulah harapan kami untuk masa hadapan, Insha Allah.

 Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi melalui talian yang tertera di bawah ini.

MIEEZA CREATIVE CATERING (002502388-M)
Lokasi: Tapak Letak Kereta
              The Store Mid Point Shopping Centre,
              Jalan Pandan Indah 1/25, 
              55100, Kuala Lumpur.
Tel: 0139975122 @
Tel: 0139995015
Waktu Beroperasi: 7.00 pm - 12.00 pm.

10/06/16

Kunjungilah Di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah Ampang

Kunjungilah Di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah Ampang | Bulan Ramadhan tahun 2016 ini, saya berpeluang untuk merasai suasana di Bazar Ramadhan terutamanya Taman Bukit Indah untuk menjual lauk-pauk, kuih-muih dan aneka nasi di sana.



Kunjungilah Di Bazar Ramadhan Taman Buikit Indah, Ampang
Suasana Di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang

Kunjungilah Di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah Ampang

Teriasa janggal pulak bila menjual di Bazar Ramadhan, biasanya saya hanya peri ke sana sebagai pengunjung tetapi pada tahun ini 2016 saya sebagai penjual. Inilah merupakan kali pertana (first) saya menjual di Bazar ramadhan.

Saya hanya biasa menjual nasi lemak pandan di depan kilang tempat saya bekerja, itu pun hanya sementara sahaja. Kata orang "Nak Cari Pengalaman Berniaga". Rupanya banyak cabarannya dan persaingan amat hebat dan sengit. Berniaga ada yang untung dan ada yang rugi, itulah yang terpaksa kita harunginya.

Setiap antara kita ada rezeki masing-masing. uatlah yang terbaik itu adalah penting dan paling utama. Kalau kita yakin pada kehendak Allah Taala, untung dan rugi sudah mnjadi lumrah. Bersyukur, bersyukur dan selalu sebut "Alhamdulillah...". itu lebih baik daripada kita mengelah, walaupun pahit untuk ditelan. Pasti ada hari hari yang baik untuk kita nanti, Insha Allah....


Pengunjung Di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah Ampang


Kunjungilah Di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang
Pelbagai Juadah Puasa di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang

Tanpa pengunjung, Bazar Ramadhan di Taman Bukit Indah tidak ada serinya. kemeriahan akan kita saksikan pada jam 6 petang hingga ke waktu azan maghrib berkumandang, saat di mana semua insan yang beragama Islam akan membuka puasa, tidak kiralah berbuka bersama, kurma ke, kuih-muih ke, nasi ke dan perkara pertama yang mereka cari sudah pastinya air manis (ais).


Kunjungilah Di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang
Pelanggan Singgah di Gerai No.129

Boleh dikatakan beratus orang berkunjung ke Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang. Ada yang membeli, air kelapa, air tebu, air pelbagai berperisa dan sebagainya. Jual air manis lebih menguntungkan (itu pendapat saya) daripada menjual lain-lain makanan. Modal kecil tetapi utungnya besar beb....  Tak percaya, tanyalah si penjual ais tu.....


Kunjungilah Di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, ampang
Keadaan Sesak di Sekitar Jam 6 Petang di Bazar Ramadhan

Jutaan terima kasih yang sudi singgah dan beli lauk-pauk di Bazar Ramadhan Taman Bukit Indah, Ampang terutamanya Gerai Bernombor 129. Itulah gerai saya yang beropersi setiap hari dalam bulan Ramadhan. jangan lupa ye...singgah di gerai tersebut. Tanpa anda, lauk-pauk saya jual tidak habis.

Jika tidak habis, saya bawa lauk-pauk itu ke surau berdekatan dengan rumah. Semoga segala sedekah itu mejadi saham akhirat kita nanti, Insha Allah....

Akhir kata, saya ucapakan "Selamat Berpuasa" dan "Selamat hari raya Aidilfitri" buat semua sanak-saudara, rakan-taulan dan semua yang mengenali diri ini... "Maaf, Zahir dan Batin". Semoga Allah Taala terima ibadat anda di bulan Ramadhan 2016 ini. Amin....

3/06/16

Best Blogger Network vs lynk.my Bowling Tournament

Best Blogger Network vs lynk.my Bowling Tournament | Team Best Blogger Network (BBN) bersama team lynk.my (Hexa Cooperation) berbincang dan bersetuju untuk mengadakan kejohanan bowling ini sebelum bermulanya bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelang tidak lama lagi. Satu usaha untuk merapatkan ukhwah diantara kedua-dua team ini.


Best Blogger Network vs lynk.my Bowling Tournament
Best Blogger Network vs lynk.my Bowling Tournament

Best Blogger Network vs lynk.my Bowling Tournament

Bowling Tournament (Kejohanan Bowling) ini diadakan bukan sekadar satu pertandingan merebut siapa yang paling banyak jatuhan pin atau team paling hebat tetapi ada perkara lain yang lebih penting, terutamanya berkaitan kerjasama Best Blogger Network dan lynk.my dalam merealisasikan satu kumpulan blogger atau penulis blog yang hebat, dikagumi dan dihormati.



Best Blogger Network vs lynk.my Bowling Tournament
Hadiah Untuk Pemenang Bowling Tournament

Sudah pasti, ramai team Best Blogger Network (BBN) teruja dengan berita tentang adanya kejohanan bowling antara BBN vs lynk.my. Mengikut perkembangan terkini seramai 28 orang  team BBN bersama keluarga  tidak termasuk team lynkdotmy. tahniah buat semua ahli Best Blogger Network (BBN) yang memberi respon yang positif untuk hadir dalam Bowling Tournament yang dianjurkan oleh iKedaikamidotcom.


Aturcara #BBN vs lynk.my Bowling Tournament

Tarikh: 4 Jun 2016 (sebelum Puasa).
Tempat: Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor.
Masa: 2.00 pm (Pendaftaran).
           2.30 pm (Bermulanya pertandingan).
           6.00 pm (Penyampaian hadiah & hamper).
Bayaran: Percuma (Free).


Best Blogger Network vs lynk.my Bowling Tournament
Senarai Hadiah & Cabutan Bertuah

Hadiah Disediakan

Hadiah Utama: Top 1 Individu Lelaki (Lenovo A6000)
                         Top 1 Individu Perempuan (Lenovo S60)
Hadiah Cabutan Bertuah: 10 Cabutan.
Hadiah Saguhati: Semua yang hadir.

# Objektif: Aktiviti: Mengeratkan salaturahim sempena Bulan Ramadhan.

Senarai Utama Nama Peserta

  1. Yeop (seorang)
  2. Sobri (1+2 orang)
  3. Anuar (1+1+4 orang)
  4. Zakwan Zain (seorang)
  5. Iuzira (1+1 orang)
  6. Fadzi Razak (seorang)
  7. Abe Kamil (1+2 orang)
  8. Seri Nian (2+2 orang)
  9. Mia (seorang)
  10. 10. Dhia (seorang)
  11. Diana (seorang)
  12. Yana Halim (seorang)
  13. Aril Myzn (seorang)
  14. Norman 2 orang)
  15. Qiya (seorang)


Semoga dengan adanya Best Blogger Network vs lynk.my Bowling Tournament ini dapat memberi banyak manfaat kepada usahasama diantara mereka. Satu langkah ke hadapan dalam menjalinkan gerak kerja yang lebih erat dan banyak lagi bakal diperolehi kebaikan dalam jalinan tersebut. 

Diharap agar semua yanh hadir memberi persembahan yang hebat dalam kejohanan bowling yang disertai ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga berjaya memperolehi jatuhan pin terbanyak. Insha Allah!

Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan keberkatan dan bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak pada 1 Ramadhan 1437 Hijrah bersamaan 6 Jun 2016 Masihi. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua team BBN yang saya kasihi dan hormati dan tidak lupa juga staf Hexa Cooperation dan iKedaikamidotcom.

Jutaan terima kasih sudi join dan kita meriahkan suasana dengan sorak-gempita team BBN, Seomoga terhibur.