10 Sebab Pelajar Ponteng Sekolah

                                                                                   
              Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

             Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali ‘Black Metal’. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.

                                                                            
                                                      10 Sebab Pelajar Ponteng Sekolah


1- Masaalah ibubapa dalam keluarga yang sering bertengkar, ditambah pula bertengkar di depan mereka.

2- Ibubapa kurang memainkan peranan sebagai pendidik di rumah, tidak ambil peduli masaalah mereka  walaupun tentang pelajaran mereka.

3- Masaalah sosial, akibat daripada rakan-rakan yang lebih dewasa mengajak mereka
melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah sehingga sanggup mencuba
sesuatu yang belum pernah dibuat oleh mereka seperti mencuba menghisap rokok,
gam, dadah, pil kuda, ganja dan lain-lain.

4- Kurang didikan agama, ibubapa kurang memberi didikan agama sebagai asas
kehidupan mereka sebagai seorang muslim yang berugama Islam.

5- Tidak berminat untuk belajar, belajar bagi mereka menjadi satu bebanan yang
amat berat untuk mereka pikul dengan sistem pembelajaran yang membosankan.

6- Tidak mendatangkan kebaikan, bagi mereka belajar hingga ke menara gading /
universiti pun bila tamat nanti, keluar saja di sana untuk mendapat
pekerjaan terlalu sukar dengan keadaan sekarang ini.

7- Terjebak dalam kongsi gelap dikalangan pelajar, memeras ugut pelajar lain untuk
medapatkan wang dengan cara yang senang untuk mereka membeli rokok, pil kuda,
ganja dan lain-lain.

8- Berpeleseran di luar sekolah,mereka amat berminat dan tertarik dengan permainan
secara online di cyber cafe, sehingga hilang minat terhadap pelajaran.

9- Kurang motivasi, pelajar tidak diberi kaunseling yang secukupnya ketika masih
diawal persekolah sehingga mereka rasakan tidak penting terhadap pelajaran.

10- Kurang berkemampuan dalam memdapatkan pendidikan, kebanyakan para pelajar
datang daripada kalangan orang yang kurang berada sehingga mereka tidak mampu
memberi wang saku kepada anak mereka ditambah juga dengan harga buku latihan
yang mahal.



KUANTAN – Cukup memeranjatkan apabila Jabatan Pelajaran Pahang mendedahkan hampir 1,200 pelajar negeri ini terlibat dengan gejala ponteng sekolah dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.Meskipun jumlah itu cuma kira-kira 0.46 peratus daripada 250,000 pelajar di Pahang tetapi ia menunjukkan ibu bapa dan masyarakat harus mempertingkatkan peranan mereka bagi memastikan gejala tersebut tidak berterusan. Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abidin yang mendedahkan perkara itu berkata, antara punca utama kepada gejala tersebut adalah sikap keluarga yang kurang mengambil berat perihal anak-anak mereka.

“Bagaimanapun perkara ini akan diatasi termasuk dengan mengadakan pelbagai usaha bagi menarik minat pelajar ke sekolah termasuk memberi kaunseling dan motivasi kepada pelajar terbabit,” katanya di sini hari ini. Yahya berkata, pihaknya turut menubuhkan Skuad Anti Ponteng di setiap daerah di Pahang bagi memantau gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar. Jelas beliau, skuad itu dianggotai oleh guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Tambahnya, usaha itu diharap dapat menyelesaikan permasalah itu selain mencapai sasaran sifar pelajar ponteng di negeri ini  “Skuad Anti Ponteng akan bertindak mengesan, menghubungi dan berjumpa dengan keluarga pelajar yang didapati ponteng ke sekolah,” jelasnya lagi.
                                                    Sumber Daripada MyNewHub.com

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top