10 Entri Terbaik Denaihati daripada Kisah Kehidupannya:
Salam 1 Malaysia.....
Salam Sejahtera....semua...........!!!

Di kesempatan ini saya dengan rasa bangganya menyenaraikan 10 entri terbaik Denaihati yang saya rasa dapat memberi satu penilaian yang tinggi buat Denaihati. Kisah kehidupan yang terjadi terhadap beliau, ahli keluarga serta rakan-rakan blogger yang lain. Lihat 10 senarai yang menjadi minat saya untuk dikupas secara ringkas untuk tatapan semua.
1 .Seks Suami Isteri Malam Pertama.
Berkenaan dengan hukum haram hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri. Hubungan seks suami isteri hanya haram ketika isteri haid & nifas
dan haram melalui dubur. Haram juga dilakukan ketika melaksanakan puasa
Ramadhan dan perlaku mesti membayar kembali dengan berpuasa dua bulan
berturut-turut dan memberi makan kepada 60 orang miskin. Haram juga
berjimak ketika sedang berihram haji dan umrah dan jika berlaku akan
dikenakan dam.
Berkisarkan cerita tentang Manusia yang sering menolong orang lain, namun diri sendiri yang menderita hinggakan sanggup berkorban HATI kepada insan lain tetapi akhirnya HATI nya merana dengan berbagai ujian. Itu antara kisah hidup dlm entri ini.
Berkenaan kehidupan manusia yang sibuk dengan dunianya sehingga lupa mengejar jambatan syurga.
ALLAH SWT sudah ingatkan kepada hambanya ibubapa terutama yang tua
adalah jambatan ke syurga untuk anak-anaknya. Banyak anak-anak sekarang lupa bahawa syurga itu "Di Bawah Tapak Kaki Ibu Dan Bapa".
Kisah anak merajuk kepada ayah dan ibu masih menyentuh hati ini. Tidak
boleh digambarkan dengan perasaan seorang ibu yang bersusah payah
mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari kemudian si anak merajuk
membawa diri kerana ditegur oleh ibu. Walaupun si ibu telah meninggal dunia dan di hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini. Kisah yang menyentuh sanubari kita.
Cerita ini berlaku pada waktu subuh 12/7/2012, mereka tidur nyenyak lalu diganggu. DH, isteri dan
anak perempuan bongsunya sedang tidur di bilik dikejutkan oleh beberapa
lelaki bertopeng. Seorang lelaki sedang bersedia mengikat tangan DH
dengan dawai hijau manakala seorang lagi sedang bersedia mengikat tangan
isteri DH dengan wayar iPhone. Seorang lelaki menghulurkan pisau daging
sambil meminta semua diam dan katanya mereka hanya nak duit sahaja. Ini anata deretan kisah benar yang terjadi kepada keluarga Denaihati.
Kisah adik DH pengsan terkulai tidak bermaya, beliau sempat memeluk kalau
tidak pasti jatuh tersungkur ke lantai adiknya.. Memang panik sebab pertama kali
melalui pengalaman seperti ini, adiknya terus tak sedarkan diri walaupun
dipanggil nama beberapa kali lansung tak respond. Alhamdulillah selepas
beberapa hari adiknya dibenarkan keluar hospital. Kisah satu lagi tentang isteri beliau sedang sibuk mengajar anaknya yang akan menghadapi peperiksaan pertengahan
semester tiba-tiba dia kata pening dan terus pengsan terkulai tidak
bermaya tertiarap di pangku anaknya.
- Belkiss Latif Azari satu persoalan yg selalu bermain di mindaku.
- Itha Dhe Bahagia
- Syazani Said Jd hamba Allah yg sentiasa beribadat kepadaNya dan mengejar cinta dan syurga Allah
- Hakming Ming tiap manusia xsma ke ign ya.awk pla ape yg di inginkan?
Persolan tentang Denaihati yang menjadi teka-teka semua pelawat blog DH. Ada yang tanya bagaimana dapat nama DENAIHATI. Nama DENAIHATI ilham
setelah difikirkan beberapa minggu. DENAIHATI boleh diertikan sebagai
perjalanan pemikiran hati kecil dalam menempuh kehidupan yang semakin
mencabar. Akhirnya segala persoalan terlerai bila mana DH masuk dalam youtube tentang penerangan "Ultabook Toshiba Z830. Gambar ini dirakam ketika menerangan Ultrabook Toshiba Z830.
Poligami terlalu rapat dengan diri Denaihati. Beliau belum
lagi berpoligami tetapi dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang
berpoligami serta teman yang menjadi isteri kedua. Banyak peritistiwa
sedih dan lucu yang berlaku di depan mata melihat kehidupan berpoligami
antaranya:
2. Seorang sahabat Ulama yang memang terkenal berkahwin kali ketiga setelah isteri kedua meninggal kerana kanser. Isteri ketiga berusia 21 tahun berhijrah dari agama kristian ke agama Islam, tinggal berjiran dengan isteri pertama. Hidup aman damai kerana Islam dijadikan sebagai panduan dalam membina keluarga yang bahagia.
Semoga dengan senarai yang dipaparkan di entri ini, sedikit-sebanyak dapat menyakinkan Denaihati bertapa sedih, pilu, suka, duka, susah, senang dan kepayahan hidup untuk meneruskan perjalanan hidup dengan penuh ranjau dan duri sentiasa hadir dalam diri setiap insan yang bernama manusia.
“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.
Sekian, terima kasih.
Wassalam............Bye...bye.... !!!.












