3 Blog Pilihan Terbaik.

Assalamualaikum.....
Salam 1 Malaysia........
Salam sejahtera.......semua........!!!

Artikel ini diterbitkan pada 16 November 04:47:00 pm

3 Blog Pilihan Terbaik   
  




          Belum pernah menyertai contest SEO, terasa mahu mencuba saja, tidak mengharap sesuatu yang luar biasa lebih-lebih lagi mendapat pemenang pertama. Maklum sajalah contest SEO, pasti yang sudah OTAI dapat tempat pertama dalam Page Rank di Google Search Engine. Walau apapun saya sahut juga penyertaan demi untuk memeriahkan lagi contest SEO ini. 

                                                                                                                        

          >>> Dengan segala hormatnya, saya menyeru rakan-rakan serta para pelawat untuk memberi komen di entri saya ini. Kesudian anda saya ucapkan jutaan terima kasih. Hanya allah yang dapt membalasnya.


                                                                               
                                                          3 BLOG PILIHAN TERBAIK  

Banyak blog menjadi pilihan,
Hanya 3 blog  yang berkenan di hati,
Buatlah pilihan pada sudut kemudahan,
Sesuai untuk kita selama ini.

3 blog pilihan terbaik,
Menjadi pilihan setiap hari,
Kelihatan blog mereka nampak cantik,
Sentiasa memberi segala info terkini.

Blog terbaik selalunya ramai pengikut setia,
Kerana mereka memberi segala kemudahan,
Segala maklumat terkini sentiasa ada,
Memberi perkhidmatan terbaik kepada kita sekalian.

Apa yang ada pada 3 blog mereka ini,
Hinggakan menjadi pilihan di jiwa,
Pasti ada auranya yang tersendiri,
Hanya melawat blog mereka ada jawapannya.



          Sebagai memenuhi syarat-syarat yang diberi saya dengan ini menyenaraikan "3 blog Pilihan Terbaik" yang menjadi pilihan hati.



          Denaihati "Hidupkan Untuk Memberi, satu slogan yang memberi nilai yang amat bererti tentang auranya yang tersendiri, Sentiasa memberi khidmat masyarakat kepada sesiapa saja yang memerlukan, menyumbang dan menderma kepada sesiapa yang memerlukan.

            Selalu membuat contest di blognya. Penyertaan yang sentiasa mendapat sambutan kepada rakan-rakan untuk menyertainya. Hadiah yang disumbangkan menjadikan gadget impian sebagai hadiah utamanya. Dengan menyertai contest beliau, segala backlink dan komen yang kita berikan sentiasa dibalasnya. Kalau tidak menerjah blog beliau dalam satu hari terasa macam satu perasaan yang tidak selesa dibuatnya.





         Satu nama yang tidak asing buat rakan-rakan yang mengenalinya. "Rencah Kehidupan Harian" sentiasa mendapat tempat di hati. Kisah kehidupan beliau sentiasa dipaparkan di blog beliau. Bila dihayati dan direnungkan, banyak pengajaran yang dapat diperolehi. ia memberi panduan untuk menjadikan blog kita bertambah baik dan dikenali ramai.

                
                                                              
       Slot atau segmen  "Anda Tanya Eizil Jawab", banyak memberikan kita sesuatu yang mempunyai nilai yang tersendiri. Segala persoalan yang bermain di minda kita boleh diajukan terus kepada beliau apa masalah berkaitan laman web atau blog boleh ditanya. Beliau akan menjawab dengan kadar segera atau membuat satu tutorial yang berkaitan.

       Pengalaman dan kebolehan beliau dalam membina laman web, programmer sepenuh masa, trainer (web development) dan sebagainya. Orang yang sering mendapatkan perkhidmatannya adalah tidak lain tidak bukan denaihati.com

 
     Contest pertama secara besar-besaran yang diadakan baru-baru ini telah mendapat penyertai yang ramai, tugasan yang diberi adalah sesuatu yang lain daripada yang lain yang sering kita sertai dalam mana-mana contest atau giveaways.  Blog beliau menjadi satu pilihan hati untuk diterjah setiap hari. Orang kata "Kalau Tidak Terjah Blog Eizil.com, rasa tak sedap duduk". 
 

                                                           3-AMANZ.MY
                                                                               
          amanz.my satu nama yang besar dalam memberi maklumat, info-info serta teknologi terkini di dalam negara dan antarabangsa. Ada saja maklumat yang disampaikan oleh beliau untuk dibaca atau diambil pengetahuan tentang gadge terkini dan apa saja maklumat  yang beliau sampaikan kepada pengguna dan rakan-rakan.

          Amanz Network memfokuskan kepada penghasilan kandungan yang lebih memfokuskan dunia IT, dimana beliau membangunkan dan menerbitkan artikel mengenai perkembangan dunia IT dalam dan luar negara, selain itu pada masa yang sama mengeluarkan ulasan mengenai peranti dan gajet semasa.  

      Beliau juga pada masa yang sama menghasilkan tutorial dalam menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya, dalam usaha untuk mendidik para pengguna tempatan dalam mendapatkan dan mengetahui pelbagai info dan tips semasa serta terkini.


         Sangat sesuai untuk diterjah atau dilawati, banyak maklumat yang dapat dan diperlukan di blog beliau. Pasti ada saja maklumat diperlukan di sana, anda tidak rugi bila melayari blog beliau. Segala maklumat bersangkutan teknilogi terkini boleh didapati bila-bila masa diperlukan.


   # 3 blog yang menjadi minat saya dan menjadi pilihan terbaik saya, lain orang lain pula citarasa.
                                     

Review Terkini yang sempat saya periksa di mana 
kedudukan saya dalam contest "3 Blog Pilihan Terbaik"


Review Pada 21 November 12.39 pm


          Jangan lupa pula tentang syarat wajib ini :

“Contest 3 Blog Pilihan Terbaik ini dianjurkan oleh Amirez (dot) com dan ditaja oleh ContengConteng, Nurqider, Muazfariz, Azri, Shaharil, Firdaus Latib, Saljuhumairah, Ladfe Amir, Hadi Hanafee dan Impiana Guest House“

Syarat-syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia sama ada yang bermastautin di Malaysia ataupun di luar negara. Tapi bagi blogger yang berada di luar negara hendaklah sertakan alamat surat-menyurat di Malaysia untuk proses penghantaran hadiah sekiranya menjadi pemenang.
  2. Entri penyertaan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu dengan ejaan yang betul. Mana-mana entri penyertaan yang menggunakan singkatan perkataan seperti ‘yg’, ‘dgn’ dan sebagainya akan ditolak serta-merta. Tiada maaf bagimu! Typing error boleh diterima.
  3. Letakkan ayat berikut di akhir setiap entri penyertaan anda: “Contest 3 Blog Pilihan Terbaik ini dianjurkan oleh Amirez (dot) com dan ditaja oleh:
    ContengConteng, Nurqider, Muazfariz, Azri.my, Shaharil, Firdaus Latib, Saljuhumairah, Ladfe Amir, CitaReka, Yaa Designs, Aiman Aziz, Hadi Hanafee dan Impiana Guest House. Anda dimestikan untuk update ayat ini jika ada perubahan atau penambahan penaja.
  4. Like Facebook Page Amirez (dot) com (optional) tapi sebaik-baiknya Like untuk info dan update tentang sponsor.
  5. Follow Amirez (dot) com di Twitter (optional). 


Tarikh Tutup Penyertaan

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Disember 2012 jam 11:59 malam. Penyertaan yang lewat tidak akan dikira tetapi sangat dialu-alukan jika ingin cuba menyahut cabaran SEO ini.


Bersua kembali dilain entri.... 

Sekian, terima kasih......bye...bye..!!!

Wassalam...........


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "3 Blog Pilihan Terbaik."

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top