sensasi2020

Cetak Apa Yang Dikehendaki Sahaja | sensasi2020 Cetak Apa Yang Dikehendaki Sahaja - sensasi2020

Cetak Apa Yang Dikehendaki Sahaja

Salam sejahtera..........


Laman web printwhatyoulike.com
         Laman web ini menawarkan aplikasi untuk mencetak apa yang dikehendaki sahaja dan membuang kandungan yang tidak diperlukan. Selama ini kita banyak membazir kertas cetakan dan dakwat, walhal apa yang diingini cuma fotonya sahaja atau hanya satu perenggang ayat sahaja.

      Untuk membuka laman webnya pergi ke search engine carian google.com.my dan taip alamat laman webnya printwhatyoulike atau terus ke alamat URL,  http://www.printwhatyoulike.com. Lihat di bawah :


Contoh 1 - Cara membuka laman web printwhatyoulike.com


        Tanpa membuang masa apa kata kita teruskan pada agenda kita selanjutnya. Kegunaannya senang sahaja, cuma memasukkan alamat URL muka web yang diingini untuk dicetak. Contohnya seperti di bawah :

Contoh 2 - Cara untuk membuka laman web yang diingini untuk dicetak

              Bila dah taip alamat URL yang dikehendaki, maka akan terpaparlah sebuah laman web yang kita ingini tadi. Kita boleh memilih apa saja yang dikehendaki dan membuang yang tidak diingani. Contohnya lihat di bawah :


Contoh 3 - Beginilah keadaannya sebelum dieditkan lagi.
           Seterusnya kita lihat pula bagaimana nak menjadikan supaya yang diingini sahaja yang akan kita pilih untuk dicetak. Di sini saya memilih logo JOBDIRUMAH.COM sebagai panduan. Klik 2 kali pada logo tadi, ini akan menjadikan klik yang lakukan tadi berada di dalam kotak merah dan akan memaparkan satu hightlight iconnya. Klik isolate untuk memilih. Lihat di bawah paparan seterusnya :


Contoh 4 - Paparan logo diperlihatkan di sini untuk dicetak

            Bila logo ini dipaparkan, maka bolehlah kita mencetakkannya atau jika tidak mahu logo ini, mana-mana ayat atau perkataan boleh juga dipilih.


Contoh 4 - Keadaan ini dimana cetakan yang dikehendaki bermula.
             Jika sukakan aplikasi ini, kita boleh menyimpan pada Toolbar Bookmark. Ini membolehkan bila-bila masa saja kita dapat melawat dan boleh digunakan untuk mencetak apa saja yang kita ingini. 

               Akhir sekali kita dapat mencetak apa yang diperlukan sahaja. Tekan butang print untuk mencetakannya. Sudah tentu ini akan menjimatkan kertas cetakan kita dan dakwat. Selamat mencuba......

Sekian terima kasih............

Tag : TUTORIAL
0 Komentar untuk "Cetak Apa Yang Dikehendaki Sahaja"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top