PRU13 - Bermulanya Perang Pilihanraya.

Salam......1 Malaysia....!!!

PRU13, Pilihanraya Umum, BN, PAS, PKR, DAP, SPR, perang bermula, Kempen, calon bertanding
PRU13-Bermulanya Perang Pilihanraya
               Spekulasi tentang bila pembubaran parlimen sudah terjawab setelah Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumunkan peristiharan "Pembubaran Parlimen" pada 3 April 2013. Dengan ini dengan rasminya bermulalah perang PRU13. Pastinya SPR akan mula bermesyuarat dan mengatur langkah-langkah khas supaya segalanya berjalan dengan lancar seperti penamaan calon dan proses mengundi.

PRU13-Paling Sengit
                 PRU13 kali ini adalah yang paling sengit kerana BN telah banyak kehilangan kerusi, baik di DUN mahupun PARLIMEN sementara pihak pembangkang pasti ingin menambahkan lagi kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan merampas pusat pentadbiran negara di Putra Jaya.

            Semua parti yang bertanding mempunyai keazaman dan penuh yakin bahawa merekalah akan menang nanti. Masing-masing memasang strategi untuk menghadapi PRU13 dengan membawa janji dan manifesto yang manis-manis agar diterima oleh rakyat.

PRU13-Siapa PM Selepas Pilihanraya Umum 2013
                 Bagaimana dengan nasib mereka yang bertanding selepas ini, pasti menjadi tanda tanya. Hanya rakyat sebagai kuasa mutlak akan menentukan siapa ketua mereka untuk berkhidmat di kawasan masing-masing. Mereka tidak mahu calon yang hanya pandai berjanji tapi tidak pandai menunaikannya.

                Apa yang pasti, semua calon yang bertanding mahu menjadikan PRU13 kali ini berlangsung dalam suasana yang harmoni, lancar, aman , adil dan saksama. Kita sebagai rakyat (pengundi) bertanggungjawab untuk keluar mengundi dan memilih calon masing-masing. Pihak keselamatan sudah semestinya akan menjalankan tanggungjawab untuk tidak berlaku perkara yang tidak dingini.

               Harapan semua agar PRU13 kali ini adalah yang terbaik pernah diadakan. Kekal atau tukar hanya rakyat (pengundi) yang menentukan. Pilihlah dengan bijak demi masa depan anak, cucu, cicit kita di masa hadapan. Doa saya agar PRU13 kali ini semuanya berjalan lancar. Insya Allah.....!!!

Entri Berkaitan :
Laman Web Berkaitan Pilihanraya Umum Ke 13 :
  • http://www.pru13.gov.my/
  • http://www.bernama.com/bernama/v7/index.php
  • http://www.sinarharian.com.my/pru13 
  • http://salam.hmetro.com.my/myMetro/pilihanraya/?hmpru    

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "PRU13 - Bermulanya Perang Pilihanraya."

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top