Assalamualaikum..
Salam sejahtera...........
Salam 1 Malaysia.....semua....!!!
PRU13-Pembubaran Parlimen |
PRU13....saat yang ditunggu-tunggu selama ini terjawab sudah. Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan dan mengistiharkan "Pembubaran Parlimen" tepat jam 11.30 pagi tadi di Seri Perdana, Kuala Lumpur setelah jam 7.30 pagi tadi telah menghadap Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu,adzam Shah di Istana Negara sebagai tanda akan berakhirnya penggal pemerintahan yang diterajui oleh PM Malaysia.
Pada hari ini 3 April 2013, genabnya 4 tahun PM menerajui Kerajaan, kerana sebelum ini telah dipegang oleh PM ke 5 iaitu YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi selama 1 tahun sebelum diserahkan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
PRU13-Menjelang Pilihanraya Umum |
Maka ini memberi isyarat jelas kepada SPR untuk bermesyuarat khas dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara ini. SPR mempunyai tempoh selama 2 bulan (60 hari) untuk mengadakan PRU13 atau selewat-lewatnya pada bulan Jun depan. Ada perkara penting dan dasar untuk watikah perlantikan kepada pegawai SPR negeri, daftar pemilih, tarikh pernamaan calon, waktu tempoh berkempen dan tarikh pilihanraya.
Kemungkinan negeri-negeri di seluruh Malaysia kecuali Sarawak akan mengikut langkah pembubaran parlimen, kemungkinan Menteri Besar di setiap negeri akan menemui Sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dijangka akan dilakukan esok atau lusa selewat-lewatnya.
Video Berkaitan :
0 Komentar untuk "PRU13"
Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.
Saya balas kunjungan anda nanti.
Sekian......