Review Blog sensasi2020.com - Bukan Sekadar Sensasi

Assalamualaikum.....
Salam 1 Malaysia.........
Salam sejahtera...semua.....!!!

SENSASI2020

sensasi2020,blogger,pantun,contest,mesra SEO,terbaik,top 10,kedudukan terbaik di google search engine
Header Blog sensasi2020

Pantun sensasi2020

Salam dihulur pembuka bicara, 
Mengatur kata penuh ceria,
Menyahut cabaran Denaihati mempelawa,
Review blog berstatus PR 2 bermula.

Sensasi2020 blognya diberi nama,
Untuk menghiasi alam maya,
Seorang blogger mentah bernyawa,
"Bukan Sekadar Sensasi" temanya.

Pantun dicipta menjunjung bahasa,
Tersirap pengertian sejuta makna,
Bahasa hadir dalam jiwa,
Diolah menjadi susunan pendita.

Sensasi2020 menjelma blogger media,
Menghiasi arena blogger di Malaysia,
Jangan segan dan jangan dipersia,
Segera bergiat di suasana ceria. 

                Dua tahun telah berlalu, satu masa yang agar lama jika dihitung harinya. Di situlah sensasi2020.com bermula. Ketika heboh tentang arena politik tanahair dengan cerita sensasi seorang pemimpin yang penuh kontrovesi ketika itu. Dalam keasyikkan melayari internet terjumpa satu blog politik bernama ??? (dirahsiakan) demi menjaga nama baik beliau.

                 Maka di waktu itulah tanggal 1 Mac 2011, hati terdetik ingin menubuhkan sebuah blog. Melihat kepada suasana ketika itu, banyak cerita sensasi dipaparkan. Tanpa memikir apa-apa terus membina satu blog yang diberi nama sensasi2020.blogspot.com-Bukan Sekadar Sensasi. Sekarang dah beli domain dan menggunakan sensasi2020.com

           Dalam keasyikkan dan keseronokkan membina blog, maka di situlah bermulanya sensasi2020 hinggalah ke hari ini. Maklum saja masih baru ketika itu, entri yang dihasikan tidaklah 100% original (asli), tapi bukan copy dan paste entri orang lain. Cuma menghasilkan sebuah entri tapi dengan berpandukan di akbar harian dan diolah sendiri menjadi sebuah entri.

                Kunjungilah blog saya untuk lebih mengenali. Blog yang berstatus PR2 dan Alexa  Traffic link dalam sekitar 284,071 (Global Rank) dan 1,615 (My Rank).   Walaupun dah ada nama, namun kalau tidak dengan kesungguhan mana mungkin kita dapat memperkenalkan penjenamaan blog kita.. Blog yang memaparkan segalanya..."Bukan Sekadar sensasi" .

contest SEO, terbaik top 10, blogger terbaik,
Banner ketika masuk contest 10 Blogger Terbaik Malaysia

           Dalam melawati blog terjumpalah seorang cikgu yang bernama cikgunaman (pemenang pertama contest ini). Di situlah bermula perkenalan saya dengan beliau. Beliaulah yang banyak membantu saya dalam menghasilkan sebuah blog yang menarik dan berkualiti. Hingga sekarang beliau masih cikgu di sekolah dan juga cikgu tempat saya menanya sesuatu tentang blog atau berkaitan SEO dan sebagainya. Begitu juga rakan-rakan lain seperti M'Rie R'Nie, Encik TitanKhairul Zamri, Mus Lim, Shah Danial dan Danial Abdul Rahim. Terima kasih buat mereka dan teman-teman yang lain juga.


sensasi,blogwalking,SEO,tutorial,rakan-rakan,belajar,tip-tip, semangat.

             Sepanjang perjalanan blogwalking dilakukan terjumpalah blog yang paling diminati iaitu denaihati.com - "Hidupkan Untuk Memberi" . Tempat mencari segala ilmu berkaitan blog, entri, template, tutoria, contest dan sebagainya. Kehangatan dan kemeriah tidak dapat digambarkan ketika berlangsungnya contest "Gadget Impian" pada waktu itu. Boleh dikatakan setiap hari melawati blog denaihati.com. Sebuah blog yang penuh dengan segalanya.



               Bukan itu saja, ramai lagi rakan-rakan lain yang banyak memberi perangsang dan keyakinan untuk terus bersemangat menghasilkan entri yang bermutu dengan niche yang sesuai sebagai penjenamanya. sembangcyber.com, cikgunaman.com, akmaomar.com, hasrulhassan.com, pondokkecil.com, budakfelda.com, ciktom.com, yanmieonline.com dan lain-lain lagi. 

               Semoga semangat belajar dan terus belajar mencari ilmu dunia dan akhirat, ia tidak akan berhenti di situ saja. Banyak lagi yang kita tidak tahu dan harus belajar hingga ke akhir hayat. Ilmu dapat membawa kita ke satu destinasi yang lebih baik dan terpuji. Belajarlah daripada yang bijak pandai. Kalau kita belajar dengan orang yang berjaya, maka akan berjayalah kita nanti. Insha Allah.... "Menuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China"


اُطْلُبُوْا العِلْمَ وَلَوْ في الصِّينِ
"Tuntutlah Ilmu Hingga Ke Negeri China"
             Semoga tersiarnya entri ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar terhadap blog saya ini. Blog berstatus PR2, namun masih banyak lagi perlu diperbaiki supaya ia lebih memberi aura terhadap penjenamaan blog ini.  Tanpa bantuan anda semua, sudah pasti blog ini tidak akan pergi jauh. Sama-sama kita menyokong dan membangkitkan semangat sebagai seorang blogger untuk terus mewarnai suasana alam penulisan blog di Malaysia dan dunia keseluruhannya. Martabatkan, membudayakan, mempertingkatkan seni warisan bahasa kearah kecemerlangan di pentas dunia.

                Akhir kata, salam kemaafan dan salam terima kasih untuk semua. Jika ada silap dan salah sepanjang saya di sini, saya ucapkan berbanyak memohon kemaafan. Kita hanya insan biasa  "Jika ada apa kekurangan itu hanya kelemahan saya sendiri" dan "Yang terbaik hanya datang daripada Allah Taala jua"

Sekian, terima kasih.......!!!!

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Review Blog sensasi2020.com - Bukan Sekadar Sensasi"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top