PRU13 - 5 Mei 2013 Penentu Segalanya Siapa Dapat Membentuk Kerajaan Baru

Bismilahhirahmanirahim.......


Assalamualaikum..,bismilahhirahmanirahim..salam sejahtera....

PRU13 - 5 Mei 2013 PENENTU
SEGALANYA SIAPA DAPAT MEMBENTUK KERAJAAN BARU

PRU13, pilihanraya umum ke 13, kempen, strategi,


Hari-Hari Terakhir


       Tinggal tidak sampai 1 hari lagi, PRU13 akan bermula. Semua parti yang bertanding telah bersiap sedia dari hari peristiharan pembubaran parlimen, penamaan calon dan tarikh pilihanraya diumumkan, sehinggalah ke hari ini. Pelbagai strategi dijalankan untuk menyakinkan pengundi. Ini bermakna 5 Mei 2013 adalah hari pengundian dan hari-hari terakhir dan penentu segalanya

Strategi

       
       Bermacam-macam strategi dijalankan oleh parti masing-masing terhadap PRU13 kali ini. Segala kempen selama 15 hari diberikan, digunakan sepenuhnya. Poster-poster, logo-logo dan kertas calon bertanding di kawasan masing-masing hebat digantung dan ditampal, asal saja ada ruang terus dilekatkannya. Pandangan ini akan dapat disaksikan ketika pilihanraya kecil dan pilihanraya umum sahaja. Sekali lihat dari sudut biasa ia sememangnya meriah, teruja dan akan menjadi kacau-bilau jika sesuatu berlaku tidak ditangani dengan cara berhemah.

Kontroversi


       
        Semenjak tempoh berkempen kali ini pelbagai isu panas dan kontoversi kita dapat saksikan seperti video sex pemimpin parti, isu bapa Saiful Bukhari menarik balik kenyataan sebelum ini terhadap pengakuan terhadap skandal liwat anaknya, klip video sumpah laknat Saiful Bukhari di Baitullah, Mekah, penggunaan dawat kekal tidak tahan lama dan banyak lagi kita dapat dengar dan lihat di mana-mana.

Kempen 

   
        Bermacam kempen dilakukan terhadap parti masing-masing. Kunjung dari rumah ke rumah, pengundi dipelawa ke rumah pemimpim masyarakat untuk diberi penerangan, kempen melalui risalah, penghantaran surat, risalah melalui pos, poster, striker atau pelekat, logo parti berupa butang baju, lencana-lencana, slogan seperti "Kekal Kelantan Ubah Putrajaya, Kekalkan Pemerintahan Islam, Bersama Kepimpinan Ulamak, Janji Ditepati, Tukar, ubah  dan sebagainya". Berceramah juga merupakan satu acara wajib bila mana isu-isu semasa menjadi perdebatan yang menarik. 

Lawatan


         Tidak dilupa juga terhadap Presiden parti politik tertentu yang membuat lawatan ke tempat pengundi dan penyokong setia mereka. Ia adalah satu daripada aturcara yang banyak memberi kesan yang mendalam terhadap pengundi. Pelbagai janji ditabur demi memancing undi. Semoga janji mereka semua ditepati, supaya rakyat tidak tertipu.

Kerusi Panas

       
       Ada kerusi panas yang menjadi rebutan, baik di peringkat DUN mahupun PARLIMEN. Antara yang menjadi perhatian adalah di Pekan, Kota Bharu, Permatang Pauh, Putrajaya, Gelang Patah dan banyak lagi di kawasan yang menjadi tumpuan.

Hasrat, Cita-Cita Dan pengharapan

      Semua rakyat Malaysia pada 5 Mei 2013, adalah detik bersejarah dan juga menjadi satu dairi peristiwa akan terlaksananya satu PRU13 yang lebih hangat daripada tahun-tahun sebelumnya. Hasrat untuk mengubah atau membentuk kerajaan baru untuk tempoh 5 tahun lagi.

   Ini sudah pasti menjadi cita-cita dan pengharapan semua parti yang bertanding untuk memenanginya. Hanya rakyatlah penentu segalanya, siapa yang layak menerajui pemerintahan negara yang baru.


     Pesanan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar keluar pengundi di awal pagi, supaya segala perjalanan pengundian berjalan dengan lancar, teratur dan berdisplin. pilihlah...dan undilah...calon anda dengan cermat dan satu pilihan yang tepat dan terbaik untuk mewakili kawasan kita selepas PRU13 ini. Insha Allah......Amin.  

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA YANG LAYAK 



Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "PRU13 - 5 Mei 2013 Penentu Segalanya Siapa Dapat Membentuk Kerajaan Baru"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top