Melayu Boleh Harus Dipertahankan Kebolehannya

Salam sejahtera........


MELAYU BOLEH HARUS DIPERTAHANKAN KEBOLEHANNYA



Melayu Boleh!


              "Melayu Boleh Harus Dipertahankan Kebolehannya". Boleh dalam segala-galanya. Boleh mencatat nama di peringkat dunia. Boleh mentadbir urus negara dengan berjaya. Berjaya dalam erti kata sebenar ialah dapat mempertingkatkan penguasaan dalam banyak bidang terutama perusahaan, perindustrian, perniagaan, pembuatan berkaitan teknologi, pengeluaran sesuatu produk berkualiti dan sebagainya.

                 Kenapa ini semua perlu dipertahankan? Ya! Mesti dipertahankan, jika tidak kita akan ketinggalan jauh di belakang negara-negara maju yang lain seperti Amerika, Jepun, Britain, China, Korea dan sebagainya. Kalau tidak berusaha untuk terus maju, bagaimana nak menguasai dunia? Supaya dapat dipandang tinggi oleh negara-negara membangun yang lain.

Kejayaan Bagaimana diperlukan?


             Berapa banyak orang-orang Melayu yang berjaya? Setakat mana kejayaan mereka? Orang terkaya di duniakah? Orang terkaya di Asiakah? Orang terkaya di Asia Tenggarakah atau orang terkaya di Malaysia? Kalau belum lagi terkaya di negara sendiri, bagaimana nak terkaya di dunia? Sudah pastinya masih lagi tidak boleh dikira sebagai terkaya. Namun bukan terkaya di negara sendiri, kejayaan mereka boleh dibuat panduan dan diikuti sebagai perangsang untuk diri sendiri, orang lain atau lebih layak anak muda-mudi sekarang.

Ke Arah Mana Perlu Di Tuju?


                Jangan hanya "Melayu Boleh", boleh dalam bidang yang negatif seperti merompak, menyamun, memeres ugut, pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Jika beginilah tabiat dan tingkah laku mereka, Melayu kita tidak ke mana. Malahan akan dipandang rendah oleh bangsa-bangsa lain dan negara-negara lain. Perkara inilah menjadi kerisauan oleh kebanyakkan di kalangan orang-orang kita. 

Kesimpulannya


                Kesimpulannya, "Melayu Boleh" tetap boleh pergi lebih jauh lagi jika semua pihak, kerajaan, pemimpin-pemimpin, pembesar-pembesar, tokoh-tokoh korprat dan masyarakat keseluruhannya harus berganding bahu, sama-sama membantu dalam apa jua bantuan dan sokongan untuk melihat "Melayu Boleh" terus boleh menguasai dunia.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Melayu Boleh Harus Dipertahankan Kebolehannya "

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top