Sepetang Bersama Amanz Di KB MALL

Assalamualaikum......
Salam sejahtera..........



SEPETANG BERSAMA AMANZ DI KB MALL






                 
               Keik2013 adalah "Karnival Kerajaan Elektronik Dan Inovasi Negeri Kelantan". Karnival ini berlangsung selama 3 hari iaitu pada 17,18,19 Jun 2013. Banyak juga aturacara yang berlansung sepanjang tiga hari. Sesi bersama blogger Amanz dan Nisakay pada 19 Jun 2013.         


          Pada pukul 12.00 am, saya sampai di KB Mall. Itupun terlepas aturcara bersama team amanz.my"Seminar Blog Menjadi Media" pada jam 11.00am-1.00am kerana menghantar anak perempuan ke tadika. Walau bagaimanapun, ada acara lain ketika saya sampai. Acara yang berlangsung adalah memperkenalkan UMMI cerita animasi tempatan keluaran UMMI produced by HUD HUD Media. a brand of JOHAN NAWAWI SDN BHD. (www.hudhudmedia.com).





        Boleh dikatakan menarik juga acara itu berlangsung. Penyampainya adalah tidak asing lagi di tanah air seorang anak tempatan dari Kelantan iaitu NORA. Seorang penyanyi tanahair terkenal dengan lagu "Di Persimpangan Dilema". Celoteh NORA ketika itu amatlah teruja dan tidak membosankan, boleh dikatakan menghiburkan. Perkenalan cerita UMMI dengan kisah "Pondok UMMI"

            Selepas habis acara itu, saya terpaksa pulang, maklum sajalah, waktu rehat. Semua aktiviti pada jam 1.00pm - 2.00pm dihentikan seketika. Begitulah kebiasaannya waktu itu, diwajibkan menghentikan semua acara tidak kiralah di mana-mana saja di Kelantan. Acara "Sepetang Bersama Amanz" diadakan pada pulul 5.00pm.

          Jam 5.00pm saya pergi ambil dua orang anak perempuan, satu tu di tingkatan tiga dan satu lagi di tadika, iaitu anak yang saya hantar dia tengahari itu. Lepas ambil mereka berdua barulah saya pergi ke KB Mall. Ketika sampai acara itu baru saja bermula.





          
               Tiada apa yang betul-betul menarik, cuma diadakan sesi soal jawab diantara Tekong (moderator) dengan Amanz dan Tekong dengan Nisakay. Persoalan adalah berkisar tentang pembabitan Amanz di alam maya, permulaaan Amanz terhadap website jenis IT berbahasa Melayu, penubuhan amanz.my, pengeluaran gadget terkini dari luar negara dan juga dalam negara dan tujuan asal kedatangan Amanz ke Kota Bharu dan sebagainya. 

         Sementara soal jawab Tekong dan Nisakay (nisakay.com) adalah berkaitan blog, laman blog, pertama kali pembabitan beliau di laman blog. Berapa tahun berkecipung dalam penulisan blog (blogger), apa yang ditulis dan ditaip di blog, isu apa yang dimasukkan ke laman blog, entri apa yang menarik minat pelawat dan sebagainya.

             Ketika rancak sesi soal-jawab, saya terpaksa pulang awal kerana anak perempuan saya yang berumur 6 tahun sakit perut. Walaupun begitu saya tetap teruja kedatangan mereka (team amanz.my) yang sanggup sudi datang ke Kota Bharu semata-mata kerana jemputan daripada Kerajaan negeri Kelantan. 

P/S - Video bersama Amanz dan Nisakay tidak dapat diupload buat masa ini.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Sepetang Bersama Amanz Di KB MALL "

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top