Tidak Mengalah Dengan Blogger Contest Tanah Arab

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.....semua!!!



TIDAK MENGALAH DENGAN BLOGGER CONTEST TANAH ARAB


Contest Tanah Arab


                  Alhamdulillah...syukur kepada Allah Taala dengan limpah kurnianya maka saya dapat juga menyertai "Kategori Ke Dua: Join Contest", setelah lebih sebulan ia telah diadakan bermula dari 1 Mei 2013 lalu dan berakhir pada 1 Julai 2013. Saya "Tidak Mengalah Dengan Blogger Contest Tanah Arab" kerana sesungguhnya kontes ini benar-benar memberi cabaran kepada saya.


Ia Benar-Benar Memberi Cabaran 


                  Jika kita lihat entri terkini daripada tuan punya AsyrofAsriStudio iaitu "Jangan Baca Jika Anda Tidak Mahu Hadiah" telah membangkit perasaan yang bergelora, yakni memberi cabaran kepada saya untuk menyertainya. Waktu tempoh yang masih berbaki ini, lebih kurang 24 hari lagi ketika artikel ini ditulis pada 7 Jun 2013. Saya tidak akan mengalah walau seinci pun, itu janji saya kepada penganjur dan rakan-rakan lain.

Tempoh Penyertaan


                     Masih ada lagi waktu untuk menyertainya, selagi kontes ini belum tamat iaitu pada 1 Julai 2013. Saya akan mencuba sedaya upaya memberi persembahan terbaik untuk kontes ini. Sambil-sambil itu, rakan-rakan yang lain boleh lagi menyertainya. Diharap agar anda semua ambil kesempatan masa yang ada untuk sama-sama menyertainya. Jika mahu menyertainya dan syarat-syarat wajib boleh klik banner di atas atau di laman blog ini: AsyrofAsriStudio.com.


Siapa Sebenarnya Asyrof Asri?


                Asyrof Asri......satu nama yang mengunapakai AsyrofAsriStudio adalah nama pena untuk penulisan di blog dan juga beberapa buah buku fizikal dan ebook yang akan ditulis dan diterbitkan dimasa hadapan. Seorang kelahiran negeri Pahang dan sedang menuntut di Al-Azhar University dalam jurusan "Fakulti Syariah & Undang-undang". Ingat 5 M ingatlah AsyrofAsriStudio. Apa lagi yang ada pada beliau ini:

  1. Mahir dalam 3 bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Arab. 
  2. 4 tahun berjinak dengan blogging dengan platform pertamanya blogspot. 
  3. Suka mencari rakan kenalan blogger, tidak kira perempuan atau lelaki. 
  4. Mencari, Membaca, Mengkaji, Menulis dan Menyebarkan (5 M). 
  5. Gemar membaca, menulis entri blog ( guna Bahasa Malaysia Standard), mengarang ebook, novel dan buku untuk memahirkan diri sebagai penulis terhebat. 
Bersemangat dan teruja bila menyertai mana-mana kontes yang dianjurkan oleh blogger lain.


Kritikan Atau Komen Terhadap Blog Asyrof Asri


            Pada segmen ini adalah wajib untuk kita menepati syarat wajib yang harus difahami oleh kita. Ada 3 syarat wajib yang perlu diikuti kerja pertama, kedua dan ketiga.


1-Gerak Kerja Pertama (wajib)


               Baca penulisan Asyrof link di bawah dan cari poin-poin penting sahaja, dan tulis mengikut kreatif anda sama ada mahu tulis dengan penulisan berbentuk karangan atau poin atau penulisan pendek. Semuanya dengan gaya kreatif anda sendiri untuk menulis.
Klik Link Ini – I Want To Go Back Home This Year

Kesimpulannya:

              Dengan berlakunya revolusi di Mesir, ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar di sana untuk pulang ke Malaysia. Peluang ini diambil oleh Asyrof Asri untuk pulang ke Malaysia. Apa yang hendak dibuatnya bila pulang Ke Malaysia? 

  1. Rindu Keluarga dan negara Malaysia - Jumpa Ibubapa, sanak-saudara, rakan-rakan dan ingin melihat suasana keindahan Malaysia dengan flora dan faunanya. 
  2. Mahu sertai mana-mana Kursus Penulisan. 
  3. Mahu sertai mana-mana Blogger Event. 
  4. Mahu pergi ke kedai buku. 
  5. Daripada seorang pembaca kepada seoarang penulis. 
  6. Mahu jadi blogger terkenal dan popular. 
  7. Penulis best seller dan penulis yang rajin. 
  8. Suka membeli buku yang mengikut kegemaran genre beliau.

2-Gerak Kerja Kedua (wajib)

Pilih 3 blogger Wanita dan 3 blogger Lelaki berserta sebabnya kenapa mereka dipilih?
Saya akan senaraikan kesemua blogger yang menjadi pilihan saya di ketika ini.

3 blogger Wanita:
  1. Akma Omar - Ada daya penarik yang tidak dapat dirungkai dengan kata. Hanya mengunjungi blog beliau, baru tahu keistimewaan yang ada pada blog Amar Omar ini. Blog yang mesra SEO, sering mendapat anugerah dan pengikftirafan dalam MSMW 2013 dalam kategori Favourite LifeStyle Blog dan sering dapat kemenangan dalam mana-mana kontes anjuran blogger lain.
  2. Ciktom (Gadis Tomato) - Satu blog yang mengikuti peredaran zaman, tidak ketinggalan dengan berita terkini dalam negara, kekeluargaan yang menyentuh perasaan, tip, tutorial terhadap blogspot, resepi masakan dan menjana pendapatan dengan blog dan banyak lagi yang menjadi sajian di blog beliau.
  3. Yanmieonline (Blog Supermak) - Blog yang lebih kurang sama dengan Ciktom, cuma dari segi cara penulisan yang berbeza. Kisah kehidupan keluarga menjadi sajian di blog beliau, tapi banyak pengajaran yang dapat diambil dari kisah kehidupan keluarga. Halaman lain yang menjadi kegemaran iaitu Travel/Jalan-jalan, Aku Dan DSLR, Advertorial, Kehamilan dan sebagainya.

3 Blogger Lelaki:
  1. Denaihati - Blog yang tidak perlu diperkenalkan lagi, sentiasa di hati blogger lain di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Komboja dan luar negara. Blog yang ada aura tersendiri. Sering membuat seminar tentang menjana duit dengan blog, insentif tunai untuk pengunjung, sering memgadakan kontes, travel (Kembara Musafir) dan peminat setia Kelab Bolasepak Arsenal dan banyak lagi jika anda semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Sentiasa membalas bila kita komen di blog beliau.
  2. AhmadFaizal - Blog seorang Lelaki kacak yang Ego. Ego itu penting. Sebab tanpa EGO, dia bukan lelaki sejati. Hanya lelaki sejati, menjadi idaman gadis-gadis comel. Ia menjad genre yang menjadi ikutan blogger lama dan baru. Blog yang banyak menjana pendapatan dengan iklan seperti affiliate, advertorial dan tip-tip cara menjana duit secara online dan komennya sentiasa dibalas bila melawati blog beliau.
  3. HasrulHassan - Blog yang cukup lengkap dengan segala apa yang kita mahukan. Sentiasa membalas setiap pertanyaan yang diutarakan. Blog yang memberi tutorial terhadap SEO, SERP, Jana duit dengan blog yang semakin menjadi-jadi di ketika ini. Tip untuk blogger, panduan untuk blogspot dan sering juga membuat kontes untuk lebih menampakkan penjenamaan blog beliau. 
Kesimpulannya:

                 Kesemua blogger yang disenaraikan ini, banyak memberi impak yang baik untuk kita kunjungi. Ia bukan saja memberi trafik dan backlink yang bagus malahan dapat berkenalan dengan rakan-rakan lain. Inilah bertapa pentingnya kita blogwalking di blog-blog terkenal dan tersohor, kita akan dapat banyak manfaat di atas lawatan kita di blog mereka. Pasti PR akan naik dan Alexa PageRank akan semakin mengecil.


3-Gerak Kerja Ketiga (wajib)

Komen ikhlas di blog AsyrofAsriStudio ini. (tips – tulis mengikut gerak hati anda)


Penulisan komen dari segi theme - Perlu ada header yang dapat mengambarkan persekitaran di Mesir, ini kena dengan niche blog dari Negara Arab.


Penulisan komen dari penulisan Asyrof Asri - Bagus dengan penulisannya yang menggunakan ayat dan perkataan Bahasa Melayu yang betul (standard).


Penulisan komen dari segi Alexa PageRank -  PR - 331,919 (Global Rank) dan 2,420 (Malaysia Rank). Ini mengambarkan bahawa blog beliau masih lagi di tahap perlu diberi perhatian oleh empunya diri agar sentiasa mengerakkan langkah untuk lebih blogwalking iaitu melawati blog-blog rakan-rakan yang lebih tinggi PageRanknya (PR).



Review Blog AsyrofAzriStudio Di Alexa PageRank
Penulisan komen dari segi loading - Kepantasan loading sangat bagus, tiada masalah yang timbul tapi perlu juga diadakan widget yang bersosial untuk lebih ke arah penjenamaan blog seperti Facebook Fanpage, follower Google + dan twitter supaya rakan-rakan lain dapat mengenali anda. 


Kesimpulannya:

               Segala ketiga-tiga gerak kerja wajib telah dipersembahkan untuk tatapan Asyrof Asri dan rakan-rakan blogger lain yang menyertainya. Maka terlaksanalah segala syarat wajib yang perlu dipatuhi supaya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Bila semua syarat-syarat dipenuhi, maka senanglah beliau untuk memilih pemenangnya nanti. Mungkin juga jika ada rezeki, terbuka hati Asyrof Azri untuk memilih entri ini sebagai pemenang. Insya Allah. 

               Hanya setakat ini saja yang dapat saya review, kupas dan simpulkan tentang blog Asyrof Asri ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberikan beliau tentang selok-belok tentang blog dan apa saja yang berkaitan. Maka "Tidak Mengalah Dengan Blogger Contest Tanah Arab" menjadi tajuk entri saya untuk sama-sama memeriahkan kontes yang beliau adakan selama 2 bulan ini.

               Jika ada silap dan salah dari segi gaya bahasa yang terkandung di entri ini, saya memohon ampun dan maaf. Perkara yang baik adalah dari Allah Taala dan yang tidak baik adalah kelemahan saya sendiri.

Sekian, terima kasih....Wassalam........!!! 


BLOGGER CONTEST ini dianjurkan oleh AsyrofAsriStudio.com dan
ditaja oleh PENAJA  InsyirahAzhar.com,  Colleen-Kawaii.com, 
UstazImad.com, huseinrider.blogspot.com, SumiJelly.com, 
AkmaOmar.com, LadfeAmir.com,  Azri.my  dan
SukaSedap.com

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Tidak Mengalah Dengan Blogger Contest Tanah Arab"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top