sensasi2020

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang | sensasi2020 Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang - sensasi2020

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamualaikum...
Salam Aidilfitri......semua!!!


AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG


waktu sekolah, pelajar, murid-murid, bersekolah menengah, ketika bersekolah
Masa Di Sekolah Menengah dulu
                Boleh dikatakan, kebanyakkan antara kita hidup dalam kesusahan. Hanya segelintir saja yang dilahirkan sudah kaya-raya. Hidup yang susah begitu perit untuk menyusuri arus kehidupan masa kini. Namun kehidupan harus diteruskan.

 
  TEGAR-Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang


Ketika Di Sekolah Rendah:

            Kehidupan di masa lampau memang susah, namun untuk meneruskan hidup, ibubapa terpaksa mencari rezeki seharian untuk sesuap nasi untuk anaknya. Ia tidak terlepas pada diri ini. 

              Ketika di bangku sekolah rendah dulu, apabila saja hari Jumaat (cuti sekolah di Kelantan), saya menolong ayah menjual air batu campur (ABC) di pasar besar di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Ayah akan mengupah saya RM10 untuk menolong beliau pada hari itu. Upah yang dapat bolehlah membuat bekal duit saku lebihan ke sekolah. Begitulah kehidupan keluarga ibubapa kami.  (Tak dapat siarkan foto ketika menjual ABC, entah hilang ke mana).

            Kini mereka berdua (ibubapa) sudah tiada. Pergi menemui Allah Taala. "Semoga Allah menyayangi mereka dan menempatkan roh mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh". 

                 Saya pergi ke sekolah ketika itu, lebih kurang tahun 1978, ketika itu saya dalam darjah 3, kalau tak silap. Jarak antara rumah ke sekolah di sekitar 3-4 Kilometer. Setiap hari saya berjalan kaki sekolah. Bersekolah di sekolah Kebangsaan Geting, Tumpat, Kelantan hingga ke darjah 6.


Ketika Di Sekolah Menengah:

              Bapa saya nak beli basikal untuk saya pun tak mampu. Saya terpaksa mengumpul dengan upah yang dapat ketika menolong ayah menjual ABC, tapi belum sempat cukup duit, kakak mengajak tinggal bersamanya. Tinggallah saya di rumah kakak di Pengkalan Chepa, Kelantan. Saya disekolahkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. 

                 Di sini kehidupan lain sikit. Menyara untuk makan-minum, belanja sekolah dan lain-lain keperluan dialah yang tanggung. Dengan kepayahan hidup, saya berusaha untuk mengubah hidup ini dengan pelajaran, tapi apakan daya, keputusan SPM tidak menyebelahi saya. Gagal dalam mencapai keputusan yang cemerlang. Jalan terbaik di ketika itu cuma bekerja saja.



masa bekerja, waktu remaja, saat membuat kerja
Ketika Bekerja Di Kedai Roti & Kek

Ketika Bekerja:

                  Ketika menunggu keputusan SPM, saya terus memohon pekerjaan di kilang roti dan kek di Kota Bharu. Nama kedai itu ialah "Happy Cake & Snack Sdn Bhd. Dengan sedikit wang gaji, saya menghulur untuk ibubapa di kampung. 

               Saya dan kakaklah yang menolong ibubapa ketika itu. Kakak saya tu kahwin dengan orang berada, hidupnya bolehlah dikatakan senang juga. Suaminya seorang kontraktor binaan. Saya menumpang kehidupan sebagai seorang pekerja di rumah kakak lagi, kerana dari kampung ke tempat kerja amat jauh, tak mampu nak berulang-alik.

 Ketika Kini: 

ketika ini, saat ini, mas kini, terkini
Ketika Kini
                  Kini hidup saya taklah mewah dan kaya, hanya hidup biasa-biasa saja. Cukup untuk menyara anak-anak dan isteri. 

              Cerita ini bukan untuk membanggakan diri, bukan juga meminta simpati, bukan juga mengharap simpati tapi sekadar berkongsi kehidupan sebagai tatapan secara santai. Ditambah pula nak dipadankan dengan tajuk artikel entri ini, itu saja.

Tag : KEKELUARGAAN
0 Komentar untuk "Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top