Berkunjung Ke Rumah Rakan Blogger

Assalamualaikum.....
Salam sejahtera..........

BERKUNJUNG KE RUMAH RAKAN BLOGGER


Rakan blogger Syarih, Salam Aidilfirti, sambuatn rumah terbuka.
Bergambar Bersama Blogger Syarih Dan Isterinya
               Salam Aidilfitri..maaf, zahir dan batin buat semua rakan-rakan taulan. Setelah 2 hari beraya di Kampung Geting, Tumpat...maka pada hari raya ke-3, barulah keluarga kami beraya di rumah di Kota Bharu. Pada malam ke-2, saya membuka Facebook untuk mengucapkan Salam Aidilfitri buat rakan-rakan, maka di situlah bermulanya berbalas mesej dengan bro Syarih Yaakob.

sms. mesej, blogger Syarih Yaakob, rumah terbuka, berkunjung, sambutan hari raya
Mesej Bersama Blogger Syarih yaakob

              Beliau mempelawa saya ke rumah mentuanya di Pengkalan Chepa pada hari raya ke-4. Mereka adakan rumah terbuka. Beliau membuat di kediaman rumah mentuanya. Tak sangka pula beliau bertemu jodoh dengan orang Pengkalan Chepa, Kelantan. Selama ini saya tak tahu pun beliau berkahwin dengan orang Kota Bharu. Tahniah...Doa daku semoga bro...Syarih kekal bahagia selama-lamanya bersama isteri tersayang.

salam Aidilfitri, hari raya ke-4, sambutan hari raya, ramai menikmati hidangan
Bergambar Bersama Blogger Syarih
             Kami sekeluarga kecuali (anak ke-2 dan isteri) pergi ke rumah mentua Syarih pada pukul 2.30 petang. Saya belum pernah masuk ke Taman Baung Perdana, Pengkalan Chepa, tapi sekali pergi terus jumpa rumah mereka. Sampai di sana, ramai sungguh yang hadir, ada yang membakar satay, ada yang sedang menikmati hidangan dan ada yang berborak sesama sanak-saudara. Pelbagai juadah disediakan ketika itu. Satay, kuih-muih, lontong, laksa penang, mee sup, ais krim dan sebagainya. Boleh dikatakan amat meriah sekali.

                Saya sempat berborak dengan bapa mentua Syarih dan isterinya (Norazira Ab Halim). Saya baru pertama kali berborak dengan bro Syarih...tidak banyak kami berbual, saya lihat keadaan bro Syarih sihat saja, namun dari raut wajahnya tersimpan satu macam keadaan yang perih (mungkin keadaan kesihatan yang beliau alami) membuat beliau tidak beberapa aktif. 

            Semoga beliau tabah menghadapi segalanya yang beliau alami ketika ini. Hanya Allah yang dapat memberi pertolongan agar penderitaan yang beliau alami tidak menganggu tugas seharian.

           Akhir kata, doa kami agar keluarga Syarih berada dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa. Terima kasih buat bro Syarih dan keluarganya. Salam Aidilfitri...maaf, zahir dan batin. Kenangan bersamamu tidak dapat ku lupakan buat selama-lamanya.

Jumpa lagi......semua!!!
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Berkunjung Ke Rumah Rakan Blogger"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top