sensasi2020

Kemeriahan Di Aidilfitri | sensasi2020 Kemeriahan Di Aidilfitri - sensasi2020

Kemeriahan Di Aidilfitri

Assalamualaikum....
Salam Aidilfitri...........

KEMERIAHAN DI AIDILFITRI

salam aidilfitri, selamat hari raya aidilfitri, maaf, zahir dan batin, hari lembaran, 1 Syawal, hari kemenangan.
Salam Aidilfitri 1435H Bersamaan 8 Ogos 2013

           1 SYAWAL 1434H, Kemeriahan di Aidilfitri amat bererti untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi yang berada di Malaysia. Satu hari kemenangan oleh umat Islam keseluruhannya tentang diri sendiri menghadapi segala ujian dan cabaran ketika berpuasa. 


Kemeriahan raya telah dirasa,
Sempena dengan hari yang mulia,
Sambutan Aidilfitri amat bermakna,
Sanak-saudara berkumpul bersama.

Kemeriahan amat dirasai sentiasa,
Bertemu dalam satu keluarga,
Salam disambut antara semua,
Tanda kemuliaan suasana beraya.

Kemeriahan suasana ceria terasa,
Mengambarkan keakraban antara keluarga,
Walau sekali sekala berjumpa,
Keeratan ikatan keluarga terpilihara.

Kemeriahannya amat memberi erti,
Ikatatan salatulrahim patut dijaga,
Agar jalinan keluarga teguh bersemi,
Subur mekar tanpa ada sengketa.

Persiapan Di Pagi Raya
                    Kunjung-mengunjungi dari rumah ke rumah menjadi amalan tradisi di setiap perayaan seperti "Hari Raya Aidilfitri" ini. Rumah sanak-saudara (waris) menjadi satu kemestian untuk merapatkan perhubungan antara keluarga supaya kita dapat mengenali antara sesama keluarga. Bila kita pergi ke rumah saudara jangan lupa membawa anak-anak bersama supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Ini dapat menyatukan perpaduan antara keluarga dan perhubungan salatulrahim di antara mereka.

salam aidilfitri, selamat hari raya aidilfitri, salm hari lembaran
Penyatuan Antara Keluarga Di Hari Raya
                Jamuan juadah di hari raya sentiasa ada. Pelbagai makanan seperti nasi dagang ketupat palas, nasi hempit (kapit), rendang, lotong, Satay, biskut, kek dan sebagainya akan dihidangkan di meja. Boleh dikatakan ia memenuhi keseluruhan meja makan di ruang tetamu.
 

salam hari lembaran, selamat hari raya aidilfitri, salam aidilfitri
Salam Aidilfitri 2013
              Kanak-kanaklah, orang yang paling ceria, kerana mereka sudah pasti akan dapat "Duit Raya" yang akan diberikan oleh oleh ibubapa, orang tua atau sanak-saudara yang lain. Ia sudah menjadi tradisi setiap perayaan hari raya seperti ini.

             Akhir kata, "Salam Aidilfitri", maaf, zahir & batin....

0 Komentar untuk "Kemeriahan Di Aidilfitri"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top