sensasi2020

Salam Aidilfitri 2013 | sensasi2020 Salam Aidilfitri 2013 - sensasi2020

Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum.....
Salam sejahtera.........semua!!!

 SALAM AIDILFITRI 2013 


Salam Aidilfitri 2013

          Salam Aidilfitri, maaf, zahir & batin......buat semua rakan-rakan blogger yang berada di Malaysia, Indonesia, Brunei dan selatan Thailand. Tidak lupa juga rakan-rakan FB, Twitter dan media sosial lain.

            Di sini saya dan keluarga saya dengan kesepuluh jari memohon ampun dan maaf, jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara, terlanjur tutur kata di sepanjang kita berada di alam siber. kitahanya manusia biasa, tidak terlepas daripada membuat kesilapan.

Petronas Raya 2013 - JAHIT

                       Sementara rakan-rakan sekalian yang ingin pulang beraya di desa, kampung halaman dan pekan kelahiran, diharap agar berhati-hati di jalanraya. Ingatlah diri, keluarga tercinta dan sanak saudara agar perjalanan anda sentiasa selamat. Berdoa dahulu sebelum melakukan perjalanan pulang beraya. "Pandulah dengan cermat, pasti anda selamat".

PANTUN AIDILFITRI

Syawal menjelma tandanya beraya,
Disambut dengan penuh takwa,
Aidilfitri hari raya puasa,
Takbir bergema di seluruh dunia.

Semua umat Islam meraikannya,
Tanda kemenangan menahan nafsu,
Aidilfitrilah tanda kesyukuran kita,
Terhadap Allah Taala yang berseru.

Aidilfitri disambut dengan mulia,
Sanak saudara jangan dilupa,
Kunjung-mengunjung amalan biasa,
Mengeratkan salatulrahim antara keluarga.

Kemaafan dipinta kepada semua,
Jika ada yang terkasar bahasa,
Kita hanya manusia biasa,
Sempena Aidilfitri bermaafan antara kita.


             Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan "Salam Aidilfitri, maaf, zahir & batin". Semoga anda semua ceria dan bergembira bersama keluarga masing-masing. Ada masa...jemputlah ke rumah....pintu rumah sentiasa terbuka buat anda.

Wassalam........
 
0 Komentar untuk "Salam Aidilfitri 2013"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top