1AZAM - Nama Tersenarai Sebagai Penerima Bantuan.

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.......


 1AZAM - Nama Tersenarai Sebagai Penerima Bantuan


1AZAM-Akhiri Zaman Miskin


          Sebelum saya ceritakan nama siapa tersenarai sebagai penerima bantuan 1AZAM, saya akan terangkan serba ringkas di sebalik nama yang cukup menarik ini. Dengan sedikit keterangan ringkas berkaitan nama yang simbolik ini, sedikit sebanyak dapat memberi informasi.
 

      1AZAM adalah singkatan kepada 1 Malaysia Akhiri Zaman Miskin. Singkatan nama inilah membantu rakyat yang miskin, miskin tegar dan sederhana menjadi usahawan berjaya.Ia di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

 Ada 4 Jenis Kategori 1AZAM

AZAM KERJA


 

Peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Program memberikan  fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Latihan kemahiran disediakan.

Contoh pekerjaan adalah seperti:
•    Jurujual produk
•    Pengurusan rumahtangga
•    Pekerja restoran makanan segera
•    Pelayan restoran
•    Pekerja hotel
•    Program Menjana Pendapatan - tukang jahit, perniagaan  sejuk beku dan 

      Mat Salai


AZAM TANI




Peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian. Antara projek yang dikenalpasti ialah:

•   Pertanian berkelompok
•   Tanaman yang mempunyai pulangan yang cepat
•   Ternakan
•   Projek hiliran hasil pertanian





AZAM NIAGA



Peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro. Contoh perniagaan adalah:

•    Makanan dan minuman-Nasi lemak kukus, air batu campur, ais blanded dll.
•    Kiosks
•    Perniagaan runcit
•    Industri kraftangan



AZAM KHIDMAT


Peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan seperti:

  • Rawatan penjagaan diri
  • Andaman pengantin
  • Spa dan refleksologi
  • Gunting rambut


Peserta diberikan pilihan sama ada terlibat secara sambilan atau sepenuh masa. Mereka juga boleh terlibat sebagai pengusaha atau pekerja.



Dapat SMS Daripada 1 AZAM
        Setelah membuat permohonan pada 3 bulan lepas, akhirnya permohonan diterima. Syukur Alhamdulillah...satu langkah ke hadapan untuk meluaskan pendapatan sampingan, disamping bekerja tetap di kedai roti dan kek.


Suasana Di Majlis Penyampaian Pakej 1 AZAM NIAGA

Dapat Mesin Daripada 1AZAM


Disiarkan Di Dalam Utusan Malaysia

Tempat: Sekolah Rendah Kebangsaan Langgar, Kota Bharu, Kelantan.
Tarikh: 20 September 2013.
Masa: 10 am, hadir 1 jam sebelum bermula.
Anjuran: Persatuan Kebajikan Wanita Kota Bharu.
Penerima:  Anggaran 30 orang - Kamil Bin Salleh dan 29 orang selebihnya.
Barangan: Pembakar kuih bahulu, mesin adunan, gula, garam, gandum dan telur.

Jenis-Jenis Barangann 1AZAM
             Jenis-jenis barangan yang diberi oleh 1AZAM ialah set mesin jahit, set gunting rambut, set nasi lemak kukus, set air batu campur, set ais blanded, set membuat kuih bahulu, set mesin tebu dan set mesin rumput.

Penerima Barangan 1AZAM

          Saya adalah salah seorang daripada 29 peserta yang dapat daripada 1AZAM. Lepas ini bolehlah buat kuih bahulu sebagai pendapatan sampingan. Insya Allah, saya akan gunakan pemberian ini sebagai satu amanah untuk saya lebih berusaha agar pendapatan keluarga bertambah nanti. Dianggarkan 1 set barangan bernilai RM4,000 setiap seorang peserta.

Jiran Sebelah Pun Dapat Barangan Yang Sama

             Ini pula jiran sebelah rumah. Diapun dapat barangan yang sama iaitu set membuat kuih bahulu. Nampakknay kena bersaing dengan kak kita ini untuk menjual kuih bahulu ini nanti.

          Terima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa mengambil berat tentang permasalahan rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin tegar. 

       Diharap agar para peserta tidak mempersia-siakan pemberian ini. Lakukan kerja anda sebaik mungkin. Ikut nasihat dan panduan daripada yang telah diberikan ketika menghadiri kursus baru-baru ini.

 TERKINI: Untuk kepastian boleh layari Utusan Malaysia Online
 
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
15 Komentar untuk "1AZAM - Nama Tersenarai Sebagai Penerima Bantuan."

iya, paham sekarang..klik.. http://bit.ly/29Uot2z

Allhamdullilah.. Moga Allah swt permudahkan urusan bisnes bro Kamil..

Bagai mana saya nak mohon bantuan mesin jahit perlukan sangat... Untok bantu kluarga saya

Saya nak mohon bantuan mesin jahit

Saya nak mohon set mesin jahit..cmne ye..

Assalamualaikum,macam mana nk mohon bantuan mesin jahit 4 benang?

Macamana nak mohon mesin jahit dn mesin jahit tepi

Macam mana nk mohon mesin jahit n mesin jahit tepi

Saya ingin mohon bantuan peniagaan..chiller..utk jual kek & sbagainye

Saya ingin mohon n bantuan perniagaan tpnl TDK prnh lulus bantu saya

Saya pernah memohon.. 4thn yg lalu.masa tu d pejabat daerah Dlm program ekasih. Janji thn depan Tapi smpaithn 2020.blm ada kbar. Atas nama esah binti loga dri Sabah keningau

Cara nak masuk 1 Azam

Sya nak mesin jahit... Mcm mna nak mohon yaa..

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top