sensasi2020

Berita Sensasi:Harga Minyak RON95 Dan Diesel Naik Lagi | sensasi2020 Berita Sensasi:Harga Minyak RON95 Dan Diesel Naik Lagi - sensasi2020

Berita Sensasi:Harga Minyak RON95 Dan Diesel Naik Lagi

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.......


RON95, diesel, naik lagi, harga naik, subsidi dikurangkan RM0.20
Harga Minyak RON95 Naik RM0.20

      Kerajaan terpaksa mengurangkan harga subsidi minyak untuk menyelamatkan ekonomi negara, bukannya menaikkan harga minyak itu. Ramai yang keliru atau buat-buat tak tahu. Jika kerajaan masih mengekalkan harga itu, kemungkinan negara akan mengalami kemelesetan dan kejatuhan ekonomi jika tidak bertindak dari sekarang.

HARGA MINYAK  TELAH DINAIKKAN RM 0.20

JENIS
SEBELUM
SELEPAS
RON95
RM 1.90
RM 2.10
Diesel
RM 1.80
RM 2.00

                    Kenaikkan ini adalah untuk jangka pendek dan panjang dan supaya ekonomi negara dapat mencapai defisit fiskal sebanyak 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 nanti. Ini dapat mengimbangi belanjawan negara sehingga tahun 2020.


          Untuk tidak membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana, kerajaan akan memastikan kebajikan rakyat tidak terbeban dengan mengkaji akan menaikkan BRIM pada masa akan datang, kemungkinan pada tahun depan 2014.


              Bagi rakyat, kita pastinya akan merasainya kesannya. Untuk tidak merasai akan kenaikkan ini, jom kita pakat pergi kerja dengan basikal atau berjalan kaki. Ini dapat memberi kebaikan kepada kesihatan. Ia dapat mmebakar kalori dan lemak di badan, perutpun taklah membuncit, membojol (boroi) atau memgembang ke depan.

Back To Top