Assalamualaikum....
Salam sejahtera.........
Rakyat Didahulukan Dalam Segala Hal |
Ramai yang mengeluh harga minyak naik terutamanya rakyat yang berpendapatan sederhana, rendah dan miskin. Baru saja tak sampai seminggu, keresahan orang ramai masih berterusan. Ada yang menyokong dan yang membantah lebih ramai lagi. Kerajaan mengalakkan rakyat supaya berjimat-cermat. Dengan penjimatan tersebut, kesan kenaikan tidak terasa.
Kalau dah harga minyak naik, kerajaan juga perlu jimat. Jangan hanya menyuruh rakyat saja yang berjimat. Penjimatan daripada kerajaan perlu juga diambil kira dan seharusnya dilaksanakan.
Apakah perjimatan yang perlu dilakukan oleh kerajaan.
- Kurangkan elaun minyak terhadap menteri.
- Hadkan majlis keramaian.
- Tidak mengadakan majlis keramaian terlalu banyak hinggakan banyak kos perbelanjaan terhadap majlis tersebut. Sana sini majlis diraikan, hinggakan media elektronik tidak henti-henti menyiarkan berita majlis yang sering diadakan oleh kerajaan. Ini menunjukkan terlampau banyak majlis yang telah diadakan.
- Potong elaun tetap menteri.
Dengan pengurangan elaun dan hadkan majlis keramaian, kerajan dapat mengurangkan defisit negara. Jika pengurangan ini dilakukan kerajaan dapat menampung pemberian subsidi yang tinggi terhadap rakyat bukannya mengurangkannya.
Langkah pengurangan subsidi untuk rakyat supaya berjimat-cermat bukanlah satu langkah yang bijak, sebaliknya kerajaan perlu memikirkan cara yang lebih komprehensif. Jika semua yang diperkatakan di atas dilaksanakan bersungguh-sungguh, kerajaan akan mempunyai lebihan peruntukan kewangan untuk negara.
Walaupun jumlah penjimatan itu tidak besar, tetapi sekurang-kurangnya beban kenaikan tidak dirasai oleh rakyat. Tunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sendiri melaksanakannya, barulah masyarakat dapat menerimanya.
Apa kesan Harga minyak Naik |
# Anda boleh rujuk artikel penuh ketika
di wawancara oleh Sinar Harian di Berita Hullahup.
Apa kesan harga minyak naik
- Takrif elektrik akan naik.
- Gas memasak akan naik.
- Nilai duit kita semakin kecil.
- Beban hutang semakin dirasai.
- Rakyat yang miskin bertambah miskin.
- Harga barangan akan menjadi lebih mahal.
- Perbelajaan pelajar sekolah akan lebih tinggi.
- Menganggu corak hidup masyarakat ke arah masalah kewangan.
- Bahan mentah untuk penghantar ke satu-satu destinasi akan meningkat.
- Kos perjalanan menjadi tinggi, pengusaha teksi, bas, keretapi pasti menaikan harga tiket.