Ucapan Penghargaan Daripada Perdana Menteri

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.......

               Pada entri yang lepas saya ada publishkan iaitu "Bajet 2014: Idea Anda Berharga, Adakah Suara Blogger Didengari". Ini adalah satu artikel yang patut anda baca, jika anda seorang blogger dan mempunyai pengaruh atau terkenal agar suara kita dapat didengari oleh Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

            Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya memberi cadangan apa yang kita mahukan terhadap "Bajet 2014" itu. Dengar atau tidak oleh kerajaan itu adalah perkara lain, yang penting hak kita sebagai rakyat telah kita suarakan. Mana tahu, jika ramai yang usulkan perkara yang sama, pasti ini memberi kekuatan terhadap cadangan kita.

                Cuba perhatikan apa yang saya dapat, ia merupakan kiriman emel "Ucapan Penghargaan Daripada Perdana Menteri" sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan idea kita terhadap "Bajet 2014". Saya terima emel ini pada pada 10 September 2013, jam 9.04 am.


           Banyak juga cadangan yang telah rakyat berikan, namun yang memberi kata putus hanya Perdana Menteri. Setidak-tidaknya ia dapat didengari dan diperhalusi oleh kerajaan. Namun apa pun pembentangan belanjawan nanti, agar kerajaan memberi banyak insentif, kemudahan, bonus, potongan cukai, kenaikan bantuan, rebet dan apa saja bantuan asalkan demi orang-orang yang berpendapatan sederhana, rendah dan miskin.
               
                 Jika mahu melihat segala cadangan atau apa saja saranan oleh orang ramai boleh layari di alamat ini :

http://www.1malaysia.com.my/bajet2014/home.php?lang=bm 

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top