GST Pelbagaikan Pendapatan Kerajaan

Assalamualaikum...
Salam sejahtera......

 GST PELBAGAIKAN PENDAPATAN KERAJAAN


GST-Good And Services Tax

Apa Itu GST?


              GST adalah "Good And Services Tax". Dalam bahasa melayu adalah cukai pengunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan termasuk yang diimport melainkan dikecualikan oleh kerajaan. Jika dihuraikan secara tepatnya adalah "Cukai Barangan Dan Perkhidmatan". Dulu kita dikenakan cukai SST (Sales Tax And Service) atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Biasanya kita selalu dikenakan SST pada bil telekomunikasi, internet, tiket wayang, tiket letak kereta, barangan di supermarket, ASTRO, KFC, Mc Donald, Pizza Hut untuk cukai perkhidmatan (service tax) dengan kadar 6% dan 10% untuk cukai jualan (sales tax).


GST tambah RM27b pendapatan negara

Pendapatan Negara Malaysia


Pendapatan Negara Malaysia 2009-2013 (RM Bilion)

       Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2009 : RM159 bilion
       Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2010 : RM160 bilion
       Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2011 : RM185 bilion
       Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2012 : RM207 bilion
       Dianggarkan Pendapatan Kerajaan Malaysia Tahun 2013 sudah mencapai : RM209 bilion.

             Kesemua pendapatan negara Malaysia untuk tempoh 5 tahun terakhir ini banyaknya datang daripada pendapatan minyak (cukai petroleum, cukai syarikat minyak, cukai yang dibayar oleh pekerja syarikat-syarikat minyak, duti eksport minyak, dividen yang dibayar Petronas kepada kerajaan)

          Pelaksanaan GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan merupakan satu daripada pendekatan jangka panjang kerajaan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara. Apabila pendapatan kerajaan bertambah, kerajaan dapat memberi banyak kemudahan kepada rakyat. Ia boleh digunakan untuk bantuan terus kepada rakyat seperti pembinaan hospital, sekolah, masjid, surau, BR1M, jalan raya di kampung-kampung, pengangkutan awam dan sebagainya.
 

Berapakah Kadar GST?


                Kerajaan telah mencadangkan dan menetapkan kadar GST adalah 4% iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan 5% yang dikenakan pada masa kini. Untuk lebih mengetahui kadar sebenar yang akan dilaksanakan adalah mungkin pada pembentangan bajet 2014 pada hari Jumaat iaitu 25 Oktober 2013 nanti.


Kenapa GST Perlu Dilaksanakan?


                   Kerajaan terpaksa melaksanakan GST untuk menyusun semula percukaian negara  supaya ianya lebih berkesan, efisen, saksama dan telus. Ia juga dapat mengelakkan berlakunya cukai terselindung dan cukai bertindih. Kedua-dua cukai ini memberi kesan yang tidak seimbang dan memberi ketidak seragaman terhadap pengguna. Dengan langkah perlaksanaannya memberi sumber kepada pendapatan negara bagi mengawal defisit kewangan negara dan dapat mempertumbuhkan ekonomi negara.

Apakah Barangan Yang Akan Dikenakan GST?


               Semua barang dan perkhidmatan akan dikenakan GST dengan kadar 4% melainkan yang telah ditetapkan tidak dikenakan  cukai iaitu pembekalan kadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan. Antara barangan dan perkhidmatan yang dikenalan cukai adalah apa yang telah dilaksanakan sekarang ini iaitu SST (Seles Tax And Sercice).

Apakah Barangan Yang Tidak Dikenakan GST?


             Hampir kesemua barang makana asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, buah-buahan, sayur-sayuran, telur, ikan, ayam, daging, gula dan tepung (pembekalan kadar sifar) tidak dikenakan GST. Selain daripada itu barang dan perkhidmatan untuk eksport juga tidak dikenakan GST bagi menjadikan negara Malaysia lebih kompetetif di peringkat antarabangsa. Begitu juga untuk perkhidmatan asas seperti pengangkutah awam, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kewangan dan tol lebuhraya (pembekalan yang dikecualikan).


GST - Membantah Atau Protes

Golongan Yang Membantah GST


             Ramai yang masih tidak faham dan banyak tafsiran negatif yang kita kedengaran melalui cakap-cakap orang, pihak yang ada kepentingan sendiri dan cetek pengetahuan yang tidak memahami kaedah yang akan dikenakan GST. Ia sebenarnya tidak ada bezanya apa yang telah kita beli barangan sekarang dan apa yang akan dikenakan GST nanti, malahan ia akan lebih murah. Contoh mudahnya adalah seperti berikut:

Pada masa sekarang, rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan perkhidmatan ke atas pembelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar ini terutama cukai jualan yang tidak kelihatan di dalam inbois atau resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan.

Bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan rakyat miskin, sebanyak RM2.38 adalah untuk cukai tetapi apabila GST dilaksanakan dan dikenakan 4% beban cukai yang ditanggung akanmenurun kepada RM2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam pembelanjaan harian mereka.
              
              Ramai yang masih menunggu, bilakah kerajaan akan melaksanakan GST? Semenjak sebelum PRU13 hingga sekarang, kerajaan masih belum melaksanakan GST. Ini kerana kerajaan perlu membuat kajian dan penelitian yang mendalam sebelum ia dilaksanakan. Rakyat belum memahami sepenuhnya lagi tentang GST. Apabila sampai masanya nanti, rakyat akan tahu dan mula memahami tentang perkara ini. Mungkin pada pembentangan bajet 2014 nanti. Kita tunggu dan lihat.......
   
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "GST Pelbagaikan Pendapatan Kerajaan"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top