sensasi2020

Bisnes Online Pilihan Kamil Salleh Dan Income Yang Kamil Salleh Impikan Dari Bisnes Online | sensasi2020 Bisnes Online Pilihan Kamil Salleh Dan Income Yang Kamil Salleh Impikan Dari Bisnes Online - sensasi2020

Bisnes Online Pilihan Kamil Salleh Dan Income Yang Kamil Salleh Impikan Dari Bisnes Online

BISNES ONLINE PILIHAN KAMIL SALLEH DAN INCOME YANG KAMIL SALLEH IMPIKAN DARI BISNES ONLINE


Assalamualaikum....
Salam sejahtera............
Task #2



Sebelum ini kita telah diberi tugasan (Task 1) untuk menyempurnakannya agar terpilih melayakkan ke tugasan seterusnya. Alhamdulillah....akhirnya saya berada di no 2 selepas Cikgu Naman dan 16 rakan yang lain juga turut terpilih. Selamat berjuang ke task 2 pula iaitu "Bisnes Online Pilihan (nama anda) Dan Income Yang (nama anda) Impikan Dari Bisnes Online". 

jana duit dengan blog, jana wang di internet,
Jana Duit Dengan Bisnes Online
Sesiapa yang sudah memiliki laman web atau blog, secara tidak langsung sudah dikira sebagai seorang bisnes online iaitu dengan cara "Jana Duit Dengan Blog". Oleh itu setiap peserta ada caranya yang tersendiri untuk menjalankan bisnes online mereka dan pastinya telah memasang impian masing-masing berapakah income yang ingin dicapai? Sekarang adalah masanya untuk menjadikan impian itu menjadi kenyataan.

Nota: Sebelum itu apa kata Perdana Menteri Malaysia Dato Seri mohd Najib Tun Abdul Razak kepada usahawan kita agar perlu manfaatkan kelebihan medium sosial untuk menjana pendapatan atau berkongsi maklumat tentang idea-idea perniagaan yang kreatif.





Bisnes Online Yang Menjadi Pilihan Saya


Jana duit dengan blog, jana duit dengan website, jana pendapatan dengan bisnes online
Bisness Online - Jana Duit Dengan Blog

Kalau dikira memang banyak yang ada di pasaran sekarang ini. Sebagai seorang yang baru untuk menceburi diri dalam bisnes online ini, segalanya masih baru dan masih cetek ilmunya. Melainkan yang dah lama menceburi diri, sudah tentu tajuk ini menjadi senang untuk mereka ceritakan dan mempersembahkan buat tatapan kita di contest superIbu.com.

Jadi apa yang penting kita memerlukan strategi dan target yang khusus. Saya hanya akan fokuskan 3 sahaja bisnes online yang menjadi pilihan saya sebagai permulaan.

  • Ruang iklan di blog - Paling mudah dapat wang melaluinya. Hanya perlu tetapkan berapakah bayaran untuk diiklankan. Kita akan menentukan sendiri berapakah bayaran yang perlu dibayar untuk seminggu atau sebulan.  Perlu letakkan space iklan di blog, supaya kita boleh mendapat income melaluinya. Kita juga boleh ikhtiar dapatkannya melalui advertiser atau advertorial, dengan cara mendapatkan tajaan daripada AirAsia, Astro, Samsung, Toshiba, Phillips dan sebagainya. Pastinya kita rasa begitu teruja bila tajaan mereka sentiasa bersiaran di blog kita kan?

Contoh Pasang Iklan Di Blog
  • Jadi Agen Affiliate - Mempromosikan produk orang lain untuk dijual. Bila kita dapat menjual, maka kita akan dapat komisen. Kita akan dapat komisen berdasarkan berapa banyak produk yang kita telah jual. Apa yang penting perlukan usaha yang berterusan dan tidak mudah berputus asa. Setiap usaha pasti ada hasilnya. Di antara yang boleh kita buat melaluinya iaitu jobdirumah, jomniaga dan sebagainya.
Jobdirumah, jana duit dengan blog, kerja di rumah, dapat komisen melalui agenaffiliate
AgenAffiliate
  • Buat review dan jawab survey - Hanya perlukan buat review terhadap sesuatu produk. Gunakan pengalaman yang ada untuk memberi persembahan yang terbaik supaya ia akan menyakinkan kepada pihak terbabit. Sementara itu jawab semua servey yang diberikan dengan penuh perhatian, ikhlas dan jujur. Ini akan memberikan kredit terhadap penjenamaan blog kita di mata mereka.

Survey
Kesimpulannya: 
Kita tidak boleh memilih sesuatu pekerjaan terlalu banyak buat permulaan. Cukup sekadar 2 atau 3 jenis sahaja yang perlu ditargetkan, sesuatu yang menjadi pilihan utama kita. Pilihlah yang top buat masa kini dan boleh menjana pendapatan yang tinggi dengan modal yang paling rendah dan paling minimum. Nanti "Apa Yang Dikejar Tak Dapat Dan Yang Dikendung Keciciran".


Perlukah Kita Pasang  Impian Berapa Income Untuk Bisnes Online?

Setiap orang ada memasang impian, tidak kiralah untuk dapat kerja bergaji besar, dapat miliki rumah besar, jana duit dengan blog, buka perniagaan sendiri, dapat income 4 angka dalam sebulan dengan bisnes online dan sebagainya. Semua orang mahukannya bukan?

Kalau dah dapat 3 angka dalam sebulan, sudah semestinya mahu lebih daripada 4 atau 5 angka pula. Kalau tiada rumah, sudah pasti mahu memiliki rumah sebagai rumah impian, jika tiada menjalankan perniagaan pastinya ingin berniaga sendiri, jika dah dapat income 4 angka, kemahuan untuk jana 5 angka menjadi buru pula.

Apa yang saya impiankan tidaklah tinggi buat permulaan. Orang kata "Jangan membuat target dan impian yang tinggi", kita boleh sasarkan jumlah income yang rendah dahulu. Buat permulaan cukup sekadar 3 angka. Bila dah semakin berkembang, dari semasa kesemasa kita boleh targetkan kepada yang lebih besar iaitu 4 angka pula. Kita tidak boleh mengharapkan sesuatu yang belum pasti dengan impian yang mengunung tinggi, tetapi Insya Allah.....jika kita berusaha pasti kejayaan mengiringi kita.


Keperluan Utama Jika Mahu Impian Tercapai Dalam Bisnes Online

  • Website/blog - Perlu ada website/blog supaya semua produk boleh dipersembahkan atau dipamerkan di sidebar, tidak kiralah untuk banner, program affiliate, ruangan iklan dan sebagainya.
  • Laman sosial - Facebook, Twitter, Ping Blog, Instagram dan sebagainya agar semua produk, promosi,  review produk, harga promosi, kelebihan sesuatu barangan, testimoni boleh disiarkan atau dikongsi kepada rakan-rakan dan pengguna lain.
  • Autoresponder - Iaitu satu cara untuk penghantaran emel secara automatik agar semua pelanggan yang subscrible boleh menerima sesuatu yang terkini yang kita ingin kirimkan dan kongsikan.


Tip Untuk Berjaya Dalam Bisnes Online

  • Sentiasa dekat dengan Allah Taala - Solat wajib dijagai, keluar zakat, sedekah, berdoa dan bertawakal. Rezeki itu adalah anugerah Ilahi.
  • Berilmu - Kalau dah ada ilmu pastinya segala perkerjaan yang kita lakukan akan menjadi lebih mudah, sambil itu cuba mencari sesuatu yang baru atau teknik terkini agar sentiasa meningkatkan lagi income yang diperolehi. Orang kata "Kalau nak berjaya kena berkawan dengan orang berjaya". Belajar dengan mereka, agar penguasaan kita terhadap bisnes lebih meningkat. Kita boleh menyertai forum di Facebook wangcyber, carigold, bicarajutawan, gempakcyber ataupun mengambil kursus tentang bisnes online, membeli ebook, buku rujukan, artikel perniagaan di majalah, akhbar dan sebagainya.
  • Sikap - Buat sesuatu bisnes perlukan keikhlasan, kejujuran, amanah, tepati janji, sentiasa senyum, ceria, mesra pelanggan, sedia berkhidmatan bila-bila masa dan tidak lupa servis yang terbaik. Ia adalah reputasi yang terbaik untuk mengekalkan pelanggan. Etika kerja yang berhemah dan berdisplin agar pelanggan sentiasa dihargai dan dilayan dengan penuh mesra.
  • Sentiasa berfikiran positif - Bila minda positif, segala usaha akan menjadi lebih mudah dan memberi kekuatan pada diri untuk terus berusaha sebaik mungkin.
  • Fokus - Bermakna sentiasa memberi perhatian sepenuh perhatian kepada usaha kita dan bertindak apabila perlu dan mengambil peluang yang terhidang dengan sepenuhnya.
  • Mencuba hingga berjaya - Jika sekali gagal, bukan selamanya gagal. Sekali gagal, maka percubaan seterusnya akan mematangkan lagi ilmu yang kita ada dan memperbaiki setiap apa yang tidak betul dan terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.
  • Saling bantu-membantu - Memberi perkhidmatan terbaik, saling bantu-membantu kepada orang yang memerlukan bantuan kita. Jangan kedekut ilmu yang kita ada, berkongsi kepada orang lain, "Share Caring".
  • Jangan makan rasuah - Bebaskan diri daripada sikap negatif, seperti rasuah yang sering banyak melanda masyarakat zaman sekarang. Jika diamalkan boleh melingkupkan bisnes yang kita jalankan. Lebih-lebih lagi ia adalah haram, ditegah oleh agama Islam yang kita anuti.
  • Gigih dan sentiasa bekerja keras - Gigih terhadap pekerjaan yang kita jalankan dan sentiasa bekerja keras, supaya kejayaan sentiasa mengiringi kita. Setiap kejayaan yang dikecapi atas daya usaha yang keras. Segala perancangan, sasaran, cita-cita yang kita impiankan menjadi realiti.
  • Sokongan - Ini juga adalah penting, kita memerlukan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan sesiapa saja yang terdekat dengan kita. Bila ada sokongan, ini memberi motivasi kepada kita untuk lebih berusaha. Kita jugalah yang menentukan kejayaan kita, bukannya orang lain. Mereka hanyalah sebagai sokongan dan pembakar semangat.
Kesimpulannya:
Usaha adalah tangga kejayaan, tanpa berusaha kejayaan tidak akan hadir. Tidak ada benda yang mudah untuk berjaya, perlu berusaha keras dan berterusan. Kalau orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak boleh. Cuma satu saja pesan orang tua, jangan lupa Allah Taala, jangan tinggal solat dan sentiasa berdoa dalam apa jua keadaan. Dialah yang memberi kita rezeki dan kejayaan. Insya Allah.....!!

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung, Set Bersalin Shaklee untuk ibu berpantang, Set Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusu, Set Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP Shaklee, VIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar Diabetes, Set Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

  • Tarikh Akhir untuk submit Task 2 ialah pada 25 November 2013 jam 11.59pm
0 Komentar untuk "Bisnes Online Pilihan Kamil Salleh Dan Income Yang Kamil Salleh Impikan Dari Bisnes Online"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top