Piala Dunia 2014 Temasya Sukan Paling Dinanti

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.........

Brazil, 2014, piala dunia, world cup, 32 negara yang layak
Piala Dunia 2014 Brazil

32 pasukan, 8 group, 8 kumpulan, 32 negara
Undian 32 Negara Yang Layak Mengikut Kumpulan



Piala Dunia 2014 Brazil akan menjadi acara utama yang akan dinantikan oleh peminat bolasepak di seluruh dunia dalam kalendar tahun depan. Piala yang menjadi rebutan oleh 32 buah negara di 4 buah benua. Undian baru-baru ini berlangsung di Costa do Sauipe, Bahia, Brazil pada Jumaat 6 Disember 2013 dan perlawanan pembukaan Piala Dunia dijadualkan pada 12 Jun 2014 nanti.



Waka Waka (This Time Of Africa)


Sudah pastinya semua 32 negara yang layak bakal akan berentap untuk membuktikan siapakah jaguhan bolasepak dunia selepas Sepanyol ditabalkan juara pada tahun 2010 iaitu 4 tahun lalu di Afrika Selatan. Lagu yang begitu gah dengan "Waka Waka" (This Time Of Africa), Mexico dengan "Maxican Wave" pada tahun 1986, apa pula di Brazil untuk gimik yang mereka akan lakukan dengan samba-samba mereka pada bulan Jun nanti.


Undian piala dunia, brazil 2014, 32 buah negara layak
Costa do Sauipe, Bahia, Brazil

Kalau di Asia, sudah pastinya tiga buah negara iaitu Korea Selatan, Jepun, Australia dan Iran akan dipertaruhkan nasib mereka. Di Afrika pula diwakili oleh Cameroon, Ghana, Nigeria.

Sementara itu dengan kehadiran beberapa buah negara yang sedang meningkat naik seperti Honduras, Costa Rica, Ivory Coast akan memberi tentangan terhadap pasukan yang memang kita akui terhebat dengan tangga teratas di rangking Fifa seperti juara musim lalu Sepanyol, tuan rumah Brazil, Belanda, England, Itali, Perancis, Argentina, Portugal, Jerman dan Mexico.

Tidak boleh dilupakan juga pasukan underdog seperti Croatia, Chile, Colombia, Greece, Uruguay, Switzerland, Ecuador, Bosnia-Herzegovina, Amerika syarikat, Belgium, Algeria dan Rusia.

Pastinya tuan rumah, Brazil mempunyai kelebihan bermain di halaman sendiri dengan samba mereka, skil pemainnya yang tinggi, kelincahan mengawal dan penghantaran bola yang tepat menjadi senjata utama mereka.

Semoga Piala dunia di Brazil 2014 akan menjanjikan aksi-aksi yang menarik, pantas, penuh berhibur, taktikal yang hebat, tendangan yang padu dan memukau.

Siaran Langsung Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014

 

NOTA: L-Siaran Langsung, R-Rakaman

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Piala Dunia 2014 Temasya Sukan Paling Dinanti"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top