sensasi2020

Selamat Tahun Baru 2014 | sensasi2020 Selamat Tahun Baru 2014 - sensasi2020

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum...
Salam sejahtera........


Tahun Baru, cita-cita, azam, matlamat, usaha, kejayaan, target
Selamat Tahun Baru 2014

Selamat datang tahun baru 2014, selamat tinggal 2013. Begitu cepat masa berlalu. Pejam-celik sudah masuk tahun 2014. Banyak peristiwa berlaku sepanjang tahun 2013, baik di dunia mahupun di negara kita Malaysia. Namun apa pengajaran yang kita perolehi sepanjang tahun. 

Sempena dengan tahun baru ini, saya mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2014", semoga tahun 2014 menjadikan tahun yang paling bermakna dalam hidup anda. Walaupun banyak akan berlaku sepanjang tahun 2014 nanti.

Tahun baru, azam baru, matlamat, usaha berterusan, target
Azam Tahun Baru



Apakah Azam Anda?


Apakah azam kita dah tertunai? Apakah target yang telah kita inginkan di awal tahun 2013 yang lepas? Apakah matlamat kita sebagai seorang blogger ketika mula-mula menjadi penulis blog sudah berjaya? Banyak sebenarnya yang telah kita impikan, namun adakah semua itu berjaya.

Bagi saya sendiri, banyak perkara yang belum diperolehi. Banyak perkara yang menjadi halangan, sepanjang tahun lepas. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. 

 

Apakah Usaha Kita Terlaksana?

Walaupun segala usaha telah dilakukan, hasilnya secebis cuma, tapi bukan alasan untuk kita tidak meneruskan usaha kita. Berusaha.. berusaha...berusaha lagi dan lagi sehingga berjaya. Usaha adalah tangga kejayaan. Oleh itu jangan mudah berputus asa, mahu kejayaan perlukan usaha berterusan, pengorbanan yang jitu, penilaian yang teliti, kajiselidik yang tidak mengenal erti jemu.

Perlukan Azam Baru?

Semoga tahun baru 2014 rakan-rakan sekalian....mendapat kejayaan, keberkatan, kerahmatan, kemuliaan, kesejahteraan sepanjang kehidupan. Jika ada azam baru teruskan azam anda. Tidak salah kita menetapkan azam baru, supaya segala kehidupan kita sepanjang tahun mempunyai matlamat yang jelas.

Pastinya tahun hadapan, banyak kemungkinan perkara-perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Kita sudah sekian maklum, barangan keperluan naik, minyak naik, tol naik dan pasti ada banyak lagi yang kita jangkakan akan naik. Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi?

Akhir kata, kemaafan dipinta, jika di sepanjang tahun lepas ada kesilipan dan kesalahan yang saya lakukan terhadap rakan-rakan semua dangan sengaja atau pun tidak sengaja di sepanjang persahabatn kita melalui komen, chatting ataupum mesej.

Jumpa Semua Kita Di Tahun Baru 2014.

Tag : SENSASI2020
0 Komentar untuk "Selamat Tahun Baru 2014"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top