sensasi2020

Contest Hebat Bersama Yeo's Pilihanku Dan Keluarga | sensasi2020 Contest Hebat Bersama Yeo's Pilihanku Dan Keluarga - sensasi2020

Contest Hebat Bersama Yeo's Pilihanku Dan Keluarga

Assalamualaikum...
Salam sejahtera........


Yeo's - The Natural Choice

produk yeo's, pengeluaran yeo's, barangan yeo's
Logo Yeo's
"YEO’S has grown up with generations of Singaporeans".
"Join us in building this company's rich heritage".

 "Yeo's Pilihanku..... Dulu, Kini Dan Selamanya"

Siapa tidak kenal dengan "Yeo's - Pilihan Semulajadi". Slogan yang menjadi "Yeo's Pilihanku....Dulu, Kini Dan Selamanya Untuk Seisi Keluarga". Produk yang berasaskan makanan dan minuman yang disukai dan digemari ramai. Pilihan kegemaran generasi berpuluh tahun dahulu sehinggalah sekarang. Ia juga menjadi pilihan ramai di Malaysia, Singapura dan seluruh dunia sebagai makanan dan minuman yang berkhasiat, bersih dan berkualiti tinggi.

Sebelum kita pergi ke infomasi yang lebih lanjut tentang jenama Yeo's ini, apa kata kita ketahui serba sedikit tentang kisah di sebalik penjenamaan mereka.

yeos-minicontest-300x250

Apa itu Yeo's?

Yeo's adalah syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan makanan dan minuman terkenal di seluruh dunia. Jenama yang diikhtiraf di dunia sebagai produk yang berkhasiat dan bermutu tinggi. Penghasilan dan pelabelan yang disahkan oleh dunia dan dapat sijil halal daripada JAKIM.


bangunan lama, bangunan usang, bangunan klasik, peningalan sejarah Yeo's
Sumber: Google - Kilang Lama Yeo's Di China

Pengasas Yeo's

Nama syarikat ini berasal dari negara China dan pemilik asal adalah Yeo Keng Lian. Dia berasal dari wilayah Fujian,China yang pada waktu itu kilangnya berada di sana.


Keluarga Yeo Hiap Seng

Kisah Di Sebalik Yeo's

Syarikat itu mempunyai sejarah yang tersendiri bertarikh pada tahun 1900. Diasaskan oleh Yeo Keng Lian, berasal dari Fujian, China, Keluarga beliau mula berhijrah ke Singapura pada tahun 1935 dan menubuhkan sebuah Kilang Sos Yeo Hiap Seng.

Syarikat ini ditubuhkan di Singapura pada 20 Disember 1955 dan telah disenaraikan pada 7 November 1968 dan dinamakan semula kepada nama Yeo's seperti sekarang ini.

Pada tahun 1950-an syarikat ini mengeluarkan produk kari ayam, merintis pembotolan susu soya dan pakej minuman Asia dalam bekas "Tetra Brik Aseptik" menggunakan sistem pemprosesan suhu ultra-tinggi.

Dengan lebih daripada seratus tahun sejarah warisan yang termasyur, YEO'S telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama seisi rumah yang digemari bukan sahaja di Malaysia, Singapura tetapi juga di banyak negara di seluruh dunia.





Produk Yeo's Sememangnya Terbaik

Memandangkan popularitinya semakin meningkat, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad berkembang menjadi produk makanan dan minuman yang pelbagai di bawah jenama YEO'S. Tradisional susu kacang soya, kegemaran dalam kalangan penduduk tempatan telah diterima dengan baik dan seterusnya syarikat itu berkembang pesat untuk menghasilkan pelbagai minuman untuk pasaran Asia yang lain seperti Teh Chrysanthemum yang mendapat sambutan yang mengalakkan.

Beberapa tahun kemudian, syarikat itu juga memperluaskan pelbagai makanan kepada sos cili, sos masakan, minyak bijan dan mee segera.

 Yeo's Pilihanku  Sekeluarga




Ada pelbagai jenis produk Yeo's di pasaran. Banyak yang berasaskan minuman dan makanan segera. Baik dibungkus menggunakan tin, kotak dan PET Aseptik. Di antara jenis yang selalu kita dapati di kedai-kedai, pasaraya-pasaraya, gerai-gerai atau di mana saja. Semuanya boleh didapati dengan mudah. 

Ianya adalah minuman seperti Susu Kacang Soya, Yogurt, Chrysanthemum Tea, Winter Melon Tea, Sugarcane Drink, Lemon Barley Drink, Lychee Drink, Longan, Red Date Drink, Bandung Rose Syrup Milk Drink dan banyak lagi. 

Sementara itu untuk makanan pula adalah seperti dalam tin iaitu Meat, Seafood, Vegetable, Kaya dan dalam botol plastik juga boleh didapati seperti Soya Sauce, Taucu, Vineger, Tom Nam Soya Sauce dan sebagainya.

Di Antara Barangan Yang Menjadi Pilihanku Sekeluarga

1 - Yeo's Soya 

Soya

Tidak dapat dinafikan lagi nama Yeo's memang sinonim dengan masyarakat kita. Boleh dikatakan ia menjadi pilihanku sejak zaman kanak-kanak hinggalah sekarang. Minuman yang paling digemari adalah Soy Bean Milk,  Khasiat yang terkandung di dalamnya sememangnya banyak:
  • Rasa kebaikan minuman soya kaya dengan susu kacang soya yang berkualiti tinggi.
  • Diperbuat daripada 100% Tidak GMO ( Organisma Bukan Genetically Modified ) Kacang   Soya Kanada.
  • Rendah Lemak, Tanpa Pengawet, Tiada Pewarna dan Tanpa Kolesterol.
  • Terdapat dalam TB 1L, 250ml TB dan CD 300ml.
Untuk lebih menyelerakan adalah campuran "Soya Bean Drink dengan Cincau Drink" yang telah disejukkan. Cukup menyelerakan jika diminum ketika berbuka puasa bersama keluarga. Ia dapat menghilangkan rasa kekeringan tekak setelah sepanjang hari kita berpuasa.


2 - Yogurt 

perisa asli, perisa anggur, perisa oren
Yogurt
 
Minuman yogurt memang baik untuk kesihatan diri dan keluarga. Ia menjadi pilihanku untuk mengekalkan kesihatan diri agar sentiasa sihat, segar, slim dan berterampilan dengan ceria.

Dengan adanya minuman yogart, ia memberi kemudahan kepada kita untuk diminum tanpa perlu dibancuh di dalam gelas atau cawan. Ada tiga perisa yang ada iaitu perisa asli, perisa anggur dan perisa oren. Kiranya memerlukan kita hirup menggunakan straw (penyedup) yang telah disediakan.
Kita sibuk sepanjang hari! Kita berhak menikmatan khasiat yang lebih baik untuk perut dan sistem pencernaan. Itulah sebabnya anda perlu mendapatkan Yeo's Minuman Yogurt. Dapat menikmati kebaikan yang sejati, sedap dengan kadar segera, di mana sahaja anda berada. Khasiat yang terkandung adalah:
  • Sumber protein yang sejati.
  • Baik untuk kesihatan sistem pencernaan.
  • Diet yang sihat dan sempurna.

    3 - Noodles 

    Perisa kari, assam laksa, asli, ayam cendawan, goreng, soto ayam
    Noodles

    Pada zaman sekarang ini kita kesuntukan masa dan kita kadang-kadang tidak ada waktu untuk memasak. Jadi sebagai alternatif kita memerlukan makanan segera. Maka produk Yeo's adalah pilihanku dan keluarga. Ianya mudah, cepat, lazat dan menyelerakan. Antara noodles yang boleh didapati adalah Cintan Noodles, Grab Mi, Non-Fried Noodles. Apa keistimewaan yang ada pada noodles ini?
    • Mi Segera pertama diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1969
    • Sumber protein terbaik - mi yang dibuat daripada tepung yang berkualiti & bahan-bahan terpilih.
    • Mi berkualiti tinggi & kenyal
    • Perisa semulajadi seperti Kari, Asli, Cendawan, Ayam, Assam Laksa, Tom Yam, Soto Ayam, Vegetarian, Vegetarian Curry, Goreng Pedas dan Goreng Ala Indonesia.

    4 - Sauce

    sos soya, soya sauce, perisa soya, perasa soya
    Soya Sauce/kicap Soya

    Memasak di rumah adalah memerlukan bahan-bahan perisa yang memberi rasa yang lebih enak dan menyelerakan. Sudah tentu bahan masakan yang terbaik dan berkualiti diperlukan. Ini menjadi pilihanku sekeluarga untuk mencari sauce/kicap sebagai bahan penyelera masakan dan makanan untuk hidangan kami.

    Yeo's adalah produk yang boleh kita gunakan. Harganya yang murah, senang didapati dan bahan-bahannya berkuali dan sejati serta semulajadi dengan mementingkan kebersihan, ketelitian dan diproses dengan teknologi terkini. Antara sauce yang boleh didapati adalah Soya Sauce, Taucu, Vineger, Tom Nam Soya Sauce dan Others Soya Sauce. Kelebihan bahan-bahan terpilih yang didapati pada sauce adalah:

    Dark Soya Sos Yeo Dan Light Soya Sauce Yeo

    • Bahan Semulajadi.
    • Menggunakan resipi tradisional, lebih 100 tahun (Ditubuhkan pada tahun 1900).
    • Diperbuat daripada kacang soya yang terpilih dan berkualiti dari Kanada bukan GMO.
    • Tiada MSG ditambah.

    Soya Sos Yeo Adalah Sesuai Untuk:

    • Kacau-kentang goreng.
    • Marinades.
    • Harga rendah
    • Sos perasa

    5 - Seri Kaya


    Yeo's Seri Kaya

    Kanak-kanak sangat mengemarinya dengan rasanya yang enak, manis, lemak, lembut, tidak hanyir dan baunya yang wangi dengan campuran telur dan kelapa. Jika anak saya mahu pergi ke sekolah akan dibekalkan roti sandwich dan disapu dengan Seri Kaya  jenama Yeo's.

    Pada malamnya pula, mereka akan meminta pula roti sandwich disapu Yeo's Seri Kaya. Jika pada waktu malam sajian nasi tidak dihidangkan sudah pastinya kami akan menikmati seri kaya yang enak.

    Sukar untuk ditukar ganti dengan jenama lain, kalau mengikut citarasanya itu. Seandainya ada di antara kita belum merasainya, jom cuba rasailah akan kelebihan citarasanya, "Belum dicuba belum tahu rasa keenakkannya".
    • Rasanya yang lazat dan teksturnya yang lembut.
    • Tiada bahan pengawet dan tiada penambahan MSG.
    • Boleh didapati dalam kandungan 170g, 300g, 480g & 480g.
    • Harganya yang murah dan boleh dibeli oleh semua masyarakat.

    Apakah Kelebihan Yeo's Sehingga Menjadi Pilihanku Sekeluarga?


    Kaya, isotea, curry chicken, meat, sotong
    Pelbagai jenis produk Yeo's di Pasaran

    Kehebatan Produk Yeo's

    Produk yang dihasilkan berkualiti, berteknologi tinggi hasil dari pengeluaran dari kilang, bahan-bahannya semulajadi, asli, segar, dijamin bersih, halal oleh JAKIM, sedap, menyelerakan, mudah didapati di pasaran, senang digunakan, cepat untuk disediakan dan harga berpatutan.

    Program Yeo's Untuk Masyarakat

    Contest


    LOL With Yeo's Funderful Video Contest


    Sumber: Youtube

    Yeo's sering saya mengadakan contest untuk masyarakat dan pengguna seperti yang telah lalu dengan tajaan Yeo's Malaysia. Pada tahun lepas mereka telah membuat satu contest besar-besaran dengan hadiah yang amat lumayan iaitu "LOL With Yeo's Funderful Video Contest". Hadiah yang ditawarkan amat lumayan iaitu:
    • 1st Prize RM20,000 & Yeo's Produk.
    • 2nd Prize RM5,000 & Yeo's Produk.
    • 3rd Prize RM3,000 & Yeo's Produk.
    • Saguhati RM1,000 X 7 & Yeo's Produk.

      SBB 2014 Tajaan Bersama Yeo's


      Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014


      Sedang hangat diperkatakan di laman sosial/blog tentang SBB2014 anjuran Denaihati Network dan penaja utama syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad. Jom ramai-ramai kita mendaftar kerana tempat adalah terhad. Banyak hadiah misteri dan cabuatan bertuah menanti anda!

      Jangan lupa follow sosial media Yeo’s Malaysia sebagai tanda terima kasih menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.

      Program Jom Baca! Bersama Didik Dan Yeo's

      Program anjuran sisipan Didik terbitan Berita Harian dengan kerjasama pengeluar makanan dan minuman terkemuka Malaysia, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) itu berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payong, SK Padang Midin dan SK Pusat, Cabang Tiga di Terengganu.

      Program Jom Baca! Bersama Didik dan Yeo's, di Terengganu telah menarik penyertaan 1,500 murid daripada tiga sekolah tersebut.

      Program itu yang mendapat tajaan bersama Yeo's itu, antara lain bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan gaya hidup sihat dan menjaga usus dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah.

      Minuman Yeo's Menggunakan Teknologi Terkini

      Membawa slogan "Pilihan Semulajadi" menjadikan penjenamaan Yeo's semakin dikenali ramai di seluruh dunia. Penelitian dalam memilih sumber yang asli, segar dan semulajadi untuk jenama minuman terkenal Yeo's mencatat rekod sebagai syarikat pertama di negara ini yang mengeluarkan minuman dengan teknologi PET Minuman Isikan Sejuk Aseptik.

      Teknologi terkini membabitkan pemprosesan minuman dalam suhu bilik dan persekitaran yang telah disteril agar mengekalkan  keaslian, kesegaran dan khasiat serta bebas daripada bahan pengawet tambahan. Ini adalah bermatlamat agar memenuhi kehendak dan keperluan pengguna yang semakin peka terhadap gaya hidup yang sihat dan semulajadi.

      Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang "Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014", sila klik banner di bawah untuk mendaftar sekarang.


      Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014


      Hadiah Yang Ditawarkan Untuk Contest ini

      Di antara hadiah yang ditawarkan oleh Yeo’s Malaysia terhadap contest hebat ini.
        • Hadiah tempat pertama: Samsung Note 3, 3 cartons Yeo’s PET product dan artikel dimasukkan dalam buku Denaihati kategori Gaya Hidup Sihat.
          • Hadiah tempat kedua: iPad Mini & 3 cartons Yeo’s PET product
            • Hadiah tempat ketiga: Lenovo A850 Black & 3 cartons Yeo’s PET product

              Kesimpulannya

              YEO'S secara meluas diiktiraf sebagai satu daripada peneraju minuman utama dengan rangkaian pengedaran yang meluas dan tiada tandingannya dengan kepakaran dalam jualan dan pemasaran. Ia telah secara eksklusif dilantik untuk menguruskan beberapa jenama minuman yang paling terkenal di dunia. Saya dan keluarga saya menjadikan "Yeo's Pilihanku" bersama keluarga.

              Untuk maklumat berkaitan Yeo's dan pejabat urusan bolehlah hubungi alamat di bawah.

              NOTA: Saya dengan rasa penuh hormat dan kemuliaan mengharap agar rakan-rakan atau pengunjung sudi KLIK dan SHARE di Facebook dan di Google +, Instagram dan Twitter,  di sini saya ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga. Semoga berjaya buat semua peserta contest ini.

              Pejabat Tempatan

              YHS (Singapore) Pte Ltd
              3 Senoko Way, Singapore 758057
              Tel: +65 6752 2122  
              Fax: +65 6756 5625
              Email: enquiries@yeos.com
              Website: www.yeos.com.sg

              Malaysia

              Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad
              No. 7, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya
              Selangor Darul Ehsan, Malaysia
              Tel: +603 7787 3888
              Fax: +603 7781 3509
              Contact: Yap Ng Seng, Managing Director & Chief Executive Officer
              Email: ngsengyap@yeos.com

              Tag : CONTEST
              0 Komentar untuk "Contest Hebat Bersama Yeo's Pilihanku Dan Keluarga"

              Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

              Saya balas kunjungan anda nanti.

              Sekian......

              Back To Top