Pesawat MAS MH370 Hilang

Assalamualaikum...
Salam sejahtera........


pesawat MAS, MH370, Dilapotkan hilang, terputus radar perhubungan
Pesawat MAS MH370 Dilaporkan Hilang

Pesawat MAS MH370 hilang dan terputus hubungan radar di perairan Vietnam pada pukul 2.40 pagi. Sepatutnya pesawat ini tiba di Beijing, China pada pukul 6.30 pagi semalam. Sehingga kini usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. Semua pihak berkuasa di dalam negara dan negara terlibat sudi memberi bantuan iaitu Malaysia, Vietnam, Singapura, China, Filipina, Amereka Syarikat dan boleh dikatakan seluruh dunia.

Sejarah penerbangan Malaysia pada abad ke-21 mencatatkan rekod terburuk apabila sebuah pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) gagal dikesan sehingga kini.


Usaha menyelamat, misi menyelamat, misi mencari, MH370 sedang dicari, mengesan kehilangan MH370
Misi Mencari Dan Menyelamat Diteruskan

Pesawat MAS MH370 hilang adalah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) antara tercanggih di dunia, sudah pastinya ini menjadi misteri akan kehilangannya. Usaha mencari bangkai pesawat belum ditemui, kesan dan tanda-tanda kehilangan belum berjaya dekesan. Pelbagai teori berikutan kehilangan MH370 ini, kemungkinan sabotaj atau khianat oleh pihak penganas ke atas pesawat MH370 yang canggih dan mewah itu.


Kedudukan Di Mana Pesawat MH370 Dilapotkn Hilang

Ketika kejadian cuaca agak baik, angin bertiup dalam keadaan normal. Kali terakhir pesawat ini dikesan iaitu di 120 batu nautika di timur Kota Bharu di perairan Laut China Selatan, kedudukan longtitut 0.65515 utara dan latitut 1033443  timur. Tiada tanda kecemasan daripada pesawat 777-200 dengan 239 orang dalam pesawat tersebut.

Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan penyelamat terdiri daripada 15 pesawat TUDM dan Maritim Malaysia digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat antaranya Charlie CI30, CN 235, EC 725 , helikopter Augusta dan sembilan kapal serta Maritim Malaysia.

Untuk keterangan dan pengesahan serta maklumat terkini berkaitan pesawat MH370 yang hilang, boleh hubungi di:

Bilik Gerakan MAS: 03-7884123
Bilik Gerakan Imigresen: 03-88801555

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Pesawat MAS MH370 Hilang"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top