DiGi WWWOW Award - Jom Pakat Undi Saya

Assalamualaikum...
Salam sejahtera.......

DiGi WWWOW Awards - Jom Pakat Undi Saya. Pertandingan ini sudah bermula pada 1 April 2014 hingga 31 Mei 2014. Anda juga layak untuk menyertainya jika berminat. Boleh layari di website: http://www.wwwow.my/. Slogan mereka adalah "DiGi WWWOW Internet For All Awards".


DiGi WWWOW Awards - Jom Pakat Undi Saya
DiGi WWWOW Awards 2014


Ia merupakan satu flatform untuk menunjukkan bakat, kreativiti, persembahan, kebolehan anda bagi mendapatkan pengiktirafan atau award. Kalau pun tidak menang, setidak-tidaknya dapat menghasilkan penjenamaan tentang bisnes anda, hasil karya anda atau komuniti yang anda lakukan terhadap masyarakat, alam sekitar atau apa-apa saja. 

DiGi WWWOW Awards 2014

Ini merupakan penyertaan saya yang kedua, pertama kali sertai DiGi WWWOW Awards 2013 pada tahun lepas. Ketika itu saya terpilih diantara 50 penyertaan yang terbaik dalam kategori Breakthrough Youtube Star. Walaupun tak menang anugerah/award, setidak-tidaknya kita dapat mempersembahkan hasil ciptaaan kita kepada masyarakat untuk dipertontonkan dan dikenali ramai.

Undian Bermula

Pada tahun ini saya menyertai kategori "Karya Digital". Dalam pertandingan ini hanya ada tiga kategori yang dipertandingkan iaitu E-Niaga/Commerce, Karya Digital/Content dan Komuniti/Community.

Cara Untuk Mengundi

Jom pakat undi saya... Klik di bawah untuk VOTE:

DiGi WWWOW 2014
KLIK Banner Ini Untuk VOTE Saya

- Untuk pendaftaran klik LINK ini.
- Untuk mendaftar boleh gunakan Facebook, Twitter atau Google.
- Untuk mengundi (VOTE) saya, boleh klik LINK ini.
- Untuk lebih jelas boleh cari Kamil Bin Salleh/Content.


Apakah Kreatiria Perlu Ada Untuk Setiap Kategori?

E-Niaga/Commerce


E-Niaga

Karya Digital/Content


Karya Digital

Komuniti/Community


Komuniti

Hadiah Yang Menjadi Rebutan 

Hadiahnya amat lumayan jika anda terpilih sebagai pemenang di setiap kategori. Sesiapa saja layak, asalkan memenuhi syarat-syarat dan kretiria yang mereka mahukan.

Hadiah Kategori Commerce/E-Niaga




Hadiah Kategori Content/Karya Digital




Hadiah Kategori Community/Komuniti



Kenapa anda semua perlu memilih saya untuk menang award ini. Jom pakat baca apa yang akan saya utarakan di sini.....?

  • Pertama sekali anugerah WWWOW DiGi perlu dimenang. Ini akan memberi gambaran sebenar bahawa anugerah yang diperolehi bukan nasib semata-mata tetapi melalui usaha, tenaga, perahan idea sendiri untuk menghasilkan hasil seni kreatif yang baru, terkini dan digemari ramai. Pihak WWWOW boleh menilai sendiri apakah kreatiria yang ada dan selayaknya, patutkah anugerah ini diberi kepada saya?
  • Saya tidak mengharap satu keajaiban untuk memenangi anugerah WWWOW ini, tetapi tidak salah untuk cuba mendapatkannya dengan cara terhormat, yakni bersaing sesama peserta lain dengan cuba membuat persembahan yang paling terbaik agar apa yang dimenangi adalah sememangnya layak berdasarkan seni hasil kreativiti sendiri, bukannya ditiru atau diciplak.
  • Menghasilkan hasil seni kreatif ciptaan kita dengan merakamkan video/foto babak pertama hingga ke akhir dengan cara yang paling mudah dan sempurna agar orang ramai boleh melihat  secara langsung. Rakaman ini boleh dimuatnaik di laman facebook, youtube, twitter, Instagram, Keek dan sebagainya. 

Akhir kata, saya menyeru semua rakan-rakan dan semua pembaca setia, pembaca baru atau sesiapa saja yang tahu tentang pertandingan ini, bolehlah sama-sama pakat undi saya. Hanya kerjasama anda, dorongan dan galakan serta pengundian anda saja membolehkan saya meneruskan perjuangan ini.

Insya Allah... apa yang saya harapkan dan doakan anda semua berjaya di dunia dan akhirat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "DiGi WWWOW Award - Jom Pakat Undi Saya"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top