Asyik-Asyik SEO....

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..........

Asyik-Asyik SEO, apa pentingnya SEO di mata Google? Tidak boleh ke kita abaikan SEO? Pening memikirkan perkataan berkaitan SEO ini, dahlah tidak tahu maknanya ditambah pula sering berubah-ubah penilaian dan peraturan yang ditetapkan oleh mereka.


Berada di page 1, di kedudukkan tempat pertama, no 1, top 1, top star.
SEO

Asyik-Asyik SEO?

Apa itu SEO sebenarnya? Rasanya ramai yang sudah tahu apa itu SEO (Search Engine Optimization)? Kalau tidak tahu juga boleh baca artikel SEO ini. Anda akan lebih memahaminya bila membacanya. Banyak perkongsian ilmu yang ada di dalam artikel itu. Walau bagaimanapun banyak yang sudah berubah tentang teknik-teknik yang perlu kita ketahui. Ini semua memerlukan lebih banyak kajian secara terperinci. Ramai yang berusaha menggunakan keyword seperti "Pakar SEO Malaysia", "Teknik SEO", "Tip SEO", "Top SEO" dan sebagainya untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik.


Bagaimana Jika Kita Abaikan SEO

Bagi yang mereka tidak mahu menumpukan perhatian kepada SEO dibolehkan tapi dengan syarat, mereka perlu rajin membuat artikel di blog mereka setiap hari. Buat banyak artikel/entri setiap hari. Kalau boleh 2-5 artikel untuk satu hari. Mampu atau tidak, ia mesti dilakukan, jika tidak anda perlu mengambil tahu apa itu SEO? Teknik SEO semakin berjaya tak aku ni?

Ini bagi mendapatkan pengiktirafan daripada Google, bahawasanya blog kita aktif dan mempunyai arah tuju yang sebenar. Membuat artikel yang berkualiti dengan idea dan keyword tertentu yang tidak copy dan paste artikel/entri orang lain. Jika anda selalu menggunakan cara copy dan pasti, anda sendiri perlu bertanggung- jawab jika apa-apa yang berlaku kepada blog anda."Berani Buat Berani Tanggung". Kalau saya sudah pasti tidak mahu perkara ini berlaku kepada blog/entri kita.


Search Engine Result Page And Search Engine Optimization
SERP 

Apa Bezanya SEO Dengan SERP?

SEO (Search Engine Optimization) ini adalah kaedah dan teknik untuk meletakkan artikel/entri yang terkandung di dalam blog agar mendapat tempat pada di SERP (Search Engine Results Page). Manakala SERP adalah hasil carian pengguna internet pada enjin carian. Sekiranya blog anda mesra SEO, kemungkinan untuk berada di muka depan SERP adalah tinggi.

Ramai yang masih keliru dengan istilah kedua-dua perkataan ini. Namun begitu kedua-duanya amat penting untuk melihat kedudukan entri kita di mana ianya berada? Yalah... siapa tidak mahu entri kita cepat diindex oleh Google atau setidak-tidaknya berada di page 1, kalau di tangga teratas lagi bagus dan ini memberi satu kelebihan kepada nama blog kita.

Semoga sedikit sebanyak memberi gambaran tentang perbezaan ini. Kekeliruan membuat diri kita semakin bercelaru. Lebih keliru jika asyik-asyik SEO. Contest SEO pun susah juga nak menang ya? Mula-mula hantar penyertaan berada di page 2 dan mula ke laut lama-kelamaan dipintas peserta lain, kena ya?


Cara Nak Tahu Kedudukan Entri Di SERP

Bila SEO sudah semakin difahami, SERP sudah semakin jelas, entri yang dihasilkan sudah disiarkan di blog, sekarang ini sudah pastinya kita ingin mengetahui kedudukan entri kita di SERP dengan keyword tertentu. Jika anda ingin tahu dengan lebih cepat, bolehlah mencuba dengan cara yang saya sarankan. Boleh rujuk halaman ini untuk kepastian.

Ia banyak memberi kemudahan dengan memberi keputusan yang cepat dan tepat. Adakah ia berada di page 1 atau di mana saja. Jika keputusan tidak keluar, ini bermakna entri kita tidak mesra SEO dan sangat jauh lagi untuk berada di kedudukan terbaik. Dengan keputusan ini, bolehlah cuba belajar daripada yang pakar, bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Ini menampakkan SEO dan SERP saling berhubung kait secara langsung dan tidak langsung.

Akhir kata, semoga sedikit sebanyak dapat memberi anda info yang berguna tentang Asyik-Asyik SEO. Kita sebagai manusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Oleh itu jika anda rasa ia memberi manfaat kepada orang lain, bolehlah kongsi entri ini kepada orang lain atau setidak-tidaknya memberi anda semakin jelas apa yang terkeliru selama ini.

Jika ada apa saja pandangan dan saranan bolehlah memberi tindak-balas dengan memberi komen di bawah untuk kita saling berkongsi ilmu untuk tatapan semua pembaca.

"Apa yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan". Semoga ia memberi banyak info kepada pembaca lain. Semoga bersua kembali....

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Asyik-Asyik SEO...."

Boleh SEO jangan sampai hilang tulisan yang natural.

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top