Piala Dunia 2014: Penyu Big Head Ramal Brazil Menang Lawan Crotia

Assalamualaikum...
Salam sejahtera..........

Penyu Big Head Ramal Brazil Menang Lawan Crotia. Seekor penyu jantan yang bernama "Big Head" (Kepala Besar) telah meramalkan Brazil akan menang mengatasi Crotia pada hari pembukaan perlawanan. 

                                  


Boleh dikatakan bukan setakat manusia saja yang meramalkan siapa menang atau juara Piala Dunia, haiwan atau binatang juga dijadikan simbol untuk meramalkan siapa juara Piala Dunia 2014 kali ini.

Pada tahun 2010 di Piala Dunia Afrika Selatan, Si Paul iaitu seekor sotong besar  telah meramalkan Sepanyol bergelar juara Piala Dunia 2010. Ternyata ramalan Sang Sotong itu tepat. Walaupun ia sekadar kebetulan. Bukan setakat juara, 11 perlawanan penting pada tahun 2010 di Afrika Selatan, semua ramalannya tepat.

                               


Namun bagi pengamal dan pemuja, mereka akan melakukan apa saja untuk cuba perkara-perkara yang diluar daripada kebiasaan bagi mencapai tujuan tertentu seperti perjudian.

Ketika acara pelepasan "Big Head" ke kolam, mereka talah menyediakan umpan ikan dalam tiga sangkar. Sangkar pertama di sebelah kiri untuk Brazil, di tengah untuk keputusan seri dan di sebelah kanan untuk Crotia. Sang penyu jantan ini telah memilih sangkar kiri, yakni negara Brazil yang dimasuki dan memakannya.

Bagi kita sebagai seorang Islam, adalah haram mempercayainya. Ia adalah khurafat. Saya sebagai seorang Islam sudah tentu tidak mempercayainya tetapi sekadar menyiarkan artikel setelah menyaksikan berita jam 8 malam di TV3 sebentar tadi. 

Semoga pembaca sekian tidak terpengaruh dengan ramalan ini. Ia hanyalah sekadar untuk memeriahkan suasana Piala Dunia untuk kali ini. Ia berlangsung empat tahun sekali. Kita dapat saksikan perlawanan yang hebat setiap negara yang bertanding dan pemain bintang-bintang dunia beraksi.

Siapakah yang bergelar juara Piala Dunia 2014, nantikan finalnya pada 14 Julai 2014.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Piala Dunia 2014: Penyu Big Head Ramal Brazil Menang Lawan Crotia"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top