Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik



Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik. Sekali lagi Denaihati telah mengadakan contest "Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014" untuk pembaca setia mereka di Facebook dan blog. Contest ini juga ditaja oleh asamboi.my iaitu sebuah portal berita masam lagi mengancam. Ia memberi peluang kepada pembaca setia Team Denaihati mendapatkan "Duit Raya" pada tahun ini. Sepanjang tahun Denaihati sentiasa memberi ganjaran bonus raya apabila tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Di sini saya akan reviewkan tiga entri Denaihati yang terbaik mengikut pandangan saya sepanjang mengenali blog denaihati.com mahupun Denaihati Network di Facebook.

1. Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014


 P/S: Jom Klik Banner ini untuk sama-sama menyertainya contest anjuran Denaihati.


Contest ini terbahagi kepada tiga bahagian. Ini memberi banyak pemilihan kepada peserta untuk merebut hadiah yang cukup lumayan sempena "Aidilfitri" yang akan menjelang tidak lama lagi. Pemberian bonus duit raya Aidilfitri untuk pembaca setia blog Denaihati.

1. Cabaran Penulis Komen Mingguan Terbanyak

Contoh Rangking Penulis Komen Terbanyak

Hadiah yang ditawarkan setiap minggu sebanyak RM100 untuk 7 peserta yang dapat top 7 komen terbanyak. Cukup lumayan untuk anda menangi bagi menbuat perbelanjaan di hari raya Aidilfitri nanti. Mampukah anda untuk bersaing dengan mereka yang semenangnya adalah pembaca setia Denaihati? Tepuk Dada Tanya Selera!

2. Cabaran Bonus Duit Raya

Memberi trafik terbanyak kepada blog Denaihati dari sekarang hingga 11/7/2014 iaitu pada jam 11.59 pm. Contoh trafik yang dapat boleh lihat di bawah ini.

Contoh Trafik Blog Dari Rakan-Rakan Blog Untuk Blog Denaihati


3. Menulis Review Entri Denaihati Terbaik

Setiap review terbaik dan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mendapat bonus duit raya sebanyak RM100. Ia terbuka untuk semua pembaca blog Denaihati. Review ini mestilah melebihi 400 patah perkataan, ada tiga gambar berkaitan dan backlink kepada penaja asamboi.my.

 Blog asamboi.my


Kesimpulannya:

Memberi peluang kepada pembaca tegar blog Denaihatiuntuk mendapatkan Duit Raya sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terima kasih Tuan Amir (Denaihati) sudi membuat satu contest yang menarik minat rakan-rakan untuk menyertainya.



2. Aplikasi Android Dan iOS Terbaru Denaihati


Untuk memantapkan blog Denaihati sebagai salah satu "Blog Paling Popular Di Malaysia", Denaihati telah menghasilkan satu aplikasi untuk pembaca setia atau team Denaihati bagi memudahkan pembaca untuk melayari internet di smartphone masing-masing. Aplikasi ini telah mula dihasilkan pada April 2014 dan telah diperbaharui pada tahun 2014.

Aplikasi Android Dan iOS Untuk Pembaca Setia Denaihati

Paparan background warna hijau muda amat menarik kepada pengguna untuk mengetahui isu semasa atau info terkini daripada blog Denaihati.  Ia boleh digunakan di mana saja anda berada. Bagi pengguna Android, pengguna boleh download melalui "Google Play" sementara pengguna Apple, mereka boleh download di "Apple Store"

Ia diolah oleh pakar aplikasi yang tidak asing lagi kepada blog Denaihati iaitu saudara Mohd Hadihaizil Din. Aplikasi yang terbaik pernah dihasilkan oleh denaihati selain "Waktu Solat" yang mendapat memberi kelebihan dan kebaikan kepada pengguna di seluruh dunia untuk mengetahui waktu solat di mana saja anda berada.

Description

Denaihati.com was established since 2008. We have won awards such as Best Of The Best Blog of the Year 2012 and Most Creative Blog 2013. Over the years, we have gather lots of people under our network. Currently we have almost 600 thousands followers in various social media platforms such as Facebook, twitter, instagram, keek and much more.
  • Free
  • Category: Lifestyle
  • Released: 17 December 2013
  • Version: 1.5.8.140
  • Size: 23.9 MB
  • Language: English
  • Developer: Mohd Hadihaizi Din

Kesimpulannya:
Dapat memberi kemudahan kepada pengguna internet atau smartphone  pembaca setia blog Denaihati untuk mendapatkan berita mutakhir dan terkini. Aplikasi untuk Android dan iOS untuk pengguna Apple amat menarik dan terbaik untuk mereka pasangkan di smartphone masing-masing.

3. Kenangan Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014


Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014 yang telah diadakan pada 8 Mac 2014 telah menarik ramai Team Denaihati Network. Saya juga terpilih sebagai peserta di majlis ini dalam kalangan 350 peserta. Ia telah diadakan di tempat yang cukup strategik iaitu di Saloma Bistro & Theater Rastaurant, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali ke-3 sepetang bersama blogger diadakan. Tahun depan jika diadakan lagi pasti saya akan hadirkan diri. Terima kasih Denaihati dan semua yang terlibat dalam menjayakan "Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014".


Blogger, team denaihati network
Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014

Majlis ini memberi kenangan yang cukup indah dan menarik sepanjang menjadi penulis blog sampingan. Ramai yang terkilan tidak dapat menyertainya. Boleh dikatakan saya adalah salah seorang peserta yang bertuah walaupun tidak dapat membawa pulang cabutan bertuah yang amat berbaloi jika memperolehinya.

Di sana tempat berkumpulnya blogger-blogger popular dan hebat yang sebelum ini hanya mengenali melalui internet. Bukan saya dapat berjumpa, malahan dapat mengenali dan menjalinkan network sesama blogger. Ikatan persaudaraan dan ukhuwah dapat dijalinkan sesama blogger dan menjadi platform terbaik untuk berhimpun.

Majlis ini menarik minat syarikat besar dan persoarangan untuk menjayakan majlis yang penuh bersejarah dan menjadi kenangan selama-lamanya. Diantara penaja yang menjayakan majlis ini ialah Mymustaffa.org, Nadot.my, Amanz.my, Bachplussize, Kedaicotton.com, Lagenda otak-otak, Anjungjelita.com, Ciklaili.com, Pendekarberkuda.org, Bella Dona Shop, Littlescarf collection, Iluvtour.com, Gaya Travel, Air Asia, Jamu Ratu Malaya, ServerFreak, Halimbrothers.com, Ustaz Noehas dan mereka-mereka yang tidak mahu namanya disenaraikan. Penghargaan buat mereka semua di atas dari Denaihati Network dan saya sendiri sebagai peserta.

Kesimpulannya:

Saya menyokong jika Denaihati membuat acara tahunan untuk "Majlis Sepetang Bersama Blogger". Ia adalah yang terbaik dan paling meriah yang dapat saya hadiri diri. Jika diadakan pada tahun hadapan, pasti saya tidak akan lepaskan peluang ini. Banyak kelebihan bila kita hadir di majlis ini.

Akhir sekali saya dengan rasa teruja memilih tiga entri terbaik iaitu "Cabaran Duit Raya Aidilfitri 2014", "Applikasi Android Dan iOS Terbaru Denaihati" dan "Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014" sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur.

Kalau diikutkan memang banyak entri yang terbaik boleh direviewkan, semuanya adalah terbaik yang telah dihasilkan oleh Denaihati. Terima kasih Denaihati di atas segala informasi dan maklumat yang disampaikan kepada pembaca setia di mana saja berada.

Semoga berjaya kepada semua peserta yang menyertai contest ini.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Cabaran Review Entri Denaihati Terbaik"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top