Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook


Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook. Sebut saja Facebook, semua orang tahu, baik budak kecil hingga ke orang tua pasti tahu Facebook. Tapi ramai yang tidak berapa tahu apa sebenarnya Aplikasi Di Facebook? Wajahkah aplikasi di Facebook dikawal dan disekat?


Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook
Aplikasi Di Facebook

Aplikasi Di Facebook Perlu Anda Tahu

Laman sosial media seperti Facebook juga mempunyai aplikasi dan permainan (games) yang tersendiri untuk semua pengguna. Aplikasi ini dibangunkan untuk menambahkan lagi pengalaman seseorang ketika melayi laman sosial media. Sekiaranya anda seorang pengguna Facebook, anda boleh menggunakannya dan menambah apa yang dingini menerusi App Center. Sebelum saya huraikan satu persatu, kita perlu ketahui dahulu apa itu Facebook?

Apa Itu Facebook

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel dari Google, Yahoo, Hotmail dan sebagainya yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.

Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
SUMBER: Wikipedia.


Senarai Aplikasi Di Facebook

Ada beberapa aplikasi dan games daripada pihak ketiga yang popular dan mendapat sambutan serta kegilaan ramai di Facebook. Antaranya ialah Bejeweled Blitz, Texas HoldEm Poker, Ninja Saga, Pyramid Solitaire Saga, Clash of Clans, Cartel Poker, War Commander, Diamond Dash, Farm Ville dan banyak lagi.

Setiap aplikasi dan games di Facebook yang dibangunkan oleh pembangun luar mestilah mengikut polisi yang telah ditetapkan iaitu Facebook Platform Policy.

Semua maklumat yang terdapat pada aplikasi dan games ini disimpan oleh pelayar (server) pembangun yang bertanggungjawab terhadap pelayar yang dikendalikannya.

Setiap pengguna perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu sebelum boleh digunakan aplikasi dan games tersebut.
Pengguna juga boleh membuat laporan terus kepada pihak Facebook jika aplikasi dan games ini tidak mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh pihak mereka.

Mengawal Dan Menyekat Sebarang Permintaan

Kita sering kali berjumpa pengguna lain menghantar mesej yang meminta kita supaya memasang (install) aplikasi dan games tertentu hinggakan menimbulkan ketidakselesaan. Sebenarnya ada cara untuk menyekat segala permintaan yang kita terima daripada mesej tersebut, ianya sangat mudah saja.

Bila anda menyekat aplikasi atau games, ia tidak akan mengakses setiap maklumat di Facebook anda atau menghantar sebarang permintaa daripada pengguna lain.

Untuk menyekat aplikasi atau games, kita boleh lakukan pada tetapan seperti berikut:
  •  Klik butang segi tiga di sebelah atas pada laman Facebook (Homepage) dan pilih setting.

  • Klik Blocking Pada Kolum kiri.

  • Dalam seksyen Blocks apps, masukan nama aplikasi atau games yang hendak disekat. Contohnya Texas HoldEm Poker. Anda boleh kembali kepada tetapan biasa dengan klik pada UNBLOCK di sebelah kanan namanya.


  • Jika anda menerima permintaan daripada aplikasi atau games dan anda hendak menyekatnya. Pergi ke atas di sebelah kanan ada ikon Facebook brower search. Taip app centre dan klik App Centre. Lihat Rajah di bawah ini.


  •  Lihat  "Respond to Your Requests" dan klik Activity kemudian klik X di sebelah permintaan (Accept).


  •  Kemudian klik di "Block Candy Crush Saga/Texax HoldEm Poker" (games) atau aplikasi, atau apa saja yang dikehendaki.


  • Dan klik COMFIRM.


Maka, selesai sudah sekatan terhadap permintaan pengguna lain yang telah anda sekat.

Sekian, terima kasih. Semoga anda semua berjaya membuatnya. Ikut arahan yang telah ditunjukan pasti dapat lakukannya. Insya Allah...
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Cara Mengawal Dan Menyekat Aplikasi Di Facebook"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top