Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014


Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014. Keputusan rasmi bagi Pilihanraya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor telah diumumkan malam ini yang membabitkan pertandingan tiga penjuru BN, PAS dan BEBAS.


BN Menang PRK DUN Pengkalan Kubor
BN Menang PRK DUN Pengkalan Kubor

Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengira undi tersebut dengan lancar memandangkan pusat pengiraan jumlah undi berdekatan dengan pusat penjumlahan undi iaitu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa, Tumpat, Kelantan. Pertandingan ini diadakan setelah kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu.

Pertandingan tiga penjuru ini diwakili oleh Mat Razi Mat Ail (BN), Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS). Sebanyak sebelas pusat mengundi membabitkan 45 saluran bagi Pilihanraya Kecil kali ini.

Mat Razi Mat Ail (BN) - 9,961 undi.
Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) - 7,326 undi.
Izat Bukhary Ismail Bukhyary (BEBAS) - 38 undi.
Majoriti - 2,636 undi.
Undi Rosak - 230 undi.
Jumlah pengundi - 24,039 orang.
Keluar Mengundi -17,555 orang (73%)

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi DUN Pengkalan Kubor untuk empat musim berturut-turut semenjak memenanginya PRU ke-11 lagi iaitu pada tahun 2004.

Keputusan ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Sobri Ramli di Pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di Tumpat pada pukul 9 malam tadi. 

Hadir sama pada majlis pengumuman itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengarah Jentera BN PRK DUN Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Keputusan Rasmi PRK DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top