sensasi2020

Blogger Buat Duit Online | sensasi2020 Blogger Buat Duit Online - sensasi2020

Blogger Buat Duit Online

Blogger Buat Duit Online. Satu jenis bisnes yang ramai dah mula berjinak dengannya, ada ramai juga yang sudah berjaya dan kebanyakkannya masih belum berhasil. Satu bentuk pendapatan yang amat lumayan, ia bukan lagi sebagai income sambilan tetapi sudah menjadi pendapatan tetap. Ramai yang sanggup berhenti kerja demi mencapai hajat, menjadi seorang blogger yang menjana duit secara online bersama blog mereka melalui cara dan idea kreatif masing-masing. 


Rahsia buat duit online, bijak menguasai pasaran
Blogger Buat Duit Online

Blogger Buat Duit Online


Artikel ini dikarangkan khas untuk contest cabaran terakhir iPhone 5S di blog Denaihati sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Semoga ianya diterima sebagai satu artikel yang berkualiti dan diterima sebagai salah seorang pemenang bertuah iPhone 5S. Insya Allah..... "Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Tiada Siapa Yang Tahu".

Bukan senang nak dapat status seperti "Blogger Buat Duit Online" tetapi bukan mustahil jika kena dengan caranya. Bagaimana caranya, jom kita cungkil rahsia sebenar apa yang perlu dilakukan untuk menjana pendapatan melalui blog secara online? Sebagai contoh lihat saja apa yang blogger ini lakukan hinggakan dapat liputan begitu meluas di media masa?

Antara Blogger Yang Berjaya, redmummy aka Mira Abu Bakar
Antara Blogger Yang Berjaya

Di antara yang mendapat liputan di media masa adalah redmummy.com aka Mira Abu Bakar sekitar tahun 2011 yang lepas. Biarlah beliau dapat dengan caranya yang tersendiri. Kita tinggalkan kisah redmummy kerana saya tidak tahu cerita sebenar tentang isu ini.

Apa kata kita cungkil rahsia blogger yang betul-betul buat bisnes secara online melalui blog. Siapakah antara mereka yang berjaya? Bagaimana mereka memperolehi pendapatan yang lumayan sehingga ada yang sanggup berhenti kerja, sanggup jadi surirumah sepenuh masa, sanggup hilang gaji bulanan 3k hanya kerana mencari alternatif lain sebagai sumber pendapatan utama mereka. Sebelum itu apa kata kita tafsirkan apa sebenarnya bisnes online atau buat duit online.

Apa itu Buat Duit Online



Blogger Buat Duit Online, buat duit secara online, jana duit melalui blog
Buat Duit Online
 
Buat Duit Online atau "Bisnes Online" merupakan perniagaan yang dilakukan secara online (secara dalam talian) yang mana ia menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara penjual produk dan juga pembeli. Bisnes online juga dipanggil juga sebagai Internet Marketing

Ia merupakan istilah umum bagi mempromosikan atau pun jualan produk yang dilakukan melalui medium atau platform internet. Perniagaan internet sama juga dengan perniagaan offline tetapi ia memerlukan tapak perniagaan, modal, produk dan juga promosi untuk barangan yang diniagakan itu. Hanya medium/platform sahaja yang membezakannya.

Cara Buat Duit Online



Internet Marketing Success

Ada pelbagai cara nak buat duit secara online. Ramai yang sudah berjaya, ada juga yang gagal, ada pula dapat duit tidak menentu dan ada juga yang mula nak berjinak dengannya. Walaupun saya merupakan seorang yang dapat duit dengan blog tidak menentu, namun bukan alasan untuk tidak mencuba sehingga berjaya. "Orang Lain Boleh Berjaya Kenapa Saya Tidak Boleh?" Apakah bentuk perniagaan yang blogger boleh buat duit secara online?

  • Jual produk digital seperti ebook, software affiliate, al-quran digital melalui website dan media sosial.
  • Jual produk kesihatan dan kecantikan seperti Shaklee, Produk Vemma, Kopi Super BestPower dll.
  • Perkhidmatan artikel seperti freelancer, website designer dan advertorial.
  • Perkhidmatan nasihat (consultant) dalam bidang SEO, kewangan, pengurusan perniagaan dll.
  • Perkhidmatan emel marketing seperti Aweber dan GetResponse.
  • Perkhidmatan hosting server atau pun domain.
  • Iklan berbentuk affiliate seperti Nuffnang, Komli, Churp-churps, Google Adsense, Jobdirumah, Jomniaga dan sebagainya.
  • Buat iklan di blog/website dengan menetapkan bayaran tertentu untuk beberapa tempoh diperlukan.
  • Dan banyak lagi yang ada di pasaran masa kini.

Strategi Buat Duit Online


Ada berbagai strategi buat duit secara online. Ramai yang yang sudah berjaya dengan mengunakan strategi apa yang selalu mereka kongsikan di website atau blog mereka. Mereka tahu untuk lebih berjaya mereka perlu berkongsi ilmu, bersedekah, hidup mestilah selalu memberi bukan menerima atau meminta. Antara strategi yang selalu mereka kongsikan ialah:
  • Pasaran - Merangka strategi pemasaran yang lebih efektif dengan menyediakan bahan-bahan seperti gambar produk, jenis barangan, website/blog, dropship, designing kerana semua ini penting bagi memastikan perancangan berjalan dengan lancar.
  • Barangan - Barangan yang hendak dijual mestilah berkualiti agar pengguna tidak tertipu bila membelinya.
  • Harga - Harga sesuatu produk atau barangan penentu sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan berbaloi, yakni tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi kerana pembeli sentiasa melambangkan mutu barangan berkualiti adalah penentu sesuatu harga barangan.
  • Tempat -Sebenarnya tempat bukanlah satu perkara yang wajib diadakan kerana buat duit secara online boleh dibuat di rumah, cybercafe atau di kedai mamak yang mempunyai wifi pun boleh dilakukannya.
  • Promosi - Promosi terhadap barangan terpilih atau barangan penghabisan stok dengan potongan harga bagi menarik pembeli atau pengguna agar tidak kehilangan pelanggan yang setia dan juga sebagai menarik pembeli baru. Bukan itu saja boleh juga buat sample percuma, kupon, hadiah dan buat contest jika ada lebihan keuntungan.
  • Pengiklanan - Mengiklankan sesuatu barangan dengan berkesan kerana ia mempunyai daya pujukan yang lebih menarik dalam sesuatu imej pengiklanan.
  • Penerangan - Memberi keterangan sejelas-jelasnya kepada pengguna supaya apabila pengguna beli nanti tidak keliru dengan aturcara atau cara-cara penggunaanya. Maklumat berkaitan perlulah tepat, berkesan dan menyakinkan.
  • Contest - Buat contest SEO untuk menarik peserta atau blogger lain untuk menyertainya. Ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan penjenamaa sesuatu produk kita. Semakin tinggi nilai hadiah ditawarkan semakin ramai yang menyertainya.

Kenapa Blogger Buat Duit Online


Sebenarnya untuk pengetahuan semua, peniagaan online paling menguntungkan dengan kos yang paling minimun. Ini bermakna apa saja perniagaan online dilakukan tidak memerlukan modal yang besar malahan jika kena caranya ianya boleh dibuat secara percuma. Bila saja ia menguntungkan, maka sudah pasti ramai yang meminatinya. Di antara sebab-sebabnya adalah:

  • Kita sendiri yang menentukan masa kerja untuk diri sendiri, tidak perlu mencari masa yang sesuai untuk menjalankannya. Anda boleh buat siang, malam, pagi mahu pun petang.
  • Margin keuntungan yang amat tinggi.
  • Tidak perlu bayar sewa untuk tempat perniagaan, kedai, gerai atau kiosk.
  • Boleh membina seberapa banyak perniagaan yang kita mahukan.
  • Perniagaan online boleh dijalankan hampir 100% secara automatik.
  • Pasaran perniagaan amat luas, terbesar, mudah dan berkesan.
  • Urusan jual-beli menjadi lebih mudah dan murah.
  • Urusan pembayaran secara elektronik. Ia senang dijalankan melalui bank tranfer secara online di bank-bank terpilih seperti maybank2u, CIMB Click, i-Rakyat, bank in, paypal di rumah, asal saja ada kemudahan internet.

Cara Mengembangkan Bisnes Online


Dalam apa jua bisnes online, kita tidak dapat lari daripada mencari peluang dan merebut kesempatan yang terhidang. Ada cara yang patut kita lakukan supaya apa saja bisnes online kita jalankan mendapat kepercayaan pengguna dan secara tidak langsung melariskan jualan.

Sebelas aplikasi rahsia di Google bagi memulakan langkah, menguruskan, memasarkan dan mengembangkan bisnes online.
  • Google Search - Memudahkan untuk mengakses bisnes kita dan mudah dicari oleh orang ramai.
  • Google Gmail - Menguruskan komunikasi paling berkesan terhadap pelanggan dan penjual.
  • Google Talk - Berkomuikasi dengan pelanggan agar dapat memikat dan menarik hati mereka.
  • Google Docs - Memastikan tempahan atau pesanan diurus dengan lebih mudah dan berkesan.
  • Google Calendar - Memastikan semua orang tahu aktiviti bisnes yang kita niagakan.
  • Google Profile - Membuatkan pelanggan yakin terhadap kita apabila profil kita dipaparkan.
  • Google Alerts - Menjadikan kita orang pertama tahu aktiviti bisnes online orang lain secara sembunyi.
  • Google Maps - Memudahkan pelanggan dapat mencari di mana kedudukan lokasi bisnes kita.
  • Google Groups - Memastikan bisnes kita diniagakan secara berkumpulan melalui pembincangan, soal selidik, pertanyaan, khidmat nasihat, bantuan dan menjadi tumpuan ramai.
  • Google Translate - Dapat menterjemahkan sesuatu bahasa kepada bahasa lain. Ini jika digunakan di pasaran antarabangsa.
  • Google Adword - Satu kaedah yang menjadi tumpuan ramai dalam pemasaran online. Ia mempunyai pits dan downfalls. Fungsinya memantau, memberi tumpuan dan tweak promosi bisnes anda setiap hari. Ia adalah sumber yang sangat baik, targeted, murah dan berkesan.

Lain-lain cara yang boleh kita buat pada masa kini untuk mengembangkan dan memperluaskan empayar atau penjenamaan produk atau barangan kita agar dikenali dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Antaranya keperluan utama yang boleh kita rebut peluang adalah:
  • Website/blog - Paling mudah nak buat duit online dengan cara memaparkan iklan di sidebar, tidak kiralah untuk banner, affiliate dan advertorial. Lebih berjaya jika dapat menguasai teknik SEO dan juga dapat mempunyai pengunjung yang ramai.
  • Facebook - Trend terkini dengan keupayaannya yang hebat dapat menguasai setiap orang yang ada akaun Facebook. Pasaran di Facebook amat luas sekali meliputi ke seluruh dunia. Kemudahan pengiklanannya (FB Ads) yang amat berkesan.
  • Twitter - Mempunyai pengguna lebih daripada 1.5 billion, cukup untuk melebarkan maklumat bisnes kita sehingga ke luar kawasan geografi kita merentasi sempadan negara. Twitter menggunakan algoritma untuk memaparkan iklan kepada kumpulan pengguna tertentu. pihak lain yang mempunyai lebih kepakaran dan sumber akan melakukannya.
  • Instagram - Instagram medium pemasaran online terkini yang mempunyai pengguna lebih daripada 100 juta orang memuat turun aplikasi Instagram di dalam smarphone mereka. Ia adalah imej bergambar yang boleh diubah suai menjadi imej itu kelihatan lebih profesional. Ia adalah salah satu interaksi yang hebat antara penjual dan prospek pelanggan.
  • Autoresponder/Aweber - Iatu satu cara yang cukup berkesan untuk menghantar emel secara automatik agar semua pelanggan yang subscrible boleh menerima sesuatu yang terkini boleh dihantar atau dikirimkan dan kongsikan segala maklumat untuk dihantar bila-bila masa sahaja.

Tip Yang Perlu Dilakukan Jika Ingin Buat Duit Online

  • Dekatkan diri dengan Allah Taala sentiasa - Solat wajib 5 waktu jangan ditinggalkan, perbanyakkan solat sunat, keluar zakat, bersedekah, sentiasa memberi, berdoa dan bertawakal. Rezeki adalah nikmat yang Allah Taala berikan untuk manusia.
  • Berilmu - Jika tiada ilmu di dada, kita boleh belajar di mana-mana saja kita mahukan. Jika ilmu kita sudah ada maka pekerjaan atau perniagaan yang kita lakukan akan menjadi lebih mudah dan kita juga perlu mencari teknik terkini agar sentiasa meningkatkan lagi pendapatan yang kita ingini.
  • Sentiasa bekerja keras dan gigih berusaha - Bekerja keras terhadap pekerjaan yang kita jalankan dan gigih berusaha sehingga berjaya. Setiap kejayaan yang kita kecapi adalah usaha berterusan kita tanpa jemu.
  • Mencuba sehingga berjaya - Jika sekali gagal, bukan selamanya kita gagal. Ada masanya kita akan berjaya juga walau pun ia memakan masa. jadikan kegagalan terdahulu sebagai satu cabaran untuk kita teruskan usaha. Ini akan mematangkan lagi ilmu kita dan sentiasa memperbetulkan diri dan memperbaiki kesilapan agar dapat melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.
  • Sikap - Menjalankan sesuatu bisnes kita perlu jujur, ikhlas, tepati jika berjanji, ceria, senyum, mesra pelanggan, memberi perkhidmatan yang berkualiti, servis yang terbaik. Ia adalah reputasi yang amat baik untuk mengekalkan pelanggan. Etika kerja yang berhemah, berdisplin, tepai masa agar pelanggan sentiasa dihargai dengan penuh bertanggungjawab dan penuh mesra.
  • Fokus - Ini bermakna kita sentiasa memberi sepenuh perhatian kepada usaha kita dan bertindak apabila diperlukan dan mengambil kesempatan terhadap peluang yang terhidang.
  • Berfikiran positif - Bila minda positif, segala usaha kita jalankan berjalan dengan lancar dan memberi kekuatan kepada kita untuk memajukan lagi bisnes online kita.
  • Saling bantu-membantu - Membantu kepada mereka yang memerlukan dengan memberi perkhidmatan yang terbaik. Kita tidak boleh kedekut ilmu yang kita ada, ia perlu dikongsi supaya ia boleh berkembang dalam suasana kondusif.
  • Jangan makan rasuah - Ini adalah satu sikap yang perlu kita buang jauh-jauh. Ia akan memerangkap dan menjerat diri sendiri ke arah kebinasaan. Bebaskan diri dari sikap negatif seperti makan rasuah yang banyak memusnahkan empayar perniagaan bisnes  yang kita usahakan selama ini. Lebih-lebih lagi ia adalah haram di sisi agama Islam dan berdosa besar.
  • Sokongan - Sokongan juga adalah penting, kita memerlukan sokongan dan dorongan daripada keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Jika ada sokongan, semangat kita semakin meningkat dan memberi motivasi berguna. Kita sendirilah berusaha dan menentukan arah mana hendak di tuju. Dengan adanya sokongan ini, kita akan terus jatuh dab jatuh.

    Ikon Blogger Pilihan Buat Duit Online Yang Boleh Dibuat Rujukan


    Dalam membuat duit online kita tidak terlepas daripada merujuk kepada sesorang sebagai ikon pilihan kita bila berlaku apa-apa masalah atau sekadar ingin bertanya atau mendapat sedikit tip, rahsia dan khidmat nasihat supaya segala urusan bisnes kita tidak tergelincir daripada perancangan awal. Di antara yang selalu kita jumpa dengan mereka di Facebook dan blog ialah Denaihati, Ahmad Faizal (En Titan), Hasrul Hassan, Abang Ensem dan ramai lagi.


    Belajar Teknik Tambah Pendapatan

    Siapakah ikon pilihan saya yang perlu dirujuk atau mendapat pandangan atau berkaitan dengannya. Beliau adalah Tuan Haji Amir Hassan @ Mohd Ilham aka Denaihati. Kita juga boleh juga rujuk di blog beliau untuk mencari maklumat yang diperlukan. Kenapa saya pilih beliau:


    Sepetang Bersama Blogger 2014, bersama sifu Denaihati
    Selfie Bersama Sifu Denaihati

    • Sentiasa menggunakan tagline "Hidupkan Untuk Memberi" di blog Denaihati. Memberi 1001 juta makna yang tersirat. Boleh dikatakan setiap hari saya menerokai blog beliau, banyak ilmu berkaitan buat duit dengan blog terdapat di dalamnya.
    • Pakar dalam bidang bisnes online terutamanya cara "Buat Duit Dengan Blog". Beliau ada buat seminar yang mana segala tip, teknik, rahsia, cara dan tindakan yang perlu dilakukan dengan cara yang betul, terkini dan berbaloi. "Semuanya Dalam 1 Majlis" tidak dilupa juga "Belajar Teknik Tambah Pendapatan".
    • Telah menubuhkan "Kedai Online Denaihati Network", jual beli bersama Denaihati Network sebagai tempat produk atau barangan untuk diurusniaga.
    • Sering membuat perjumpaan bersama blogger iaitu "Sepetang Bersama Blogger" setiap tahun. Ini juga untuk network antara blogger dengan blogger lain atau antara penganjur dengan peserta. Di situlah kita boleh berkongsi, berbincang, berbicara, bersoal-jawab apa saja isu lebih lagi buat duit online.
    • Bijak dalam menjana duit dengan blog. Cara yang paling mudah dan berkesan iaitu affiliate. Ada banyak artikel yang boleh dijumpai di blog beliau seperti "Buat Duit Dengan Blog Secara Affiliate". Denaihati juga adalah penasihat di e-Qurban. 
    • Membuat contest secara besar-besaran dengan hadiah yang cukup besar seperti tahun yang lepas-lepas dan terkini "iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger".

    Rasanya cukuplah apa yang saya boleh kongsikan di sini tentang Sifu Denaihati. Kalau nak tulis tentang beliau, 10,000 patah perkataan pun tak habis. Jom saksikan dulu video beliau ketika diinterview oleh ASTRO AWANI.






    Kesimpulan tentang beliau yang boleh kita ambil jadi ikon dan mentor daripada soal selidik tentang perwatakan, tingkah laku dan kehidupan sehariannya.
    • Bercita-cita tinggi dan berwawasan.
    • Kehebatan semakin terselah akhir-akhir ini.
    • Keterampilan beliau dalam keadaan kemas dan terurus.
    • Sering menerapkan unsur-unsur nasihat dalam setiap seminar, perjumpaan dan kelas bimbingan.
    • Banyak berkongsi idea dan bergabung tenaga dengan pakar-pakar hebat dalam menjana duit dengan blog.
    • Seorang penulis blog yang hebat, idea kreatif, karya entri berkualiti dan berpandangan jauh.
    • Semua seminar yang dijalankannya sentiasa mendapat sambutan yang luar biasa.
    • Petah berbicara apabila berkaitan bisnes dan bersemangat waja.
    • Mentor yang boleh dijadikan tokoh dan boleh dibuat ikon atau role model.
    • Usahawan yang berjaya walau pun tidaklah sampai menjadi top 10 Orang Terkaya di Malaysia
    • Kreatif dalam mencari peluang bisnes online dan bekerjasama dengan seiapa saja asalkan banyak memberi faedah bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk rakan-rakan blogger lain juga.
    • Menjana pendapatan yang konsisten sepanjang tahun malahan semakin bertambah. Kalau beliau beri tahu kita semua, pastinya kita terkejut pengsan.
    • Teknik, tip, rahsia dan caranya amat mudah, senang difahami dan terkini dalam menjana duit di internet.
    • Tidak loket ilmu, sentiasa menerapkan unsur-unsur keagamaan sebagai nasihat yang berguna, sering diajarkan oleh Rasulullah dipraktikkannya.
    • Sering bersedekah, sentiasa memberi, sering saja menghulur bantuan kepada orang-orang yang memerlukan baik di Malaysia mahupun di luar negara.
    • Banyak mendapat anugerah sepanjang menjadi blogger, di antaranya adalah "Best Blogger Of The Year 2012" dan "Most Creative Blog 2013."

    Kejayaan Terbesar Dalam Buat Duit Online

    Sepanjang saya membuat duit online tidaklah begitu memuaskan, bukan kerana apa? Saya tidak mempunyai masa untuk menghasilkan pendapatan melaluinya. Saya kurang membuat review sesuatu produk dan kurang memberi perhatian kepada program affiliate dan pengiklanan. Saya lebih fokus kepada menyertai contest, contest SEO, segmen, giveaway. Saya tahu setiap orang ada pendapatnya masing-masing.

    Bagi saya menyertai contest banyak memberi kebaikannya seperti dapat mengenali blogger lain baru dan lama, dapat jalinkan ukhwah sesama peserta, dapat membina network sesama blogger, berkongsi info dan boleh bertanya sesuatu jika ada persoalan yang perlukan bantuan. Di antara hadiah terbesar yang saya dapat adalah contest iPhone 5s padu pada tahun 2013 yang lepas.


    menang contest iPhone 5s bisnes online revolusi terkini
    Kejayan Besar Menang iPhone 5s


    Terima kasih diucapkan kepada semua penaja contest iPhone 5S yang hebat ini sehingga dapat menyediakan hadiah 5 buah iPhone 5s dan wang tunai.  25 senarai penaja untuk contest ini adalah seperti berikut:

    Penaja Utama: 
    1. http://amariman.com/

    Penaja Individu:

    1. http://www.ombakcreatives.com
    2. http://ejamothman.com
    3. http://www.eridy.com
    4. http://www.hilalazmi.com
    5. http://www.eizil.com
    6. http://www.asamboi.my
    7. http://www.diarymama.com
    8. http://pendekarberkuda.org
    9. http://www.saji.my
    10. http://abangensem.com
    11. http://www.enveeus.com
    12. http://www.pakarniaga.com
    13. http://anarm.net
    14. http://www.daddydee.net
    15. http://www.sunshinekelly.com
    16. http://sweetkurma.com
    17. http://awn.my
    18. http://mawarmerah2008.com
    19. http://www.blogieta.com
    20. http://www.broframestone.com
    21. http://www.akmaomar.com
    22. http://khairilmazri.com
    23. http://wowberita.org/
    24. Japan Budget Trip

    Hanya ini saja perkongsian saya tentang "Blogger Buat Duit Online". Semoga ia mendapat markah tertinggi dalam contest iPhone 5S Gadget Impian Setiap Blogger. Kongsikan juga komen anda atau apa saja pendapat anda supaya kita sama-sama dapat ilmu dengan tajuk yang berkaitan di artikel ini. Insya Allah....
    56 Komentar untuk "Blogger Buat Duit Online"

    kalau saya juri saya akan bagi markah penuh..dan sudah menang...lengkap,terbaik dan menarik

    Jangan bro kasian kat orang lain yang bersusah payah jugak buat artikel tajuk tu... Semoga bro jiga berjaya nanti.

    Meletup bang kamil! Full mark dari PG! Penerangan yang simple, penggunaan bahasa yang baik, penyampaian dengan bahan bukti sekali, memang tak sah lagi! Moga rezeki bang kamil dipermudahkan. InshaAllah. Amin.

    semoga berjaya admin.usaha berbaloi kalau dapat buat sendirikan

    memang sangat lengkap untuk panduan blogger buat duit online..good job

    Wah juri profesional datang memberi komen. TQ PG....moga boleh dapat full mark drpd pihak penganjuur. Semoga PG berjaya juga. Insya Allah.

    Lengkap, padat dan informatif la abam Kamil. Semoga berjaya

    Yalah... boleh dapat apa yang Denaihati kecapi sekarang ini. Insya Allah... mudahan Allah beri rezeki melimpah ruah untuk kita semua. Semoga berjaya buat Suri.

    Ni dah tahap macam sifu Denaihati ni.. Hehehee.. Info yang sangat lengkap, bernas dan padat! Semoga Kamil Salleh mendapat markah penuh dan menang contest ni yer.. saya sokong Kamil.. Good Luck !

    Hebat perkongsian bro... Alhamdulillah memberi pengetahuan berguna untuk zumal. Good luck for the contest k ^_^

    Terbaiklah entri bang Kamil ni. Satu artikel yang berkualiti dan menarik. Semoga berjaya.

    TQ hurah2u.....moga byk beri manfaat kepada pembaca. Semoga berjaya bro....

    Tq.... Noriza..... saya pun taklah pandai sangat bab cari duit secara online, tetapi tahu caranya, cuma tak praktik je. Moga berjaya buat Noriza.

    Jutaan terima kasih buat CD yang banyak support kat saya selama ini. Semoga CD berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah....

    Artikel ini bukan sekadar untuk cabaran contest tetapi memberi banyak info berguna pada semua. Good luck bro jugak.

    Terima kasih Sally Yatiey.... Saya belum baca lagi entri daripada anda. Malam ini saya terjah nanti. Moga berjaya.....

    pengisian yg bermanfaat memberi suntikan buat kami utk buat duit online gak. all the best tuan kamil

    Blogger Buat Duit Online - Selamat berjaya dalam kontest Cabaran iPhone 5S..:)

    Terima kasih Yumida Huda.... perkongsian yang memberi motifasi untuk diri ini lebih ke hadapan dalam meniti arus dalam bisnes online.

    Insya Allah.... berkat doa Sentiasa Panas. Moga berjaya juga buat bro nanti....

    Sudah ada ilmu perlu praktik supaya dapat melihat hasilnya.

    Satu nasihat yang amat berguna daripada Bro Akubiomed. Terima kasih... moga kita semua boleh dapat income melalui blog atau bisnes online.

    Alhamdulillah,perkongsian yang sangat hebat!sememangnya bagi blogger yg benar mhu tmbh pndptn dgn berblog harus lbh berusaha kerana peluang sudah bnyk ada dpn mata kn :)

    Perhhh... padat dan mantap bro... Bahasa yang di guna pakai mudah di fahami... Ada harapan nihhh....

    http://supernifzvitamin.com/bila-waktu-terbaik-minum-air/

    Terima kasih Eyfa Writer sudi memberi komen di blog ini. Moga sama-sama kita manfaatkan kemudahan yang ada.

    Terima kasih NLfz Super support kat saya di sini, moga anda juga boleh berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

    memang terbaik entri ni..tahniah dan semoga berjaya :D

    Terima kasih reezluv... entri yang bro punya apa kurangnya. Lengkap dengan informasinya. Moga berjaya juga buat bro....

    Secara jujur.. teman suka entri ini.. memang lengkap, padat dan mantap.. teman suka baca dari mula hingga akhir.. Moga rezeki menang iphone 5s berpihak kepada bro kamil.. bro memang layak..

    Terima kasih TengkuButang yang jujur dan ikhlas memberi pendapat dan komen tentang artikel ini. Ia boleh dijadikan panduan sepanjang masa. Saya diakan kejayan bro juga di dunia dan akhirat.

    Saya tahu ramai yang berkongsi cerita yang sama dengan cara mereka sendiri, tetapi saya tukarkan kepada pengetahuan umun bagaimana dan apa yang perlu dan apa yang patut agar sesuatu yang kita buat mendapat kejayaan.

    Jutaan terima kasih dari komen anda yang ikhlas.

    good luck.. u deserve it.. nanti menang hadiah belah dua.. kah kah kah.. gurau jerkk

    terbaek la entry ini... Sangat details... terkesimaka kejap baca.. haha.. rupanya banyak lagi nie yang kena belajar :")

    Memang betul tu Hafiz... byk lagi yg kita tak tahu, sebenarnya. Terima kasih bro....

    double thumbs up bro ... pergh tak terkalah ni

    semoga berjaya... terima kasih atas entry ni, memang best n banyak yang sy dapat... terbaik la... :)

    nurfaizuddin fuad ....terima kasih bro...buka triple ke? Apapun moga berjaya buat bro jugak..

    Salam bro kamil.... markah penuh untuk anda. Artikel yang banyak memberi ilmu berkaitan blogger buat duit online. Semoga berjaya bro....

    Putributterfly Punyablog ..... aduhai panjangnya nama.... susah nak ingat ni. Apa pun terima kasih datang memberi komen dan semangat kepada diri ini. Semoga berjaya buat anda.

    Terima kasih Aniza Ghazali.... semoga artikel anda mendapat markah paling tinggi. Saya belum baca lagi artikel Aniza. Semoga berjaya...

    tima kasih info yang sangat berguna.

    http://toneexcel-6.blogspot.com

    Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik, seronok membacanya :D Hehe
    Semoga berjaya ya! ^__^

    Ya Putri Azureen.... info untuk semua, lebih lagi yang bergelar bisnes online.

    Waalaikumussalam.... terima kasih buat Kinder yang sudi memberi komen di sini. Info untuk semua labih lagi untuk bisnes online. Semoga berjaya juga buat anda.

    Terbaik artikel dari bro ni, Semoga semakin sukses di dalam blogging dan buat duit online.Selamat berjays juga di dalam contest hebat ini.

    Terima kasih bro Wan Zawawi.... hebat pada pandangan anda tidak bererti hebat pada pandangan Denaihati. Jika ada persamaan dari segi pandangan, mungkin tuah mengiringi saya. Insya Allah...

    Terima kasih senaraikan medium pemasaran online. Says pon salah seorang menjana pendapatan melalui online. Semoga perkongsian yuan mendapat berkat dariNys

    Semoga tuan berjaya dalam Contest ni nnti...terima kasih di atas perkongsian ilmu yang sangat berguna ini...

    Rajin usaha, pelbagai peluang jana income dengan blog

    Tq Siti Rohaida... kita nantikan keputusan di awal bulsn Disember nanti. Moga berjaya buat kita.

    seronok baca kemenangan yang bang kamil peroleh. alhamdulillah.. kalau ada rezeki saya pun teringin juga

    Artikel ini bukan untuk diri saya sahaja, ia digunakan untuk sesiapa saja yang mahukan mencari income melalui online atau blog.

    Ia memang berguna untuk semua yang membancanya. Terima kasih juga buat anda. Semoga berjaya.

    Terima kasih bro Eyriqazz.... satu ansiha yang berguna...semua blogger mahukan jana income. Sama0-sama kitausahakan. Insya Allah....

    Ya Nys Anis... seiapa tiada mahu kemenangan, lebih lagi tentang contest yang kita sertai. Semoga peluang nak menang sentiasa ada buat Nys Anis. Sama-sama kita doakanya.

    Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

    Saya balas kunjungan anda nanti.

    Sekian......

    Back To Top