sensasi2020

Pesawat AirAsia QZ8501 Dari Indonesia Ke Singapura Hilang | sensasi2020 Pesawat AirAsia QZ8501 Dari Indonesia Ke Singapura Hilang - sensasi2020

Pesawat AirAsia QZ8501 Dari Indonesia Ke Singapura Hilang

Pesawat AirAsia QZ8501 Dari Indonesia Ke Singapura Hilang. Sebuah pesawat QZ8501 jenis AirBus A320-200 milik AirAsia Indonesia yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.


Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang
Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Hilang


Ketua pengarah Perhubungan Udara Indonesia, Djoko Murjatmojo berkata, "Pesawat itu yang berlepas dari lapangan Antarabangsa Juanda di Surabaya, Jawa Timur pada pukul 5.20 pagi waktu Indonesia (6,20 pagi waktu malaysia) telah terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara (ATC) Indonesia pada pukul 7.24 pagi waktu Malaysia (6.24 waktu Indonesia)".


Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang Daripada Radar
Pesawat AirAsia Qz8501 Hilang Daripada Radar


Pesawat AirAsia itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura pada pukul 8.30 pagi, namun terputus hubungan dengan tiba-tiba di pusat kawalan trafik udara (ATC) Indonesia. Penerbangan AirAsia QZ8501 itu telah memohon untuk membelok ke kiri daripada laluan asalnya bagi mengelak daripada terlanggar awan komulonimbus pada ketinggian 32.000 kaki kepada lebih tinggi iaitu sekitar 38,000 kaki, sebelum ia hilang.

Kali terakhir kedudukan pesawat malang itu ialah dikesan berada di di antara Tanjung Pandan di Pulau Belitung dan Pontianak di kalimantang, Indonesia.

Kehilangan Air Asia QZ8501 menambahkan lagi duka industri penerbangan di Asia Tenggara selepas dunia digembarkan dengan tragedi nahas dua pesawat Penerbangan Malaysia iaitu MH370 dan MH17. Semua ini berlaku pada tahun 2014.
3 Komentar untuk "Pesawat AirAsia QZ8501 Dari Indonesia Ke Singapura Hilang"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top