Keputusan Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs Pahang

Keputusan Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs Pahang akan berlangsung malam ini jam 8.45 malam di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor.


                               
Keputusan Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs Pahang
Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs Pahang



Keputusan Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs Pahang


31 Januari 2015 (Sabtu)

Jadual Perlawanan dan keputusan terkini:

Johor DT ( 2 ) vs ( 0 ) Pahang
Tempat: Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.
Masa: 8.45 malam
Penjaring: Marcos Antonio minit ke-36 (JDT).
                 Luciano Figueroa minit ke-58 (JDT).

Malam ini merupakan aksi pertama kedua-dua pasukan untuk tahun 2015. Kali terakhir Johor DT bertemu Pahang adalah pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 dengan keputusan 2-2 tetapi Pahang menang melalui sepakan penalti (5-3).

Mereka akan bertemu kembali untuk pembuka tirai tahun ini Piala Sumbangsih 2015 sebelum bermulanya Liga Super Malaysia 2015. 

Sudah pastinya Johor DT akan membalas dendam apabila bertemu Pahang, apabila mereka dikecewakan oleh Pahang untuk mengidamkan Piala Malaysia.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan pasti ada ramuan rahsia untuk menumbangkan Harimau Selatan di halaman mereka sendiri.

Pahang tentu sekali akan menurunkan keempat-empat pemain import mereka, Zesh Rahman, Damion Stewart, Martias Conti dan Dickson Nwakaeme.

Bojan Hodak selalu jurulatih Johor DT tidak akan membiarkan Pahang menguasai perlawanan. Mereka juga ada pemain importnya iaitu Marcos Antonio Elias Santos, Hariss Harun, Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa.

Peminat kedua-dua pasukan boleh pergi ke Stadium Larkin untuk memenuhi stadium dan menyokong pasukan masing-masing.

Jika tidak berpeluang boleh saksikan perlawanan menarik ini menerusi siaran langsung di RTM1.

Anda juga boleh melihat Keputusan Piala Sumbangsih Johor DT vs Pahang di sini.

Selamat menonton dan semoga terhibur.

Majulah Sukan Untuk Negara.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Keputusan Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs Pahang"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top