sensasi2020

Kebangkitan Sepak Takraw Malaysia | sensasi2020 Kebangkitan Sepak Takraw Malaysia - sensasi2020

Kebangkitan Sepak Takraw Malaysia

Kebangkitan Sepak Takraw Malaysia telah bermula di mana Malaysia telah berjaya mengalahkan musuh tradisi Thailand pada Final Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf 2 semalam.

                               
Kebangkitan Sepak Takraw Malaysia
Malaysia Berjaya Muncul Juara Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf 2


Kebangkitan Sepak Takraw Malaysia


Skuad sepak takraw negara mula mempamirkan kebangkitan setelah sekian lama suram dengan kemenangan bila bertemu Thailand. Malaysia menang dengan bergaya mengalahkan musuh tradisi Thailand. Sudah sekian lama kita tidak muncul juara dalam mana-mana kejohanan.


Malaysia juara Siri Super ISTAF
Kebangkitan Sepak Takraw Malaysia


Semalam Malaysia mengukir sejarah baru apabila menumbangkan Thailand di perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2 2014/2015 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka.


Kebangkitan Sepak Takraw Malaysia
Malaysia Muncul Juara Piala Siri Super Istaf 2


Kejohanan ini bermula pada tahun 2011 lagi, namun inilah kali pertama skuad sepak takraw Malaysia bergelar juara.

Wira negara yang berjaya mengukir sejarah pada kejohanan ini, sudah pastinya regu yang dibarasi Farhan Adam, Mohd Shakir Rosdi,dan Hanafiah Dollah. Mereka tampil dengan rentak pemainan yang bertenaga dan penuh rancak dan menghiburkan. Mereka menang dengan street set 21-7, 21-19 (2-0).

Walaupun diberi tentangan yang hebat oleh regu Thailand, hinggakan pada set pertama mereka mendahului mata, namun sedikit pun tidak membuat regu Malaysia panik, malah terus mempertahankan displin dan semangat yang tinggi untuk mengekalkan konsentrasi terhadap permainan.

Dengan kemenangan ini, maka sudah tentu ia akan menjadi satu permulaan yang baik bagi mengembalikan kegemilangan skuad sepak takraw kita untuk kejohanan lebih besar lagi seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan kejohanan antarabangsa lain pada masa akan datang. Kebangkitan Sepak Takraw Malaysia kian terserlah dengan kemenangan ini. Ayuh...Malaysia, Malaysia Boleh.....Sepak Takraw Boleh.
2 Komentar untuk "Kebangkitan Sepak Takraw Malaysia"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top