Sertai Coaching SOM Tone Excel

Inilah kali pertama saya Sertai Coaching SOM Tone Excel. Setelah lebih sebulan menggunakan Tone Talk Tone Excel, inilah julung kali saya pergi. Maklum sajalah, sebagai pengguna rangkaian Tone Talk, belum dapat lagi downline yang berminat. Bukan tidak buat promosi, cuma strategi yang digunakan tidak tepat.






Sertai Coaching SOM Tone Excel



Sertai Coaching SOM Tone Excel
Peserta Coaching SOM Tone Excel


Tiada niat di hati untuk menggunakan Tone Excel. Bila dah join terpaksalah Sertai Coaching SOM Tone Excel agar apa yang kita gunakan memberi kelebihan, ganjaran, bonus, keuntungan dan terjamin dari segi pasif income atau pendapatan berterusan walaupun kita tidak bekerja.


Sertai Coaching SOM Tone Excel
Bersama Tuan Kadrie CEO Ekadz (Service Center Tone Excel)


Dengan Sistem 100% Online Marketing Semua Orang Boleh Lakukan Walaupun Zero..... Bagaimana Anda Boleh Buat Duit AUTOMATIK , Hanya Dari Rumah Tanpa Berjumpa Sesiapapun! Bagaimana 80% Tugas Pemasaran Anda Di Lakukan Oleh Sistem Kami? Nak Tau Bagaimana? Jom bertindak sekarang. Klik Di Sini.



Semasa sebulan guna Tone Talk Tone Excel, saya tidak aktif untuk mencari downline walaupun ianya boleh jadikan isteri dan anak-anak sebagai prospek untuk diletakkan sebagai downline kita. 



Sertai Coaching SOM Tone Excel
Bersama Tuan Musa Hassan (Upline)



Akibat tidak pandai untuk mencari downline selain daripada waris kita, maka Service Center telah menganjurkan coaching SOM agar kita lebih memahami cara bagaimana untuk promosikan di Facebook, emel marketing, Instagram (online) atau secara offline jika kita rajin. 

Jika rajin, sudah pasti ada yang sudi mengikut jejak apa yang telah saya lakukan. Lambat atau cepat itu kehendak kita sendiri. Ia ibarat seperti bisnes online kita, kitalah yang perlu usahakannya. Kalau sekadar pengguna saja, lebih baik jadi Junior Center..... pendapatan pun akan menjadi lebih banyak lagi.


Coaching SOM Tone Excel di Equine Park, Seri kembangan, Serdang, Selangor iaitu bermula pada jam 10 pagi sehingga 2 petang. Jauh juga dari Kosas, Ampang ke Seri kembangan. Ambil masa sekitar 1 jam juga. Maklum sajalah, tidak biasa dan belum pernah pergi lagi. 

Semasa coaching SOM, banyak Tuan Muhammad Kadrie ajar kami tentang promosi, teknik dan tip, cara bagaimana untuk memikat prospek untuk sama-sama menggunakan simkad Tone Talk sebagai line utama mereka. Coaching ini habis jam 2.30 petang. Setelah Coaching SOM, saya terus pulang dengan mendapat serba sedikit ilmu yang dipelajari. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Muhammad Kadrie (Service Center) dan upline saya Tuan Musa Hassan (Upline) yang banyak membantu dalam meningkatkan penguasaan teknik SOM (System Online Marketing).


Terperangkap Dek Kelebihan, Ganjaran Dan Tawaran Tone Excel 


Sebenarnya.....memang niat tak mahu gunakan simkad Tone Excel tetapi bila melihat kepada 3L (Lebih Untung, Lebih Ganjaran dan Lebih Terjamin) yang ada pada simkad ini terus menarik minat untuk menggunakannya. Walhal pada hakikatnya saya lebih cenderung mahu gunakan simkad 1XOX yang dikatakan lebih jimat. Bagi saya semuanya bagus, cuma setiap orang ada matlamatnya yang tersendiri. 

Bila dah terjebak ke Tone Excel, mahu tak mahu kena juga teruskan penggunaannya kerana sebelum ini saya gunakan Celcom. Sudah berpuluh tahun gunakannya tetapi berapa yang kita dapat sepanjang menggunakannya. Habis begitu saja perbelanjaan RM?? untuk topup yang telah kita guna-pakai. Namun hasil income yang dapat kosong (RM 0.00).

Maka....daripada saya habis beribu ringgit setahun, apa kata saya cuba gunakan Tone Excel, sekurang-kurangnya saya dapat bonus topup 26%, bonus fast track, bonus tahunan, dapat Big Point dan lebih menarik topup RM50 dapat RM20, yakni dapat extra RM20 ke akaun bank.

Apa pun pekerjaan yang kita jalankan, sudah pasti kita mahukan ianya berjaya. Walau pun ramai yang kata ia tidaklah hebat sangat Tone Excel ini, namun yang pasti sudah ramai yang berjaya membuat bisnes ini.

Saya berharap agar anda sudi-sudilah berdoa agar saya berjaya dalam bisnes ini. Dengan Sertai Coaching SOM Tone Excel ini, diharap agar ada yang berminat dan menyertai dan sambil itu berharap ianya berjaya. Mana tahu rezeki saya serasi dengan bisnes Tone Excel ini, Insya Allah.....
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Sertai Coaching SOM Tone Excel"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top