Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia

Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia. Berita sedih ini telah tersebar bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz telah pergi ke rahmatullah. Kita sebagai orang Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam sebenar, seharusnya sentiasa mengingati mati supaya keimanan kita dan ketakwaan kita pada Allah Taala tidak diabaikan.



Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia
Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat ( 10 Jan 1931 - 12 Feb 2015)


Surah Ali Imran:

Ayat 102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
 
Ayat 145. Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
Ayat 185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia


Musyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di rumahnya di kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham seorang ulama yang tersohor di Kelantan. Allahyarham juga adalah bekas Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun pemerintahannya bersama parti PAS yang diterajuinya. Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990 sehingga 2013. 

Beliau berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menziarahi Tok Guru untuk melihat perkembangan kesihatan Tok Guru di HUSM dan beliau menyeru rakyat Malaysia mendoakan sejahteraan  bekas menteri Besar Kelantan itu.


Keadaan Tok Guru Semakin Tenat


Anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada petang tadi memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan pada ulsernya pada hari rabu dan doktor telah berusaha sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan kesihatan ayahnya.


Tok Guru Nik Abdul Aziz Meninggal Dunia
Kenyataan Di Facebook Oleh Anaknya Nik Mohamad Abduh


Beliau telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  pada 1 Januari lalu disebabkan oleh kanser prostat. Beliau telah dikeluarkan daripada HUSM pada 12 Januari yang lepas. Beberapa hari lalu beliau dimasukkan semula ke HUSM dalam keadaan tenat dan beliau dilaporkan telah keluar ke hospital pada 8.45 malam dan meninggal dunia sejam kemudian di kediaman rumahnya di Pulau Melaka.

Kita semua sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa agar roh Tok Guru di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.....
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
11 Komentar untuk "Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia"

Ilmu diangkat dengan meninggalnya para ulama hendaklah kita selalu mengingat kematian

Al-Fatihah buat arwah TGNA yang terlalu banyak berbakti kepada dunia Islam dan kepimpinan.

Innalillawainnahirojiun... jasad saya kt kedah tp hati kt Pulau melaka. Dpt tgk kt tv lega sikit. Sedih sgt.

Innalillawainnahirojiun... jasad saya kt kedah tp hati kt Pulau melaka. Dpt tgk kt tv lega sikit. Sedih sgt.

Sedih mendengar khabar berita ini. Cukup pilu dan terasa air mata mengalir. Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat Tok Guru sekeluarga.

Ingatlah mati itu adalah untuk memperingatkan kita dan melihat diri kita agar lebih membuat kebaikan supaya ia lebih baik daripada semalam.

Kepimpinan Tok Guru tiada tolak bandingnya di Malaysia... sukar dicari ganti masa kini. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan org2 beriman dan para syuhada.

Ramai yang merati kesedihan di seluruh Malaysia. Kehilangannya begitu terasa, sukar dicari ganti. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat.

Al-Fathah buat Tok Guru dan takziah buat keluarganya. Semoga roh Tok Guru di tempatkan dikalangan orang2 yg beramal soleh.

Antara Insan hebat... Jasamu sentiasa di kenang.

http://supernifzvitamin.com/pancit-selepas-travel/

“ Renovation Budget ikut kemampuan anda sendiri nan Quality “ free consultation

Membaiki Rumah, membuat rumah dan pertukangan serta kerja2 lain dengan harga yang sangat berbaloi

Kerja-kerja yang kami jalankan:

·         ubahsuai rumah baru, lama dan pejabat

·         memasang tiles,

·         ceiling, partition dll

·         mengecat

·         pembaikan dan penyelenggaraan rumah

·         kerja wiring rumah dan pejabat

·         memasang pintu,grill, gate, autogate

·         Memasang Karpet

·         Pendawaian Elektrik

·         Car Porch

·         Awning

·         dan lain lain berkaitan lg.

Hubungi segera untuk perbincangan lanjut :

Dick Zul   012-380-1141, 017-219-3059

Sila encik bandingkan harga dengan yang lain

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top