1 April 2015 Bermulanya Era Baru GST Di Malaysia

Esok 1 April 2015 Bermulanya Era Baru GST Di Malaysia. Rakyat Malaysia yang berjumlah 30 juta orang akan menerima kesan daripada perlaksanaan sistem percukaian negara, apabila Goods and Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mula dilaksanakan.


                                     
1 April Bermulanya Era Baru GST Di Malaysia
Good & Services Tax (GST)


1 April 2015 Bermulanya Era Baru GST Di Malysia



Malaysia akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015 setelah ia diumumkan pada Pembentangan Belanjawan pada Bajet 2014 di Dewan Rakyat 25 Oktober 2013 yang lepas.


                                    
Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST)
GST - Good & Services Tax



Pemahaman dan kesedaran rakyat dah semakin meningkat setelah mereka diberi penerangan melalui TV dan radio di seluruh negara. Ada juga segelintir yang tidak memahami sehingga pergi membeli-belah secara memborong di Hypermarket demi mengelakkan dikenakan GST. Walhal bukan semua barangan dikenakan GST. Untuk mengetahui barangan yang dikenakan GST atau pun tidak bolehlah layai di blog Hasrul Hassan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah bersedia memantau perlaksanaan GST pada 1 April 2015 ini agar semua premis yang terbabit menjalankan perlaksanaan GST berjalan dengan tepat dan teratur.

Ini melibatkan pemberian tambahan pendapatan sebanyak RM1 billion kepada kerajaan apabila ia dilaksanakan pada tahun ini.

Walaupun mendapat kritikan daripada rakyat dan parti pembangkang, namun kerajaan komited dalam melaksanaan GST agar tidak membebankan rakyat. Ia satu kaedah yang paling minimun dilaksanakan dengan zero-rated, yakin tidak pernah dibuat oleh mana-mana negara di dunia. 

Di Malaysia, GST hanya dikenakan sebanyak 6%, tidak seperti negara lain yang mengenakan GST sebanyak 7% hingga 12%.

Kadar GST Di Negara-Negara ASEAN


  • Thailand (1992) - 7%
  • Singapura (1994) - 7%
  • Indonesia (1984) - 10%
  • Vietnam (1999) - 10%
  • Komboja (1999) - 10%
  • Loas (2009) - 10%
  • Filipina (1988) - 12%


Hasil GST Digunakan Untuk Kepentingan Rakyat



Dengan  tibanya 1 April 2015 Bermulanya Era GST Di Malaysia, rakyat akan mula memahaminya demi untuk pembangunan, pentadbiran dan kemajuan negara. Ia dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan. Jika dibuat pecahan ia akan digunakan untuk:

  • Kemudahan infrastruktur - RM4.5 billion
  • Perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat - RM23.3 billion.
  • Program perguruan dan pembelajaran - RM60 billion.
  • Biasiswa kerajaan - RM3 billion
  • Bantuan Buku 1Malaysia - RM325 juta.
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
  • Keluarga miskin, warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya - RM1.2 billion.


Dengan laksanakan GST ini, dapat memberi kemudahan kepada rakyat keseluruhannya, itulah yang sering diutarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Bermula 1 April 2015 Bermulalah Era GST Di Malaysia. Rakyat harus menerimanya walaupun kita suka atau pun tidak. Ia tetap dilaksanakan mengikut jadual. Adakah kita bersedia dengan GST ini? Anda adalah pengguna yang bijak.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "1 April 2015 Bermulanya Era Baru GST Di Malaysia"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top