sensasi2020

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora | sensasi2020 Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora - sensasi2020

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora. Nah.....kita join contest ini untuk mengembalikan nostalgia peninggalan nenek-moyang kita dahulu. Setidak-tidaknya kita dapat mengenali lebih banyak tumbuhan herba yang selama ini tidak pernah dengar namanya, apatah lagi melihatnya. 

Ramai yang sudah mengetahui apa itu petua tetapi masih ramai yang tidak memperdulikan petua tersebut. Kalau  dahulu kita boleh diistilahkan sebagai peninggalan orang tua dahulukala atau juga dipanggil tradisional.



Contest SEO Petua dan Herba Kongsibersamanora
Petua dan Herba Kongsibersamanora


Kata mereka yang jahil, "Kini zaman moden, petua itu dan petua ini ketinggalan zaman la..... Mana lagi zaman sekarang orang gunakan petua, kolot dan menyusahkan saje". Kenapa tidaknya? Bila gunakan petua tidak terlepas kita kepada bahan-bahan seperti herba, ramuan, akar kayu dan pantang-larangnya. Oklah...... supaya tidak dilupai dan sentiasa diingati, jom pakat join Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora anjuran Blog KongsiBersamaNora - Kongsi Lebih Sihat.



Petua dan herba KongsiBersamaNora
Pokok Kapal Terbang


Petua dan Herba Kongsibersamanora


Apa itu Petua? Petua adalah nasihat, petunjuk dan panduan berguna untuk kita semua tetapi dalam istilah orang dahulu kala adalah satu warisan turun-temurun yang diwarisi oleh generasi seterusnya untuk menggunakannya. Contoh mudah sudah pastinya tidak terlepas daripada herba, yakni tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran yang boleh dibuat ubat bagi mencegah, merawat dan menyembuh.

Sementara itu maksud herba pula adalah tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan. Ia juga adalah ramuan penting dalam menghasilkan sesuatu ubat-ubatan dan aromaterapi daripada tumbuh-tumbuhan seperti akar, kulit, daun, buah dan sebagainya.

Ia diproses secara tumbuk atau kisar dan dijadikan makjun dan boleh juga dimasak untuk menjadikan ia berbentuk air ramuan dan sebagainya. Tetapi awas.....daun kapal terbang tidak boleh dibuat makjun, ianya digunakan untuk bahagian luaran sahaja.

Apa kata kita sertai Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora untuk melihat sejauh mana pengetahuan kita tentang petua dan herba ini? Apa yang penting setiap peserta sudah pasti akan membuat artikel terbaik untuk contest ini dan juga berkongsi kepada pembaca lain yang tidak menyertainya. Mana tahu pada masa akan mendatang ada penguasa herba seperti Dunia HerbaHPA, Dimaz,  Rainforest Herbs, Best Farm Co, TPM Biotech dan sebagainya buat contest pula. He..he.... Kalau ada masa bolehlah juga sertai Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 nanti.


Daun Kapal Terbang, Petua Dan Herba


Untuk menyertai Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora, saya memilih sejenis tumbuhan bernama "Pokok Kapal Terbang" atau juga dikenali "Pokok Selaput Tunggul". Nama istilah saintifik bagi pokok kapal terbang adalah Chromolaena Odorata. Nama lain yang kita dapati ialah Pokok Jerman, Pokok Jepun, Rumpai Siam, Chrishmas Bush, Baby Tea dan banyak lagi.



Petua dan herba KongsiBersamaNora
Inilah Pokok Kapal Terbang


Pokok Kapal Terbang berasal daripada Hindi Timur, Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ia merupakan tumbuhan yang dikategorikan sebagai rumpai yang beracun. Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan pada hati terutama pada kanak-kanak dan ibu yang hamil. Ia sangat sesuai untuk diproses menjadi racun serangga.

Tumbuhan ini hidup di dalam pelbagai jenis tanah, tanah berbatu pun ia boleh hidup tetapi tidak boleh hidup dalam kawasan hutan tebal di mana kanopinya tertutup sepenuhnya.

Bagi penguasa pertanian di ladang atau kebun, ia perlu dibasmi dan dihapuskan untuk mengelakkan daripada tanaman lain mati. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh tumbuh tinggi sehingga 2.5 meter dan boleh mencapai sehingga 6 meter. Daunnya mempunyai bau yang amat kuat.


 
Petua dan herba KongsiBersamaNora
Saya Terluka Ketika Excident Langgar Kereta


P/S - Foto di atas adalah saya sendiri, excident terlanggar kereta ketika pulang dari kerja. Selepas itu terus cari pokok kapal terbang untuk ditampal di tempat luka. Kelihatan luka sudah kering dengan menggunakan daun pokok kapal terbang.


Khasiat Daun Pokok Kapal Terbang


  • Ia digunakan secara perubatan tradisional, yakni boleh dijadikan ubat untuk luka atau menahan pengaliran darah ketika luka akibat terjatuh atau kemalangan kecil. Cara kegunaan adalah dengan cara menghancurkan daunnya atau diramas dan ditampal di tempat luka. Boleh lihat foto di atas.

  • Ia juga sangat mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit-birit pada bayi. Cara kegunaanya adalah dengan cara campurkan dengan kapur barus dan diuparkan (diramas menggunakan kedua-dua tapak tangan) sehingga mengeluarkan buih. Buih itulah disapu pada perut bayi yang kembung dan dibarut. Jika tiada kapur, boleh juga dicampur bersama daun sekentut.

  • Selain itu juga bagi ibu-ibu lepas bersalin, daunnya boleh dibuat bertungku. Caranya dengan mengambil batu sungai (bertungku), lalu dipanaskan di dapur arang. Apabila batu telah panas ia boleh dibalut dengan kain bersama-sama dengan daun pokok kapal terbang.


Peringatan Jika Tertelan Daun Kapal Terbang


Sebagai peringatan, selepas menggunakan pokok ini, cuci tangan sebersih-bersihnya dengan sabun, pastikan tiada sedikit pun ramuan tadi masuk ke dalam badan terutama ibu-ibu yang mengandung. Simptomnya yang biasa terjadi adalah sakit perut yang teramat sangat, loya dan muntah-muntah. Ia disebabkan bahan aktif Alkaloid Pyrrolizidine yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut.

Dapatkan rawatan segera dengan pergi ke klinik atau hospital terdekat, jika tertelan atau termakan hingga masuk ke dalam tubuh. Jika tidak dirawat dengan segera, takut nanti akan merosakkan ginjal hati.

Jom marilah kita berkongsi pengetahuan tentang petua dan herba agar peninggalan nenek-moyang kita agar tidak ditelan zaman.


Doa Cepat Sembuh Luka



كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَما



Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca "Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya" (Riwayat Muslim)


Caranya dengan mengambil kapas, kemudian dibaca sebanyak 7 kali (rujuk di bawah) dan dihembus di kapas tersebut lalu di tampal di luka.

  • Bacalah dahulu Al-Fatihah sebanyak 7 kali. 

  • Bacalah ayat di atas sebanyak 7 kali.

 

Tiga Entri Pilihan

 
Tiga entri pilihan menjadi rujukan saya dan syarat untuk menyertai contest di blog Kongsibersamanora. Saya tertarik dengan tiga entri yang boleh saya buat rujukan di masa hadapan. Ia memberi panduan yang berguna kepada saya dan keluarga saya. Ia penuh dengan maklumat berkaitan petua, herba, khasiat, penawar, pantan-larang, nasihat, tip yang berguna, doa dan resipi. Kalau diikutkan hati semua yang terkandung di blog KongsiBersamaNora bagus semua. Namun hanya tiga entri yang diperlukan oleh penganjur. Entri yang saya maksudkan adalah:


Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Doa Nabi Yunus Penawar Segala Musibah

  • Doa Nabi Yunus Penawar Segala Musibah -  Doa bila-bila masa sahaja ketika dalam keadaan senang. Kita juga digalakkan membaca doa ini selepas solat lima waktu. Di dalamnya terkandung khasiat dan penawar yang sangat luar biasa. Bolehlah dibaca sebanyak mungkin, tidak kira dalam keadaan senang dan susah. Pahalanya amat besar di sisi Allah Taala dan menguntungkan kepada pengamalnya.

  • Bahaya Cacing Dan Petua - Semua orang terasa geli bila melihat cacing tetapi jika berada di dalam badan bayi atau kanak-kanak, pastinya ibubapa terasa rusing dan risau. Dengan artikel ini sedkit sebanyak dapat memberi gambaran bagaimana mahu mengesannya. Adakah ianya ada di dalam badan anak-anak kita?. Artikel ini menjelaskan tanda-tanda ada cacing di dalam badan seseorang. Ia disertakan dengan petua untuk menghapuskan semua jenis cacing dan telurnya. Biasa kita baca dan dengar iaitu cacing kerawit, cambut, gelang, pita, kait, benang dan sebagainya.

  • 10 Kebaikan Minum Susu -  Kita sedia maklum susu mengandungi vitamin, kalsium yang tinggi. Ia membekal dan memberi tenaga dan kesihatan pada otak, tulang, tubuh badan untuk tumbesaran bagi kanak-kanak. Dengan meminum susu setiap hari membuat gigi kita kuat, mencegah kerosakan gigi. Lemak pada susu tidak membuat kita gemuk, malahan boleh melangsingkan badan. Ia juga anti oksida yang sangat bagus untuk badan. Ia mengelakkan osteoporisis, hipertensi dan kanser kolon. Kalau dikira bukan hanya 10 kebaikan malahan lebih daripada itu.

Apa kata penganjur - "Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"


Apa salahnya anda join Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficial ByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppe NadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz.
39 Komentar untuk "Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora"

Wow hebat cara penulisannya... Semoga berjaya bro kamil :)..

terima kasih kerana menyertai contest petua herba kongsibersamanora. Banyak senornya khasiat kebaikan herba2 yg ada di Malaysia..

Semoga berjaya and all d best

nota. ada pembetulan mengenai link sponsor.
yg betul www.inspiredmagz.com

Tambah penaja baru ke Puan Nur Misnan? Terima kasih luluskan penyertaan saya.

eh2 ketemu kita lagi ye...semoga berjaya

Yup... saya dah lawati blog Nur Ikaa.... sangat menarik. Semoga berjaya....

Assalam
Moga berjaya
Saya pernah guna herba ni utk anak. Dr kata,liepoma dan kena operate berhampiran telinga. Ikhtiar dgn ramuan ni,Alhmdulilah, ketulan tu menyusut dan surut.

Terima kasih Puan Iza.... memang mujarab... sangat sesuai untuk menyembuh luka. Pokoknya senang didapati.

Semoga berjaya Bro Kamil.
Terbaik entry ni.

perhh memang dulu2 luka ja cari daun kapal terbang ni..tp sekarang daun ni susah dh nk dpt kalau duk kat bandar2 besar..

Terima kasih anak muda Calrase Patrick, bolehlah join sama-sama.

Semoga berjaya juga buat bro Mohd Ridzwan.... artikel bro saya dah baca...sangat bagus.

Yup betul tu, nasib baik saya jumpa kat tepi jalan di sekitar Taman Kosas, Ampang. Pergi klinik tak diberi ubat luka yang berwarna kuning tu.

wah.. bro kamil dah up dah entry ni.. entry shad masih dalam draf lagi..
semoga berjaya.. :D

Cepat Sha siapkan artikel ini, tetapi nasib baik ia telah dilanjutkan ke 31 Mac 2015. Maka sempatlah nanti nak bagi artikel Contest Petua dan Herba Konsibersamanora.

ada petua terus amalkan terbaik bro..
moga berjaya jg utk contest ini..

Wah, bro menggunakan cara tradisional. jarang orang zaman skrang guna cara tradisional kalau cedera.. thanks for the info.

Apa salahnya mencuba cara tradisional, kalau dah baik... buat apa susah-susah pergi ke kedai beli ubat luka. Malahan cara ini lebih cepat sembuh luka.

Yalah.... sambil rawat luka cara tradisional, boleh juga sertai contest Petua dan Herba Kongsibersamanora. he..he....

Betul tu Zara... begitulah cara ia membiak. Debunga yang berterbangan jatuh di sekitarnya dan kemudian ia akan tumbuh.

Khasiat pokok kapal terbang memang tak dinafikan lagi.

Memang sesuai bro kamil letak dalam Contest Petua Dan Herba Kongsi Bersama Nora ni.

Gud luck yer

Yup.... kebanyakkan peserta lain menggunakan bahan yang mudah didapati seperi daun lidah buaya, halia, limau purut, bawang dan sebagainya.

Terima kasih bro sudi berkunjung ke blog saya. Semoga anda berjaya juga.

selamat berjaya... nice info.

pertama kai dengar nama herba ni

Penulisan yang mantap. Saya dapat ilmu baru di sini. Gud Luck ye dengan contest ni.

Pokok kapal terbang first time dengar. Tapi tengok gayanya, macam kenal aje pokok tu. Terima kasih sebab bagi info yg detail dan khasiat pokok kapal terbang. ..

Ya ke Ummie Hanie baru dengar, semoga selepas ini boleh gunakan untuk merawat luka.

Ha...ha...Aynora pun baru kenal nama pokok ini. Moga bila jumpa nanti boleh cuba2 jika terluka kena apa-apa. Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya ini.

Terima kasih NFH.... semoga berjaya juga buat anda nanti.

jom tengok review herba pokok mahkota dewa..all the best
http://adna2029.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html

Salam Nor....dah baca artikel yang Nor tulis itu....mahkota dewa. satu tumbuhan herba yang sangat dikenali. Saya juga biasa minum kopi mahkota dewa. Khasiatnya amat menakjubkan..... semoga berjaya buat Nor....

Terima kasih NFH sudi berkunjung ke blog saya ini dan memberi sokongan yang tak berbelah bagi.

Biasa lihat pokok ni, tumbuh meliar di tepi jalan. (entah betul ke spesis yg sama tapi lihat pd gambar, bunganya tu macam serupa) Baru tau namanya pokok kapal terbang. Macam mana boleh namanya begitu ya?

Hebat khasiat pokok ni, boleh menyembuhkan luka dengan cepat! Semoga berjaya dalam kontest menarik dan bermanfaat ini.

Memang betul Bin Muhammad, ia tumbuh meliar fi tepi jalan. Semoga berjaya bto dengan contest Petua dan Herba Kongsibersamanora.

Baru tahu ni ada herba nama pokok kapal terbang..bagus yea tanam kat umah, buh dalam pasu ja..banyak pula kegunaannya...

Saya dah join contest. Terima kasih atas galakan

Hihi...memang sangat2 rare pokok ni. Tq kerana bagi info & khasiatnya. Semoga berjaya ye..

Hihi...memang sangat2 rare pokok ni. Tq kerana bagi info & khasiatnya. Semoga berjaya ye..

Betul tu Noriza Rahman....kanak-kanak selalu yang banyak mendapat kecederaan, disebabkan mereka aktif ketika bermain dan bersukan serta bersukan. Peluang untuk dapat kecederaan amat besar. Jika ada pokok ini lagilah senang ya nak tampal tempat luka tersebut.

Semoga berjaya buat Noriza ya....

Tanpa Nama
delete

Gambar diatas tu pokok Tahi Babi. Bukan Pokok Kapal Terbang

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Back To Top