Contest SEO Menjadi Lumrah Dalam Dunia Blogger

Contest SEO Menjadi Lumrah Dalam Dunia Blogger pada masa kini dan menjadi bertambah meriah dengan hadiah yang ditawarkan. Keadaan ini menjadikan semakin ramai yang ingin pelajari teknik SEO. Ada yang sanggup mengupah sesorang untuk menbina blog atau menjadikan blog mereka mesra SEO (SEO Friendly) dan disukai Google (Googlebot).



Contest SEO Menjadi lumrah Dalam dunia Blogger
Servis Buat Blogspot Mesra SEO



Contest SEO Menjadi Lumrah Dalam Dunia Blogger


Contest SEO Menjadi Lumrah Dalam Dunia Blogger. Kenapa ia semakin diminati oleh penganjur mahupun peserta yang menyertainya? Pasti ada keistimewaan yang tersendiri yang menyebabkanmereka sanggup menganjurkan contest SEO dan menawarkan hadiah wang tunai yang amat lumayan dan juga gajet seperti iPhone 5S, iPhone 6 Plus dan sebagainya.

Setiap tahun ada saja yang mengajurkan contest SEO ini. Pada tahun 2015 ini saja sudah banyak yang menganjurkannya seperti Buat Duit Di ilancee.com, Petua dan Herba Kongsibersamanora, Malaysia Best Blog 2015, Jom Aktifkan Mykad dan terbaru akan dianjurkan oleh saudara Pendekar Berkuda melalui post terbaru di Facebooknya yang akan dianjurkannya nanti pada 1 April 2015 nanti. Perkhabaran yang saya dikhabarkan, hadiah meningkat kepada lebih daripada RM5,000. Wow.... hebatkan contest SEO inikan?


Siapakah Selalu Menang Contest SEO?


Biasanya contest SEO akan dimenangi oleh blog yang mesra SEO. Bagaimana ya blog yang mesra SEO? Siapakah yang menciptakan blog yang mesra SEO sehingga artikel atau entri mereka sangat disukai Googe dan mendapat kedudukan terbaik (page 1) di Search Engine Result Page (SERP). 

Bagaimanakah mereka setting di template mereka sehinggakan orang lain tidak boleh lawan kehebatan mereka? Banyak persoalan yang berlegar di fikiran blogger-blogger lain, lebih lagi yang masih baru dan masih mencari-cari rentak.

Bolehkah seseorang itu buat optimization terhadap blog mereka? Adakah blog mereka akan dianggap Over Optimization. Apakah yang dikatakan Siapa Pakar SEO Malaysia ini?. Beliaukah yang diangkat Hero Blogspot di mata blogger Malaysia.  Adakah kerana selalu menang dalam contest SEO, blog mereka dianggap mesra SEO? Persoalan ini boleh dijawab oleh blogger (blog) yang memenanginya.


Saya juga biasa menang dengan Contest SEO yang disertai. cuma sekadar saguhati sahaja. Saya menang dua biji iPhone 5S adalah bukan kerana contest SEO tetapi contest dalam kategori artikel terbaik. Ini menunjukkan content berkualiti dan penulisan artikel terbaik boleh berjaya. Jangan harap artikel anda berada di kedudukan terbaik di SERP, jika hanya 1 bulan hanya sekali saja update entri/artikel mereka.

Lihat saja blog-blog yang dah popular, setiap hari mereka menghantar artikel di media sosial, baik di Google +, Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram, Pinterest dan sebagainya. 



Bagaimana Nak Buat Blog Mesra SEO


Sebenarnya SEO merupakan sesuatu yang komplek, yakni sentiasa berubah-ubah mengikut aturan Google dan kebanyakan blogger membuat kajian yang mana entri mereka di tempatkan, berapa lama entri mereka diindex, tempoh masa yang paling baik entri itu di kekalkan di halaman satu (page 1), waktu yang sesuai untuk disiarkan artikel mereka, menulis konten blog berkualiti dan sebagainya? Kalau ingin mengetahu berkaitan SEO bolehlah baca entri ini sebagai panduan iaitu Konten Blog Berkualiti Bukan Penentu Di SERP.

Jika anda mahu sebuah blog yang mesra SEO, bolehlah menempah daripada saya. Saya hanya sekadar menolong anda membuat Servis Buat Blogspot Mesra SEO tetapi bukan jaminan boleh berada di kedudukan terbaik disebabkan ia perlukan masa seperti artikel selalu dibuat sekerap mungkin, kongsikan di media sosial, masa yang sesuai untuk dihantar artikel, menggunakan keyword yang tidak banyak orang buat dan sebagainya.

Semoga sedikit sebanyak artikel ini memberi panduan dan informasi yang berguna. Jika ada kekurangan terhadap artikel ini. saya memohon jutaan kemaafan. Saya hanya manusia biasa, tidak dapat lari daripada melalukan kesalahan walaupun ianya disengajakan atau pun sebaliknya. Semoga artikel bertajuk Contest SEO Menjadi Lumrah Dalam Dunia Blogger ini sebagai satu maklumat yang berguna untuk semua pembaca.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Contest SEO Menjadi Lumrah Dalam Dunia Blogger"

bukan senang nak belajar ilmu SEO ni kan bang kamil :)
tapi, itu bukan alasan jika ingin tahu tentangnya :)

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top